Tuesday, October 29, 2013

Penyokong cilik The Red Warriors yang akan dirindui selalu

Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada hari raya haji baru-baru ni.Terasa baru sahaja kita merayakan raya haji.Namun takdir menentukan segala-galanya.Allah lebih sayangkan dia.Tempatnya telah ditentukan Allah.Semoga berbahagia lah kamu di sana.

Sharlene Zamelya nama yang diberi kedua ibubapanya telah pergi meninggalkan orang-orang yang menyayanginya pada hari Isnin 28 Oktober 2013/23 Zulhijjah 1434 pada jam lebih kurang 8.15 pagi.Anak bongsu daripada lima orang adik beradik.Dia seorang kanak-kanak yang riang dan sangat manja dengan keluarganya.Juga kepada sesiapa yang dikenali dan mengenalinya.Dia juga penyokong tegar kepada pasukan bolasepak negerinya Kelantan.Hampir setiap kali pasukan Kelantan dapat masuk ke perlawanan akhir,dia dan keluarga akan turun memberikan sokongan.

Dia juga adik cilik yang sering memimpin tangan pemain-pemain pasukan negeri Kelantan.Seringkali wajahnya keluar di kaca TV memimpin tangan pemain, jika pasukan bolasepak Kelantan bermain di tempat sendiri di Kota Bharu.



Dia hanya berusia 9 tahun ketika meninggalkan keluarga untuk selama-lamanya dengan penyakit misteri yang dialaminya.Jangan ditanya apa,kerana kita hanya merancang hanya Allah yang tentukan segalanya.Apabila segala ikhtiar telah dilakukan,akhirnya kita berserah jua kepada Allah.

Tempatnya telah ditentukan Allah,berbahagialah kau di sana Adik!Al Fatihah

Pesanan: Dia adalah anak saudara suami saya.Saya dan keluarga terus pulang ke sana sebaik sahaja mendapat berita kehilangannya.

10 comments:

  1. Innalillahi wa innailahi rojiun.. dia akan tunggu ibu ayahnya di sana nanti, Insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah yang kami sampaikan kepada ibubapanya,agar tabah....

      Delete
  2. innalillahi wa innailaihi rojiun..al fatihah
    moga arwah tenang disana..

    ReplyDelete
  3. baru isnin lepas? innalillah. pastilah mak ayahnya sgt merasa kehilangan. boleh cerita tentang sakit misteri tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lyd kalau Lyd dah baca sebelum saya delete,itu je lah jawapannya.(tentang penyakitnya)..saya tak boleh dedahkan yang lain...maaf ye

      Delete
  4. Al-Fatihah... Tempatnya pasti di syurga..

    ReplyDelete
  5. Komen saya di entri ini : http://relakssminda.blogspot.com/2013/11/pahang-juara-kelantan-duka-berganda.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.