Tuesday, April 20, 2010

Anak oh Anak!

Sejak dapat adik baru ni, anak saya yang ke lima sungguh banyak karenah. Macam-macam yang dilakukan untuk menarik perhatian saya dan babanya. Sehinggakan saya ke tahap hilang sabar hendak melayan kehendaknya.



Saya bercadang untuk menghantar anak saya iaitu Anis ke rumah wa nya(nenek). Mungkin dalam seminggu dua kot. Bukan apa, saya rasa dia terasa dirinya tersisih kerana saya lebih kerap masa bersama anak kecil saya. Mestilah. Saya perlu menyusukan dia,menidurkan dia,barulah saya boleh membuat kerja-kerja rumah.



Anis ni, dia nak dapatkan perhatian, macam-macam perkara dia buat yang boleh menimbulkan kemarahan saya. Misalnya dia sudah tidak pakai lampin pakai buang sebab dah pandai ke bilik air jika hendak kencing. Tapi suatu hari tu, dia boleh buang air kecil di atas kerusi makan. Dahlah tak bercakap,menangis je kerjanya. Terpaksalah anak sulung perempuan saya mengemop dan membasuh kerusi tersebut. Saya pula ketika itu sedang menyusukan si kecil.



Selain itu, setiap kali saya membuka komputer, meluru lah dia berlari nak mengacau saya. Nak main game lah katanya. Bukan saya tak beri dia main game, tetapi dia tekan butang yang bukan-bukan. Takut rosak je komputer tu. Kalau saya tak beri dia main komputer, dia sepah-sepahkan mainan pula,bukannya dia main. Kemudian kalau saya baru je nak lelapkan mata, mulalah dia meminta macam-macam. Nak makan nasilah(padahal baru lepas makan), nak air lah. Sengaja dia mengacau saya.Lagipun saya tidur dengan si kecil.Mungkin dia cemburu.



Memang saya tak nafikan, saya lebih banyak masa dengan si kecil, tapi waktu ini,si kecil perlu diberi lebih perhatian. Bukannya saya tak layan langsung si Anis ni, tapi memang naluri budak kecil yang cemburukan adik kecilnya. Mungkin dia belum biasa lagi dengan keadaan ini,maka dia bertindak sedemikian.



Entahlah. Saya kadang-kadang hilang sabar dengan karenahnya, biarlah dia duduk sementara dengan wan nya. Lagipun maksu nya ada sekali,boleh layan kehendaknya. Tolonglah ye ,maksu nya. Tak larat dah kakak mu ini.



Oklah, itul je lah nak kongsi bersama. Semoga Allah beri kesabaran pada saya dalam mendidik dan membesarkan kesemua enam anak saya.Amin!



Pesanan: Anis baru berusia 3 tahun, tak puas bermanja,tiba-tiba dapat adik.

4 comments:

  1. xpe.. owng ckp kasih ibu sampai ke syurga.. marah cm mana pun,, ibu tetap ibu.. kita semua ada ibu.. semua sudah arif tentang pengorbanan ibu kn.. pengorbanan yang tidak ternilai.. ibu ni macam Pn. Syahida nie r,, mlut je pot pet pot pet.. tp hati~

    ** tetibe windu bangat sama ibu di kampung..

    ReplyDelete
  2. terharu betul saya...terima kasihlah kerana memahami...he he he

    ReplyDelete
  3. sama la...anak kedua saya pun mcm tu... dok asyik merengek je... kadang2 tu tak tahu apa yang dia nak...mungkin jeles dgn adiknya jg kot... dah pandai pg toilet... tapi boleh menangis, terjerit2...bila di tanya kenapa... nak shishi... geram x??? ingatkan dia sakit ke,jatuh ke...kena gigit semut ke... buat penat je berlari.dah la badan gemuk heheheheh. nasib baik tak terjatuh... betul2 menduga kesabaran.

    ReplyDelete
  4. macam tu lah agaknya ibu-ibu kita membesarkan kita,tapi saya rasa saya tak senakal anak saya ni...memang menduga kesabaran...kata orang tu "sabar je lah"

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.