Tuesday, December 04, 2012

Jumpa Blogger lagi-MJ in the house!!!

Bila saya dengar je kata ada  blogger ni nak datang Kelantan,terus saya berangan-angan nak jumpa.Kebetulan pula saya masih berada di Kelantan.

Mereka ialah Dkna dan MJ.Ada lagi seorang yang saya nak jumpa juga iaitu Noraim.Namun demikian bukan senang nak berjumpa,kerana masing-masing ada komitmen dan urusan masing-masing.

Saya bercadang nak jumpa semunya serentak dalam satu masa.Pagi yang hening saya pun menghantar mesej ke semua mereka untuk mengajak mereka bersarapan,

Dkna tak dapat join,nak bawa mak checkup di HUSM,manakala Noraim yang memang tinggal di Kelantan ada di Kajang,mungkin baru habis konvo.MJ?hmmmm....MJ tiada jawapan lagi.Saya cuba call,tidak dijawab.Saya pun hantar mesej sebab rasanya mungkin dia sibuk dengan keluarganya.Mj ke Kelantan kerana kenduri kahwin adik iparnya.Berserah atas rezeki.

Saya pun ke Pasir Mas untuk mengambil ubat suami.Akhirnya mesej saya dijawab oleh MJ.Katanya nak balik Penang dah,tapi nak singgah ke Rantau Panjang.Bila mendengar je begitu,saya pun kata kita jumpa sana jelah.Dari Pasir Mas ke Rantau Panjang dah dekat pun.

Akhirnya kami pun bertemu di suasana hujan-hujan yang menitik.Saya pun sempat berbual sekejap je.Kami bergambar bersama.Lalu kami berpisah mengikut haluan masing-masing.Memang best!Cuma hasrat nak belanja sarapan tak tertunai.Mungkin lain kali ye.Terima kasih ye MJ.Sudi juga nak jumpa saya.


 Dan di bawah ni jurukamera kami...hehehe..anak sulung saya dan adik MJ


Saya berharap dapat berjumpa blogger lain pula selepas ini.

Pesanan:Sampai lewat malam tadi di Lipis.Keletihan menaiki kereta hampir 6 jam membuatkan saya rasa tak naik naik kereta.

25 comments:

  1. JUmpa camtu je ke? Tak makan-makan la ye? Kira okay la.. Dapat jumpa kan? Boleh mengeratkan silaturrahim. Ada rezeki nanti kita plak jumpa. In sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah cadang nak g sarapan bersama,tapi lewat dah...jadi kami sempat jumpa bergambar je,MJ nak balik penang tu..

      Delete
  2. bestkan dapat jumpa sesama blogger..len kali ade rezeki lak kan ummi...

    ReplyDelete
  3. Mesti tak puas kalau jumpa sekejap. Rasa macam nak bertemu lagi kalau boleh kan:)

    ReplyDelete
  4. ada rezeki nak jumpa juga...seronoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...kalau ke Lipis ke,KL ke atau Kelantan ke beritahulah...kalau2 kebetulan ada kita leh jumpa

      Delete
  5. dah lama saya tak jejalan kelantan.. suka jalan2 kat sana.. murah2 brang2..makananya heaven..hehehe

    ReplyDelete
  6. bolehlah chekgu datang...homestay saya pun ada heehee(promote)...chekgu jangan segan2....memang berbaloi...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak sudi berjumpa walau sekejap..
    Memang amsa tu kelam kelibut + busy..

    Nyesal lak tak jawab kol ari tu, enset tinggal dalam bilik, tuannya dok luar, nak kol balik masa tu la enset abis limit, tensi tul..
    Kalau tak, dapat kita borak2 smbil bersarapan kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe...ada rezeki lainkali kita jumpa lagi...borak2 panjang sikit..terima kasih sekali lagi...

      Delete
    2. Assalamualaikum kak, sihat ke?
      Lama betul tak jenguk blog, seba rindu jenguk blog terjumpa entry ni..
      Allahuakbar serius tak ingat dah pasal pertemuan kita ni..
      Mujur ada blog boleh mengingatkan kita semula.

      Delete
  8. nak jumpa gaklah dgn akak.. hihii... tp lambat lg lah.. tahun dpn baru blik trg... heheh... leh sggah kelantan kalau hubby larat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kalau kebetulan balik kelantan kita jumpa...sama juga nak jumpa sangat

      Delete
  9. Ruginya terlepas peluang ni.

    Maaf akak. Memang masa akak msg tu saya baru habis konvo dan tak balik kelantan lagi. Huhu.

    Nanti bila akak dah balik sini , akak msg sy ok. InsyaAllah saya ade kat KB sampai bulan 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..dik....jangan lupa...takkan lari gunung dikejar

      Delete
  10. Kak, MJ dah update perjumpaan kita ari tu :)


    http://normj1001.blogspot.com/2012/12/berjumpa-rakan-blogger-di-kelantan.html

    ReplyDelete
  11. Bestkan Jumpa dengan MJ.. Dia sgt2 friendly.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...cuma tak dapat berbual panjang...banyak nak tanya kat dia..tapi masa lak mencemburui kami...

      Delete
  12. bestnyaaaa, bila kt nak jumpa pulak ni kak? ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nadia...nanti pasti berjumpa kalau ada rezeki ye..

      Delete
  13. ada gak baca kat blog akak MJ.. ne yg terus follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...terima kasih ye...nanti akak jenguk blog awak pulak ye..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.