Monday, March 18, 2013

Janganlah aibkan orang tu,dia kan dah berubah...

Bila kita lihat kawan kita dah berubah,janganlah aibkan mereka.Kalau nak cerita semua keburukan mereka sebelum berubah menjadi yang lebih baik,memang lah tak adil namanya.Tapi kalau kita nak bercerita untuk kebaikan berpada-padalah juga.

Saya kadang-kadang kecewa dengan sikap orang kita yang selalu rasa tak senang bila lihat orang lain berubah menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.Contohnya,bila kita dah tak nak join group lepak diorang petang-petang kat luar,mulalah cakap yang bukan-bukan.Bersangka baik lah.Mungkin ada sebab yang munasabah menyebabkan orang tu tak mahu join kita lepak bersama.

Cepat sangat kita menilai orang,walaupun tak pasti lagi sebab-sebabnya.Pernah saya bertanya seorang kawan,kenapa lama tak nampak keluar,katanya sejak suaminya pesan jangan lagi berkumpul berbual-bual di situ lagi,dia pun tak keluar.Dia pula takde pula menceritakan sebab-sebabnya.Mesti ada sebab yang kukuh suaminya tidak mahu isterinya bergaul bersama dengan jiran-jiran yang sering berkumpul petang-petang..Suaminya ingin yang terbaik,mungkin itu yang terbaik.

Ini contoh saya kaburkan gambar kawan-kawan yang sudahpun menutup aurat.

Kawan-kawan yang dulu tak menutup aurat,kini berubah ingin menutup auratnya,maka janganlah kita sibuk bercerita hal keburukannya.Sibuk bercerita dulu dia ni sekian sekian....bla bla bla...Sepatutnya kita bersyukur kawan kita ingin berubah.Lagi satu,tak payahlah lagi nak keluarkan gambar-gambar sewaktu dia masih belum menutup aurat sama ada di FB (Facebook) atau Twitter atau mana-mana tempat yang orang lain boleh lihat.Jagalah maruah kawan kita yang dah berubah tu.

Sebab tu bila saya nak imbas kenangan lalu,banyak gambar lama kawan-kawan saya kaburkan,sebab mereka dah menutup aurat.Seperti di entry SINI

Sibuk mencari salah orang lain,salah kita siapa nak lihat?Betullah orang kata,nak tahu sikap seseorang...lihatlah dengan siapa dia berkawan.

Pesanan:Cukup-cukuplah kita menfitnah,mengaibkan orang...tak takut azab Allah ke?

14 comments:

  1. betoi tu kak... sbb tu kalau sy 'pandang' sesuatu, sy tak suka tgk yg tersurat tapi saya akan nilai yg 'tersirat'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...nak cari orang berfikiran macam ina ni jarang sangat dapatnya..banyak tengok yang tersurat je..

      Delete
  2. saya sokong kata² akak.. sebab sy pun dah jrg nak join jiran² melepak sebab tak mahu dgr cerita mengaibkan org sebelah menyebelah ni... biarlah mereka nak kata saya sombong ke apa.. sy rasa sy sendiri yg nak ubah diri x mahu begitu... tp kalau ada kenduri kendara jiran mestilah dtg...



    ReplyDelete
    Replies
    1. bab cerita jiran2 tu,kadang2 diorang tak berniat nak mengata,tapi bila makin ramai menyampuk makin rancaklah mereka bercerita...kita jadi tak senang dengan keadaan ni,kita larilah..mereka dengar sebelah pihak je..

      Delete
  3. berprasangka baiklah.. setuju sangat. Kita ni sape nak menghukum orang kan.. silap-silap meludah ke langit terpercik ke muka sendir, sape yang malu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah che mid...che mid lagi lama bergaul dengan macam2 ragam orang kan...mesti che mid lebih tahu..

      Delete
  4. suka tengok orang lain yg berubah ke arah yg lebih baik..boleh jadi motivasi utk diri sendiri :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah jika dia dah berubah...
    sampai cakap belakang tak sedap pula kita yang mendengarnya...
    orang tua selalu pesan mulut kena jaga..bahaya

    ReplyDelete
  6. betultu KA setuju sgt, Kita patut sokong apa2 perubahan mereka ke arah kebaikan kan

    ReplyDelete
  7. sangat setuju...
    kawan2 cheqna ramai yang dari free hair akhirnya pakai tudung alhamdulillah...moga Allah melindungi kita dan rakan2 yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semoga lebih baik dari semalam..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.