Sunday, December 22, 2013
Kalau paip air disediakan di semua tempat pembuangan sampah,bagaimana?
Rata-rata rakyat kita,kalau tong sampah disediakan,tak ramai yang nak buang ke dalam tong sampah.Ramai yang suka buang sampah di luar tong sampah.Kenapa ini berlaku?
Kalau saya tengok senario buang sampah di luar tempat sampah,saya dapat agak sebabnya,mereka tidak mahu kotorkan tangan membuka penutup tong sampah.'Jijik,geli,kotor,nanti tangan berbau' itu antara alasan mereka yang ikut campak je sampah ni,sama ada tercicir di luar tong sampah atau memang sengaja membuangnya di luar tong sampah yang disediakan.
Jangan tak tahu ye,ada yang sanggup buka penutup tong sampah dengan hanya menggunakan satu jari je.Dah namanya tong sampah kan.Tong sampah negara kita ni,jarang nak jumpa bersih sangat.Seingat saya sewaktu saya pernah ke Jepun,tempat membuang sampah mereka bersih sangat,nak bersandar badan pun tak jijik.
Jadi satu alternatif disediakan dengan menyediakan tempat membasuh tangan di tepi tempat pembuangan sampah.Jadi tiada lagi alasan untuk tidak membuang sampah dengan membuka penutupnya sebelum membuang ke dalam tong sampah tersebut.
Ini ditempat tinggal saya di Kuala Lipis.Ada tak yang buat sebegini di kawasan perumahan anda?Dan bagaimana jika dicadangkan disediakan satu paip air di tempat-tempat pembuangan sampah seperti ini.Tapi saya risau satu je,takut ramai yang mengambil kesempatan pula menggunakan paip air ini untuk kegunaan peribadi.Tak kisahlah apa-apapun.
Begitulah kita sebagai manusia ni ye,jika tak disediakan kemudahan kita bising,bila dah sediakan kemudahan kita menyalahgunakan.Habis tu camno?
Pesanan:Kadang-kadang kita lupa nak ajar anak-anak agar membuang sampah dengan cara yang betul,jadi eloklah kita ajarkan anak-anak kita.
hmm... bukan sbb geli tpi sbb sikap... klu kita ikat smpah tu elok2.. msukn dlm tong bertutup... insha Allah bersih aje tmph buang smph.. org nk kutip tu pun sng... tpi ap yg kita tgk... rmai je cmpak je dr jauh... klu tepi jln tu..cmpak je dr kndraan... hmm... tu yg smpah berselerak...
ReplyDeletebetullah sikap manusia ni kalau main campak je,mana tak terburai keluar..lagi2 kalau tak masuk tong
Deletebetul..tambah2 klu rumah bertingkat2...rumah bertingkat bukan masalah tapi orangnye..paling teruk buang kat tepi lif je aduhhhh...
ReplyDeleteohh...teruk tu kalau tepi lif buang sampah...malas tu
Deleteoh tu tahap malas tu...hehehe
Deleteklu lepas buang sampah trus balik umah , x de masalah ler klu kotor . kan blh asuh .
ReplyDeletemasalah pada mereka yang buang sampah pagi2,nak terus ke tempat kerja,biasakan nampak sampah letak atas bonet kereta,time tu lah paip ni diperlukan...
Deleteassalamualaikum ida....sikap yg begini yg susah nak diguna pakaikan...:)
ReplyDeletetu lah kan...
Delete