Saturday, October 26, 2013

Kemahiran yang sudah lama ditinggalkan

Tak lama mana pun,mungkin dalam 2-3 tahun.Maklumlah dah bertukar karier yang lebih mencabar.Cheh,mencabar apanya,anak jagaan yang semakin bertambah,lalu minat saya yang ini hampir terlupa.

Dah lama tak menguli roti,akhirnya berjaya juga saya membuatnya.Mujur anak-anak dara ada di rumah bercuti.Ringan sikit kerja nak buat.Ini roti sosej, tart keju blueberi dan tart telur yang sempat saya buat untuk jualan sempena Majlis Graduasi Sijil Kemahiran  Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional Kuala Lipis,tempat kerja suami saya.Bila ada je yang offer saya menjual,saya tak lepaskan peluang.


Hasilnya masih seperti dulu,bolehlah dari tak jadi langsung.Kemahiran seperti ini kadang-kadang mudah lupa,tapi bila dah mula je,barulah lancar je tangan ni membuatnya hingga siap.


Cuma yang bawah ini saya tak jual sebab tart buah-buahan ni,saya dapat 6 biji je,lebihan sarang tart.Jadi buat santapan keluarga je lah.

Okaylah kan..

Yang ini pula pelajar-pelajar yang menghadiri Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM),Kolej Vokasioanl.Kepada sesiapa yang ingin memohon bolehlah rujuk kat  SINI ye.Dan bagi yang ingin mengetahui tentang perbezaan antara Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh rujuk entry di SINI.Kredit kepada www.kujie2.com.



Itulah antara aktiviti saya hujung minggu ni selain menonton perlawanan bola.

Pesanan: Jangan malu bertanya tentang Kolej Vokasional dan jangan lupa tanya juga minat anak anda.

12 comments:

  1. rindu nak buat tart, saya pun dah lama tak meng tart lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masak,sedap je makan panas-panas tu...hehehehe

      Delete
    2. saya suka mkn tart! adeh, untunglah kak ummi pandai buat. boleh mkn hari2x =__=

      Delete
    3. kalaunak buat tart ni,tak boleh buat keje lain,sebab kalau terleka sikit,hangus kerak dia..bestkan makan tart..hehehe

      Delete
  2. Akak tak pernah buat tart tu.. Nak buat sorang2 rasa macam letih je sebab nak buat kulit dia tu yang agak leceh.. Roti tu pulak, akak tak reti nak pintal2 dia.. Sebab tu kalau buat roti, akak buat bentuk mini piza je.. hehe..

    Seketul roti tu jual berapa RM..? Berat dia berapa..? Akak nak jugak cuba jual roti kat sini, tapi tak tau nak letak harga.. Lipis dengan tempat akak ni dekat je.. Jadi, harga lebih kurang je kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah buat,senang je buatnya...cuma kena sabar nak bakarlah,terleka sikit hangus kulitnya..hehehe

      kalau nak tahu berapa harga roti kita berhubung dengan email boleh?ni email saya ummiarissa10@gmail.com...tq

      Delete
  3. Kemahiran yg tidak ada pada semua orang. Nampak menjadi, cantik dan menyelerakan. Pasti tak cukup tu! Boleh buka kedai roti ni bila tiba waktu yg sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah..jika diizinkan..saya memang berminat dan bercita-cita membuka bakery...

      Delete
  4. mak oooi gitu punya kemahiran kena buat selalu.. nanti dah lupa payah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.