Tuesday, December 10, 2013

Kita hanya merancang Allah jua menentukan

Sepatutnya dari hari semalam saya kini berada di Mentakab mengikuti kursus.Tetapi oleh kerana bencana alam seperti banjir berlaku,maka segala perancangan saya tidak menjadi.Kursus saya ditangguhkan akibat banjir yang melanda.Saya anggapnya sebagai hikmah disebalik kejadian.

Inilah yang sering kita katakan,kita hanya merancang Allah jua menentukannya.Tiada yang sebaik selain perancangan Allah jua.Saya sebagai orang Islam harus muhasabah diri dengan kejadian yang menimpa orang lain dan diri sendiri juga.

Bayangkan seminggu sebelum ke kursus,saya telah menyediakan sebeg pakaian khas untuk kursus tersebut,kemudian siap pula membahagi-bahagikan anak-anak untuk dijaga mak dan adik beradik saya yang lain,2 hari sebelum kursus,saya mendapat makluman kursus saya ditangguhkan.

"Aku tahu bahawa Allah telah menetapkan rezeki untukku dan tiada mungkin orang lain mampu merampasnya.Dengan itu hatiku menjadi tenang".

Saya maklum bila segala perancangan kita buat itu tak semestinya ianya berjalan seperti yang dirancang.Bila saya fikirkan semula terlalu banyak hikmah disebalik kejadian ini.Hanya setelah 2-3 hari berlalu,saya berfikir semula,banyak perkara yang dapat selesaikan akibat penangguhan kursus ini.Sebab itu kita jangan rasa apabila masa dan tarikh telah ditetapkan,perkara akan berjalan seperti dirancang.Sedangkan rezeki dah nak masuk mulut pun boleh tertepis inikan pula perkara sebegini.

Semoga saya tergolong dikalangan orang yang sentiasa bersangka baikdan dikalangan orang-orang bersabar di atas setiap ujian dan dugaan ini.Amin!

Pesanan:Back to normal planning....cuti sampai bukasekolah....hehehehe


9 comments:

  1. Replies
    1. cuti sekolah memang saya cuti dari jaga anak cikgu...untung amik anak cikgu,cikgu cuti,kami pun cuti...nak sama cuti dengan suami dan anak heehehe

      Delete
  2. btol tu..perancangan Allah yg terbaik... disetiap kejadian..ada hikmahnya..

    amboi...syoknyer cuti sampai buka sekolah ehh... nak jugak..nak jugak...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti-cuti pun tugas surirumah tetap macam biasa,cuma berganda sikit,sebab nak masak untuk ramai...hehehe

      Delete
  3. Akak pulak dah lama plan nak pergi pesta buku 1Malaysia kat PWTC.. Tapi lastly tak pergi sebab kekangan bajet.. Bajet dah digunakan ke arah lain.. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohbest jugak ye ada pesta buku,saya tak sempat kot...sibuk tugas dirumah...

      Delete
  4. saya setuju dgn ummiarissa tentang hikmah di sebalik kejadian tu. sebab saya dah byk kali lalui. contoh terbaru yg masa saya kena pergi kursus baru2 ni. Ada hikmah kenapa Allah pilih utk saya pegi waktu itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perancangan Allah itu terbaik kan...semoga kebaikan menanti kita..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.