Wednesday, October 07, 2015

Jerebu oh Jerebu!

Pagi-pagi lagi Alia sudah keluar memandu untuk ke pejabat.Kelihatan jam di dalam kereta menunjukkan 15 minit lagi ke pukul 8 pagi.Lampu kereta dipasang agar yang tidak jelas di hadapan kelihatan jelas.

Memang jarak penglihatan sangat terhad.Kalau kereta di hadapan tidak memasang lampu memang tidak perasan ada kereta di hadapan.Alia keliru di saat-saat begitu hendak dikatakan kabus mungkin ya,jerebu juga mungkin ya.Maklumlah hari ni dan esok kerajaan Malaysia mengumumkan cuti sekolah di seluruh Malaysia.Puncanya sebab jerebu.Jalan raya pun walaupun cuti kereta pun menderu juga banyaknya.

Setiba di pejabat,anak-anak taska menyambut kedatangan Alia.Gembira sungguh mereka,Eh!..ada budak besarlah.Oh ya lupa pula Alia,ada juga sekolah tidak mengambil cuti kerana mereka akan mengadakan peperiksaan penting.Tak bolehlah cuti.Ada ibubapa bekerja sebagai guru.Jadi anak-anak sekolah rendah menumpang sementara bersama adik mereka di taska.Makan besar lah kita hari ni ye.

Alia duduk termenung di depan komputer yang sudah dibuka.Seperti malas rasanya hendak meneruskan kerja-kerja yang banyak tertangguh di pejabat.Lagi pula tekak sentiasa rasa kering,selsema dan batuk pun tidak berkurangan.Tapi dalam masa memikir-kikir apa nak dibuat,tangan Alia pantas sahaja menaip di papan kekunci.Habis selesai juga satu kerja iaitu menulis surat untuk ibubapa untuk membawa anak-anak lawatan sambil belajar di Klinik Kesihatan berdekatan dengan taska.Satu tujuan murni membawa mereka ke sana,agar mereka tidak merasa takut untuk ke klinik jika mereka sakit.

Setelah selesai menyusun surat-surat dan melabelkan nama anak-anak yang terlibat,Alia bingkas bangun dan terus menuju ke kereta.Setelah berpesan-pesan dengan pengasuh,pemanduan terus menghala ke rumah.Sesampai sahaja di rumah,Alia membaringkan diri di atas tilam.Letih benar badan rasanya.Terlelap seketika Alia di pembaringan.

Sebaik terjaga dari tidur,Alia memandang di luar rumah menerusi pintu sliding.Eh?Masih pagi lagi kah?Mata terus mencari jam di dinding.Sudah pukul 11.30 rupanya.Sejam juga dia tidur tadi.Oh..itu tandanya jerebu masih belum hilang.Larilah jerebu oh jerebu!Aku mahu bekerja dalam cuaca yang sihat.

Saturday, September 19, 2015

Akhirnya cuti sekolah pun bermula!!!!!

Memang ternanti-nanti cuti sekolah ni.Bukan anak-anak aje yang sukakan cuti,ibu-ibu kat rumah pun nak juga cuti.Tapi apalah maknanya bercuti jika masih dirumah kan....

Jadi kita mesti keluar dari rumah,Yeahhhhh!!!!

Okaylah.Sebenarnya tak ke mana-mana pun.Hanya balik kampung je.Kan nak sambut raya Haji sekali.Jadi sebelum raya tu bolehlah rehat-rehatkan minda sekejap.Letih seharian menjaga anak-anak asuhan,seminggu ni bolehlah rehat dari menjalankan rutin harian,buat susu,mandi budak,salin lampin,main ku cha--ku chak dengan baby...hehehe...al maklum anak-anak sendiri dah besar-besar.Main-main dengan anak asuhan je lah...hehehhe

Rindu pulak dengan budak-budak tu....waaaaa

Takpe,pejam celik sekejap je seminggu ni.Apa-apapun bolehlah rehat sekejap dari mendengar tangisan anak-anak kecil,Seronok sebenarnya bila tengok ragam budak-budak tu.Heeee..ada yang nak kena gigit ni....gerammmm!!!Taklah kejam sangat nak gigit anak-anak orang ni.Jangan cari pasal.Kita yang tak cari pasal ni lah orang  selalu target...free free je nak kena kan kita...kannnn...

Okaylah...selamat bercutilah kepada yang bercuti.Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua umat Islam.Korban tak tahun ni?Inshaa Allah berkorban tahun ni.Tak dapat tahun ni tahun depan ye tak...Amin!!

Pesanan:Lama tak berblog kekok pulak...hahhaha.(ayat mengada)

Sunday, August 30, 2015

Aktiviti Membuat Bendera Malaysia



Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 58 dengan tema 'Sehati Sejiwa'...anak-anak Taska Mutiara Ibu tidak ketinggalan untuk mencipta sebuah bendera.

Dengan bantuan pengasuh dan juga hanya menggunakan bahan-bahan murah dan mudah didapati akhirnya siap juga sebuah bendera Malaysia.

Kanak-kanak hanya menggunakan kapas antara bahan yang mudah didapati.Pastinya mereka adalah kanak-kanak yang paling gembira apabila hasil kerja mereka dipamerkan di Taska untuk tatapan ibubapa.



Kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing.Semoga kanak-kanak seusia ini boleh memahami serba sedikit erti kemerdekaan walaupun hanya mengenal bendera Malaysia.

Bersama kita menyambut 31 Ogos 2015 dengan semangat perpaduan yang utuh dan berdoa semoga Malaysia sentiasa aman dan makmur.Amin!



Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Adilifitri 1436H/2015M






Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.



Selmat pulang kekampung, berhati-hati di jalan raya... biar lambat asalkan selamat.........

Wednesday, July 15, 2015

Amalan Sunat Yang Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri

Amalan Sunat Yang Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri

Kala Kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan Allah.

1. Bertakbir
  • Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.
2.Lafaz ucapan selamat
  • Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”
3. Meneruskan Qiamullail
  • Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.
4. Mandi sunat pagi hari raya
  • Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.
5. Makan sebelum solat Aidilfitri
  • Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.
6. Memakai pakaian yang indah
  • Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
  • Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.
8. Mengerjakan solat aidilfitri
  • Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya: "Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."
9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
  • Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.
10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
  • Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.
  • Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
Sekian artikel 10 amalan sunat/sunnah rasulullah berkaitan hari raya aidlfitri daripada saya. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amalan Ramadhan kita.

Tuesday, June 23, 2015

Sotong Masak Kunyit

Bulan puasa ni apa yang tak sedap di tekak?Semuanya terliur nak makan kan.Lagi-lagi kalau ke bazar Ramadan.Hmm kalau bawa duit banyak...banyak jugalah habisnya..ye tak?

Macam biasalah surirumah hari-hari fikir nak masak apa untuk juadah berbuka kan.

Saya buka peti ais ada sotong.Teringin pula nak makan sotong.Dah lama tak makan makanan laut ni gara-gara orang kat rumah ni ada sakit gout.uishh..udang sotong ni memang ubat dialah.Kalau makan mulalah terasa sakit kat kaki.Cubalah kalau tak serik..hahaha


Sotong Masak Kunyit

Sotong di potong kecil
Gaul garam dannkunyit.Goreng hingga airnya kering.Angkatkan dulu.
Dalam kuali goreng bawng besar,bawang putih,halia,cili merah yang telah dihiris.Masukkan sos tiram,kicap manis.Masukkan balik sotong tadi.Daun ketumbar dan tomato biji.Goreng sebati.Siap untuk dihidangkan.Senang je kan.

Ni pun anak dara saya yang tolong masakkan.Kalau budak umur 16 tahun boleh..takkan kita tak bolehkan..

Pesanan:Puasa-puasa ni kena rajin google resepi.

Saturday, May 16, 2015

Rindunya zaman pakai public phone

Entah mengapa saya sudah mulai bosan dengan gajet-gajet yang kini hampir semua orang mampu.memilikinya terutamanya handphone.Bezanya sama ada handphone seseorang itu lebih mahal lebih banyak kegunaanya.

Hampir kesemua handphone ada aplikasi we chat,instagram,facebook,whats app dan macam-macam lagi.

Sekarang dimana-mana sahaja kita berada handphone pasti ada ditangan masing-masing.Hingga ke masjid pun handphone tetap dibawa.

Apa yang buat saya bosan dan rimas bila waktu berkumpul sama ada menziarahi keluarga sihat atau sakit,sewaktu makan bersama pasti handphone berada ditangan masing-masing.Sekejap-sekejap menelek handphone masing-masing.

Baik tua atau muda sehingga umur setahun pun dah pandai menggunakan handphone..pandai guna yang touch screen lagi.

Dulu hanya orang yang berkemampuan boleh memilikinya,kini serendah harga rm70-rm90 pun orang mampu membelinya.Atau murah lagi harganya.

Dulu beratur panjang juga kalau nak guna public phone,tapi takde lah pula berbual lama sebab dah tahu ramai yang tunggu giliran.Jadi duit pun tak habis banyak.Setiap rumah pun bukan ada telefon Telekom tu.Kadang-kadang guna nombor jiran sebelah rumah untuk tinggalkan pesanan untuk keluarga kita.

Boleh lihat,zaman ni nak makan pun tak kusyuk,sibuk belek-belek handphone masing-masing.Kejap senyum.Kejap berkerut dahi.Nasi sepinggan nak habiskan pun makan masa berjam-jam.Nak habis macam mana?Sesuap nasi,berhenti belek handphone lagi.Sesuap lagi nasi belek lagi handphone.

Rimas juga.Saya pun buat juga begitu dulu.Kini saya cuba tidak menggunakan handphone jika sedang makan.Barulah lancar makanan masuk dalam perut.

Nak berbual dengan orang yang berada bersama kita nak makan pun takde masalah jika tiada handphone di tangan.Banyak hal boleh kita kongsikan.

Ingatkan negara kita je mengalami keadaan sebegini,negara luar pun sama sehingga keluarlah sketch kartun memperli dan video tentang hal tersebut.

Hmmm...semuanya terserah kepada rasa masing-masing.Tertanya-tanya juga bagaimana keadaan 10 tahun akan datang?...

Pesanan:Canggih sangat bawa padah juga.

Friday, May 15, 2015

Bento Yang Sangat Kreatif

Saya dah lama takde entry pasal makanan.Tiba-tiba dapat idea bila mana kawan sekolah menengah lama saya dulu sering post gambar-gambar bekalan makanan yang sering dia bekalkan kepada anak-anaknya untuk ke sekolah.

Bento ni dalam bahasa Jepun.Jadi dia selalu sebut bento dalam tulisannya.Memang kalau di Jepun Bento tidak asing dibawa oleh sesiapa sahaja yang bekerja di pejabat atau sekolah.

Kawan saya letak nama Emy Borhan dalam fb nya.Setelah memohon keizinannya untuk share dengan pembaca blog saya,baru saya berani publishkan.

Saya sangat tertarik dengan idea kreatifnya setiap hari.Bila dah macam ni rupanya bento tu,semua anak-anak pun suka dan akan bawa bekal setiap hari.

Tapi kalau difikir2kan banyak masa juga dia habiskan nak mereka bentuk makanan tu hehehe.Rajin betul kawan saya ni.

Jom tengok!







Harap-harap perkongsian ini memberi idea untuk anda menggalakkan lagi anak-anak bawa bekalan makanan dari rumah.Air tangan ibu dan bersih lagi.
Bestkan idea ni!

Pesanan:Kena rajin bawa boleh reka macam-macam.

Tuesday, May 12, 2015

Cuti sekolah datang lagi.Jom ke Kelantan!

Cuti sekolah kali ini akan bermula pada 30 Mei 2015 dan akan berakhir pada 14 Jun 2015.Yang ini untuk sekolah-sekolah yang cutinya jatuh Sabtu dan Ahad.

Bagi negeri yang cuti hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu seperti Negeri Kelantan ni,cuti sekolah bermula 29 Mei dan berakhir pada 13 Jun 2015.

Dah mula merancang percutian?Ada yang nak keluar negara?Dalam negara?Boleh je nak kemana-mana pun sebab ikut kemampuan masing-masing.

Dalam Malaysia pun tempat percutian hebat juga. Jangan nafikan.Lihat lah berapa ramai pelancong luar negara yang datang ke Malaysia ni.Kerap jugakan jumpa mat-mat dan minah-minah saleh kan.Hahaha

Okay kalau dah pening tak tahu nak ke mana cuti ni jom jalan-jalan ke Kelantan.

Banyak juga tempat menariknya.Nak cari penginapan pun banyak.Hotel ada,hostel ada,resort ada,homestay pun ada.

Hah apa kata menginap di D'Family Homestay.Lokasi homestay ni mudah dan dekat juga sama ada hendak ke Kota Bharu atau ke Pantai Cahaya Bulan.
Boleh lawati blog di D'Family HomestayD'Family Homestay



Pemilik beragama Islam dan hanya tetamu Islam sahaja yang menginap di sini atas sebab kebersihan untuk menunaikan ibadah.

Jom cuti-cuti Malaysia!

Tuesday, May 05, 2015

Persatuan dan Mesyuarat yang memang tidak dapat dipisahkan

Bila dah jadi pengusaha taska ni,saya kenalah masuk persatuan untuk mengetahui segala aktiviti berkaitan dengan TASKA.

Oleh kerana taska saya terletak di kawasan Pahang,maka Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP)adalah persatuan yang tepat untuk saya sertai.Bermacam aktiviti dan program yang telah dirancang untuk ahli-ahlinya.

Bermula dengan program Sambutan Hari Pengasuh sehinggalah ke Mesyuarat Agungnya.Kebetulan saya ada masa lapang,maka saya sertailah program yang diadakan.Biasalah mula-mula saya pun tak berapa kenal sangat dengan ahli-ahlinya,kerana ahli-ahli baru dan lama bersilih ganti.Namun demikian akhirnya saya dapat menyesuaikan diri dengan berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru.

Untuk pengetahuan PPNP ini terdiri dari pengusaha dan pengasuh TASKA seluruh Negeri Pahang.Sangatlah rugi jika kita mengusahakan TASKA dan bekerja di TASKA kita tidak menyertai persatuan yang ditubuhkan untuk membela ahli-ahlinya jika terdapat sebarang masalah berkaitan TASKA dan mencadangkan kepada pihak berkenaan terutamanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tentang sesuatu usaha menaik tarafkan kedudukan TASKA atau cadangan daripada ahli-ahli persatuan sendiri.



Kami berbincang dan mengeluarkan pendapat untuk aktiviti berkumpulan pada sambutan hari pengasuh.


Acara makan malam yang diadakan di Felda Residence Tekam,Jerantut.



Diakhiri dengan Mesyuarat Agung untuk membincangkan usul-usul dan seterusnya berbincang dan memilih Ahli Jawatankuasa dari kalangan pengusaha dan pengasuh untuk menerajui pimpinan PPNP.


Bila dah berpersatuan ni,banyak lah sikit aktiviti yang dirancang.Terpulang kepada kita untuk memilih aktiviti yang bersesuain dengan kehendak kita.Banyak manfaat yang kita dapat dari berpersatuan.Semoga sesiapa yang di luar sana berminat untuk menjadi ahli,bolehlah berhubung dengan PPNP.

Pesanan:Ramai kawan baru dapat,banyak ilmu baru dikaut.

Wednesday, April 15, 2015

Kesibukan Menguruskan Taska Baru

Alhamdulillah ...impian menjadi kenyataan.Berkat usaha dan doa dari semua yang menyayangi diri ini,akhirnya dapat ramai anak.Bukan seorang tapi hampir 20 orang semuanya.Termasuk Taska Di Rumah.




Itulah taska saya.Taska Mutiara Ibu,yang berlokasi di Taman Benta Permai,Benta,Pahang.
Bermula dengan menjaga anak jiran secara suka-suka (dah tak keja,jadi boring duk umah goyang kaki),maka saya mula berdaftar sebagai Taska Di Rumah Ibu pula.






Semenjak dari itu semakin bulan semakin tinggi permintaan untuk menjadi pengasuh anak-anak jiran sekitar Kuarters Guru Benta.Semakin ramai ingin menghantar anak masing-masing.Sedangkan saya tidak mampu menguruskan seorang diri dan terhad sehingga 9 orang kanak-kanak sahaja.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk mengikuti Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara (KAP).

Setelah hampir sebulan mengikuti kursus tersebut,saya pun pulanglah ke kediaman saya dan mulalah mencorak-corak langkah-langkah yang perlu di ambil untuk peringkat penubuhan Taska saya itu.

Ianya tidak semudah yang disangkakan.Saya kerap keluar bertemu orang itu,orang ini untuk melengkapkan segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui syarat-syarat untuk buka taska boleh layari laman web JKM sendiri atau bertanya dengan pejabat JKM yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Sebenarnya ianya telah beroperasi sejak bulan Oktober 2014 lagi.Namun dengan rasminya ianya beroperasi pada 12 Januari 2015.Alhamdulillah kini sedang menerima semakin ramai kanak-kanak untuk memasuki taska ini.Dan dengan rasminya juga Taska saya sudah pun berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bermula 27 Oktober 2014.Ianya sah sehingga tahun 2019 selama 5 tahun.Dan had kemasukan kanak-kanak seramai 15 orang.

Kini saya mempunyai 2 orang pekerja di Taska Mutiara Ibu dan seorang pekerja di Taska Di Rumah Ibu.


Saya bergambar di hadapan Taska Mutiara Ibu.
Mohon doa yang baik-baik sahaja.
 Inilah yang menyebabkan kesibukan nak update blog.hehehe

Pesan:Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.


Wednesday, March 18, 2015

Perkembangan pertumbuhan rumput di taska

Saya (suami sevenarnya) mula menanam rumput pada hujung bulan Januari.Kini dah masuk bulan Mac.Jadi inilah perkembangannya.

Pagi dan petang siram rumput.Kalau tidak rumput akan kering.



Post sebelum ni... sesi menanam rumput di taska.

Saturday, February 14, 2015

Masih lagi sedih kehilangan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA)

Sejak mendapat berita kehilangan Tok Guru Nik Aziz yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H bersama dengan malam Jumaat,sayu dan sebak di hati.Allahyarham selamat dikebumikan di perkuburan Pulau Melaka bersebelahan pusara ayahandanya.

Sebak sangat,entah kenapa saya merasa sedih sangat sedangkan saya berjumpa depan mata pun belum pernah, Saya sanjung dan hormatinya sebagai ulamak dan orang alim yang sentiasa memperjuangkan agama Islam.Kesedihan itulah yang melambatkan saya menaip di blog berkenaan dengan berita sedih ini.









Sejak saya berkahwin dengan orang Kelantan (saya orang Selangor),saya banyak kali mengajak suami untuk melihat sendiri dari dekat rumahnya.Alhamdulillah rupanya rumah mertua saya sangat dekat dengan rumahnya,Saya selalu juga lalu di kawasan rumah beliau,dapat melihat dari jauh rumahnya.Rumah yang dikatakan hanyalah sebuah rumah kampung biasa,bukannya rumah banglo seperti yang saya bayangkan dimiliki oleh seorang Menteri Besar.

Sehinggalah pada suatu hari emak dan keluarga saya dari Kuala Lumpur teringin benar melawat ke rumah beliau.Kami pun pergi,namun ketika itu hanya ada anak lelaki dan anak perempuannya sahaja.Kami berbual di kawasan luar rumah.Saya tak ingat ke mana Tok Guru Nik Aziz pergi ketika itu.

Hampir semua ahli keluarga suami saya menangis selepas mendengar khabar tersebut.Saya pula ketika itu memang berada di Kelantan menjemput suami habis berkursus,namun balik pada hari yang sama,dan mendengar berita tersebut setelah hampir separuh perjalanan untuk pulang ke Kuala Lipis dari Kelantan.Tak dapat saya berpatah balik,kerana ada tanggungjawab lainnya keesokan harinya.

Bila seorang ulamak sepertinya meninggalkan kita,pasti tiada lagi pengganti yang sama sepertinya.Seluruh rakyat yang sayangkannya menangis hiba.

Al Fatihah....

"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat,melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur".(HR Ahmad dan Tirmidzi)

Innalillahiwainnailaihirajiun....

Pesanan:Kenangan terindah anak ke 3 saya ditahnikkan oleh beliau di Masjid Pulau Melaka miliknya pada tahun 2001.Mengambil berkat orang alim.



Thursday, January 29, 2015

Sesi menanam rumput di Taska

Kawasan luar taska memang kering tanahnya.Jadi nampak kering kontang kalau tak berumput.Maklumlah kawasan perumahan baru macam tu lah.

Baru-baru ni saya dan suami cuba untuk mengeluarkan peluh yang dah lama terperap (alamak?) hehehe...kami menanam rumput di sekitar kawasan tu.Untuk memudahkan anak-anak taska bermain nanti.

Kami mencari rumput jenis Filipina...murah sikit lebih kurang RM3.50 sepetak panjang,berbanding rumput Jepun (lebih halus) RM7.50 harganya.

Suami nak berjimat sepetak panjang tu kerat 2,kemudian mulalah acara menggebu tanah dulu,sebelum di letakkan rumput tersebut.






Maka siaplah sebahagian rumput.Kerja saya hendaklah menyiramnya setiap pagi dan petang.Sebab sekarang ni musim panas,tanah cepat kering.

Nanti dah siap penuh kita lihat je lah hasilnya.Suami saya pun bukan pakar menanam rumput,tapi buat semampu yang boleh.Kalau rumput liar cepat je dia tumbuh.Kalau rumput berbayar ni tak tahulah.hehehe Rugi saya tak tanam awal-awal waktu musim hujan bulan Disember.

Nampak cantiklah sikit taska tu bila dah ada rumput nanti kan.Kanak-kanak pun selamat bermain jika rumput sebegini digunakan.

Pesanan:Saya sibuk sikit,lama juga nak cari masa nak update blog.Terima kasih kawan-kawan masih sudi singgah.TQ


Friday, January 16, 2015

Sesi persekolahan tahun 2015 bermula!


Akhirnya setelah ditangguh seminggu sesi persekolah Tahun 2015,akhirnya 12 haribulan Januari bermula sesi persekolahan yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Kesemua anak-anak saya  sudah bersekolah.Dah takde yang tinggal di rumah menemani saya.Namun begitu 6 anak saya semuanya berlainan sekolah kecuali yang no 5 dan 6 sekolah rendah yang sama.

Seawal jam 6 pagi saya bangunkan anak saya,mandikan anak saya yang bongsu ni,dan bersiap pakai baju sekolah.Baju sekolah pra tak dapat lagi jadi gunakan dulu baju pra sekolah anak yang dulu.

Lucunya,sekolahnya bukan lah jauh sangat.Sebelah kuarters je.Jalan kaki seminit dah sampai kat padang sekolah.15 saat lagi sampailah kat bangunan sekolah.hehehe..

Saja saya bangunkan awal-awal anak tu.Dah tahu nanti bersiap lama.Nak makan lagi,Nak pakai stoking pun lambat..hahaha..semangat kan umi dia.

Okaylah.Selamat bersekolah semua.

Pesanan: Jangan mula-mula je bangun awal,dia ni banyak alasan untuk tidak ke sekolah...hahaha

Tuesday, January 06, 2015

Lagi gambar kesan banjir di Kelantan

Kemusnahan harta benda dan rumah yang tidak dapat dibayang dengan kata-kata sahaja.Ianya menusuk terus ke jiwa. Melihat sendiri lebih sayu dan sedih.Semua gambar ini saya sendiri yang ambil.Tidak ada copy paste dari mana-mana.Apa yang dilihat itulah yang hendak saya kongsikan.







Monday, January 05, 2015

Kesan selepas banjir






Inilah antara kesan selepas banjir melanda negeri Kelantan.Kemusnahan rumah dan harta benda dapat dilihat disana sini.Saya sempat merakam beberapa keping gambar pada 3/1/2015 sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung suami di Kota Bharu.

Lebih sayu di hati apabila kelihatan kanak-kanak berdiri di tepi jalan memohon bantuan makanan dan minuman.