Thursday, January 29, 2015

Sesi menanam rumput di Taska

Kawasan luar taska memang kering tanahnya.Jadi nampak kering kontang kalau tak berumput.Maklumlah kawasan perumahan baru macam tu lah.

Baru-baru ni saya dan suami cuba untuk mengeluarkan peluh yang dah lama terperap (alamak?) hehehe...kami menanam rumput di sekitar kawasan tu.Untuk memudahkan anak-anak taska bermain nanti.

Kami mencari rumput jenis Filipina...murah sikit lebih kurang RM3.50 sepetak panjang,berbanding rumput Jepun (lebih halus) RM7.50 harganya.

Suami nak berjimat sepetak panjang tu kerat 2,kemudian mulalah acara menggebu tanah dulu,sebelum di letakkan rumput tersebut.






Maka siaplah sebahagian rumput.Kerja saya hendaklah menyiramnya setiap pagi dan petang.Sebab sekarang ni musim panas,tanah cepat kering.

Nanti dah siap penuh kita lihat je lah hasilnya.Suami saya pun bukan pakar menanam rumput,tapi buat semampu yang boleh.Kalau rumput liar cepat je dia tumbuh.Kalau rumput berbayar ni tak tahulah.hehehe Rugi saya tak tanam awal-awal waktu musim hujan bulan Disember.

Nampak cantiklah sikit taska tu bila dah ada rumput nanti kan.Kanak-kanak pun selamat bermain jika rumput sebegini digunakan.

Pesanan:Saya sibuk sikit,lama juga nak cari masa nak update blog.Terima kasih kawan-kawan masih sudi singgah.TQ


7 comments:

  1. nanti update lah ya perkembangan rumput ni...nak tgk berapa lama diperlukan utk penuhkan semua kawasan tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh boleh je..saya pun tak sabar nak tengok

      Delete
  2. Kalau saya ni.. berebutler dengan anak nak siram.. anak2 biasalah.. lebih nak main air dari tolong siram.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...anak2 saya belum.lagi saya suruh siram..agaknya sama juga kot..main air je lah

      Delete
    2. Tu lah...anak2 saya belum.lagi saya suruh siram..agaknya sama juga kot..main air je lah

      Delete
  3. Kak buka taska ke? Wah, makin maju, tahniah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.