Wednesday, January 01, 2014

Selamat Datang Tahun 2014!

Tahun 2014 menjelma,Alhamdulillah diberi kesempatan berada di tahun 2014.Semoga tahun ini akan memberi rezeki yang lebih buat saya dan keluarga,kerana tahun ini sangat besar cabarannya,kesemua 6 anak-anak saya sudah bersekolah.Maka tanggungan perbelanjaan di rumah dan sekolah bertambah.Kerana mereka sudah semakin membesar.

Tahun ini juga saya berazam akan menjadi seorang isteri ibu dan muslimah yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.Banyak lagi yang ingin saya pelajari tentang dunia dan akhirat.Semoga perkara yang baik-baik banyak berlaku tahun ni.

Berazam tahun demi tahun bukanlah sesuatu perkara yang baru.Sesiapa saja boleh berazam namun untuk menunaikannya kita perlu satu kesungguhan dan displin hidup yang tinggi.Percayalah setiap perbuatan kita lakukan perlulah bersandarkan kepada agama kita yang satu iaitu Agama Islam,kelancaran akan kita nikmati dikemudiannya.

Tahun yang penuh cabaran dan dugaan ini akan cuba saya tempuh demi sebuah kehidupan yang baik.

Pesanan:Buang yang keruh ambil yangjernih,lupakan peristiwa silam,perbaiki diri sendiri.

10 comments:

  1. Replies
    1. Selamat tahun baru juga pada bro Abil...semoga suksess ye...

      Delete
  2. Selamat Tahun baru 2014...semoga segalanya lebih baik dari tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. berhijrahlah demi kebaikan tanpa mengira waktu demi dunia dan akhirat yg pasti .

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kalau ada semangat yang kuat, boleh jadi lebih baik daripada tahun lepas. Selamat tahun baru UmmiArissa.

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru juga buat ummiarissa sekeluarga

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.