Wednesday, December 05, 2012

Kerana seekor tebuan

Hanya kerana seekor tebuan boleh mengundang maut.Itulah yang apa yang dicakapkan oleh MA(Medical Assistant) di sebuah klinik kerajaan.Namun demikian ianya berkaitan dengan alahan si mangsa dan tanda-tanda yang kelihatan sebaik disengat tebuan.

Antaran tanda-tanda kurang baik sebaik disengat tebuan ialah susah nak bernafas,muntah-muntah dan pening kepala.Jika ini terjadi kepada anda segeralah ke klinik berdekatan.

Pagi semalam jam 9 pagi sewaktu saya mengutip kain baju kotor anak-anak dalam bilik air,saya tersaut sekali dengan seekor tebuan yang sesat masuk ke dalam rumah.Akibatnya saya disengat tebuaan tersebut.Patutlah saya rasa sakit seolah-olah dicucuk jarum yang tajam.Rupanya dia meninggalkan sengatnya.Terus saya cabut dan buang.


 Inilah bahan buktinya

Pada mulanya memang sakit,kemudian selepas disapu miyak gamat reda sikit sakitnya.Menjelang petang dalam pukul 3.30 petang saya lihat ianya semakin membengkak.Berat rasa tangan sebelah kanan ni.Saya mengambil keputusan ke klinik.Terkejut MA bila saya beritahu saya disengat pagi tadi.Katanya saya perlu disuntik.

2 suntikan melalui saluran urat dan 1 suntikan dibahu.Wah kecut perut saya bila diberitahu sedemikian.Namun saya berserah diri demi kesihatan saya.


Sebelum disuntik
Bengkak sedikit kawasan bawah ibu jari saya yang kena sengat tu,ini baru seekor dah rasa bisanya.Kalau banyak ekor...tak tahulah.Ini pun saya tak boleh bemgkokkan ibu jari.

Selepas diberitahu ubat suntikan ini boleh menyebabkan mengantuk,sebaik tiba dirumah saya terus tidur.Apabila sedar dari tidur,saya dapati bengkak mulai surut,bisa sakit berkurangan dan tangan rasa ringan sedikit.


Bengkak yang sudah surut

Alhamdulillah,saya segar semula.Bersama bekalan ubat yang dibekalkan,saya ikut arahan cara pemakanannya,Insya Allah  tangan saya boleh bergerak seperti biasa.

Jadi bila sudah kena sengatan walaupun seekor,pergilah dapatkan rawatan sebelum terlambat.Bila bisa sudah menjalar ke jantung,tak tahu apa akan jadi.

Pesanan:Pertama kali saya disengat tebuan,maklumlah rumah dekat dengan kawasan hutan.

13 comments:

  1. kena gigit kerengga pun dah rasa sakit apetah lagi sengat tebuan ni.Harap cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...ni first time kena sengat tebuan...baru tau camne rasa sakitnya...terima kasih ye

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah...mujur cepat bertindak...g klinik...

      Delete
  3. Dulu, pernah pokok kt laman ada sarang tebuan. Langsung tak sedar sebab terlindung daun-daun yang lebat. Rupanya dah besar sangat sarang tu. Terus panggil bomba. Bomba bakar sarang tu, berasap satu taman perumahan.. kecoh sebab ada kereta bomba depan rumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur tak diserangnya akak anak beranak ye...ish bahaya tu...mujur bertindak cepat kak ye...

      Delete
  4. teringat srg kawan terpijak tebuan...xpasal kena sengat ngan kena cucuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tebuan ni cepat bertindak....kita pun jangan cepat panik...

      Delete
  5. kena ambil suntikan yup...takut pula..bayangkan klau anak2 kita yg kena sengat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah yang doktor sarankan...hmmm...kalau anak-anak yang kena menangis tak berhentilah diorang...

      Delete
  6. Semoga cepat sembuh.....tebuan agak bahaya bisanya ye...nak2 kalau terkena pd anak...

    ReplyDelete
  7. Tghri td bru lps kna sgat kt tgn..skrg tgh mbgkk....nk tgk dlu pg esk...law x ok bru pegi klnik...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.