Tuesday, January 07, 2014

Semuanya dah selesai untuk awal tahun ni...

Anak-anak semua dah ke sekolah.Lega hati ini,bila semuanya dapat diselesaikan satu persatu.Memang banyaklah duit keluar untuk bayaran buku-buku dan yuran-yuran sekolah anak-anak.Tanggungjawab tetap tanggungjawab.Yang penting anak dapat belajar dengan baik.

Sebenarnya,ada lagi duit kena sediakan ni.Itu baru awal tahun,lepas ni macam-macam lagi cikgu suruh beli.Ikut pengalaman tahun-tahun lepas,begitu juga,ada je barang cikgu suruh beli.Jadi kena bersedialah ni.


Tiga orang anak saya di sekolah menengah,manakala 2 orang lagi di sekolah rendah dan seorang di tabika.Alhamdulillah,semangat awal tahun,kasut baru,baju baru,serba baru,nak sekolah pun lagi bersemangat bangun pagi-pagi.Semoga berterusan.

Memang bahang kenaikan harga barangan dan serba serbi yang lain sangat kami sekeluarga rasai,maklumlah untuk menyediakan pembayaran yuran untuk semua anak,memang banyak.Mujurlah suami kerja berpendapatan tetap,bolehlah menampung sedikit sebanyak.Tidak mahu mengeluh panjang,saya dan keluarga perlu teruskan kehidupan.Yang penting agama Islam diutamakan.

Hmmm...macam-mana dengan kawan-kawan atau blogger di luar sana?Okaykah untuk awal tahun ni.Sama-samalah kita berdoa kepada Allah mohon dipermudahlan segala urusan dan dimurahkan rezeki.Hanya kepadaNyalah kita memohon dan berserah.

Jumpa lagi!

Pesanan:Rasa nak mengadu....kepada Allah jualah tempat memohon pertolongan.

10 comments:

  1. bila anak2 dah bersekolah ni memang banyak pakai duit kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farah...lagi2 naik menengah...macam-macam kena beli..

      Delete
  2. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Itulah cabaran dalam melunaskan tanggungjawab. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan... :)

    ReplyDelete
  4. selalu terfikir macam mana arwah mak & abah dulu besarkan kami 10 beradik terutama utk persiapan sekolah...hmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang berlaku,orang dulu2 boleh je besarkan anak2 yang ramai...

      Delete
  5. awal thun mmg byk btul kan mengalir duit utk persekolahan anak2...mcmna la org yg ramai anak tu di zaman yg serba mhl skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah,makin bertambah dari tahun ke tahun...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.