Monday, December 31, 2012

Jalan-jalan cari tudung



Lokasi : Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur...
Pemerhatian:  Rambang Mata
Harga: Tidak percaya!Murah!
Hasilnya: Sekadar window shopping sebab teringat duit ditangan untuk bayar keperluan sekolah anak...huhuhuhuhuhu....

Pesanan: Saya akan datang lagi...tunggguuuuu!!!!

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday #18- Aksi Anak-anak Kecil

Baru berjumpa sudah mesra seperti bertahun-tahun kenal.Inilah reaksi anak saya Arissa dan teman yang baru dijumpainya dan kenal hanya beberapa minit.Kasih sayang yang mendalam!Ikhlas dari hati.


Nak cium sikit!


Awak buat apa tu?


Jom kita bergambar!

Pesanan: Aksi spontan mereka dirakam saat kami berhenti solat di pusat membeli-belah Sogo.Membeli keperluan persekolahan anak-anak.

Thursday, December 20, 2012

Makan baki orang je lah-Durian Crepe


Akhirnya,merasa jugalah saya makan durian crepe yang heboh diperkatakan orang sana-sini.Itupun setelah saya pulang ke rumah mak di Kuala Lumpur.Suami saya ada kerja di KL.

Al-kisahnya,saya boleh dapat merasa juga tu sebab kebetulan saya buka peti ais mak...hehehe...selongkar dulu makanan dalam peti ais mak.Terjumpalah saya makanan ni dalam peti beku.Terus saya tanyakan mak siapa punya ni?Mak kata adik bongsu saya punya suruh mak rasa.Tapi mak tak makan dan taknak makan pun.Tekak orang tua kot,Tak nak makan makanan yang pelik-pelik ni.


Dah namanya rezeki,rezekilah juga walaupun lebihan orang kan.Hmmm...okay...mula-mula ambil sesudu,saya makan.Sesuap dulu kemudian sesuap lagi untuk merasa dengan lebih lanjut,namun demikian tidak menepati tekak saya,maka yang lain tu anak-anak tolong habiskan.Begitulah ceritanya tentang durian crepe saya.Jadi saya dah tak heran lagilah kalau dengar orang bercerita tentang makanan ni.Hahhahahha

Pesanan:Moral of story:Jangan mudah terpedaya dengan produk terbaru jika belum merasa...huhuhu

Tuesday, December 18, 2012

Apa kah pemeriksaan air kencing mata kaki?


Kliklah untuk lebih jelas.

Saya ke klinik baru-baru ni,sedang leka membaca segala macam info yang dilekatkan di dinding klinik tersebut,saya terpandang sesuatu yang menarik minat saya.Tanpa berlengah lagi saya mengambil gambar tersebut.

Pelik bunyinya dan inilah baru pertama kali saya mendengarnya.Lalu saya membaca info yang terkandung di dalamnya.Rupanya air kencing mata kaki adalah pemeriksaan untuk mensasarkan pengawalan penyakit kencing manis.Ianya untuk melihat kandungan gula dalam badan kita rasanya.

Rasanya elok juga saya lekatkan info ini disini buat rujukan yang lain.Walaupun saya tidak memahami secara terus apa yang dicatatkan,namun mungkin berguna bagi yang lebih memahami.

Pesanan: Kurangkan gula dalam makanan,lebihkan manis dalam senyuman...betul tak?

Monday, December 17, 2012

Berapa kos belajar memandu?Mahal ke murah?

Pertama kali belajar memandu kereta dan ambil lesen ialah pada tahun 2003.Waktu tu ketar lutut sebab pertama kali pegang stereng kereta dengan pengajar.Mesti berdebar-debar,tangan pun sama menggigil.

Tapi saya tabah juga demi menyahut cabaran dari seseorang.Saya juga sering mencabar diri sendiri dengan mengatakan "budak tu boleh memandu,takkan aku tak boleh?".

 Jadi dengan berbekalkan semnagat yang tinggi mahu berjaya dan juga berbekal duit yang disponsored suami maka bermulalah kelas memandu saya sehinggalah saya kini boleh memandu walaupun perjalanan yang jauh.

 Berapa kos waktu tu?Tahun 2003 dulu saya menghabiskan RM950 belajar memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas D sahaja.Semua tu termasuk kos ujian untuk lesen L.Semua ujian dilakukan di Raub,Pahang.Sekarang berapa ye kos belajar memandu?Mahal ke murah?


Pesanan:Lepas ni anak teruna saya pun kena hantar ujian memandu,senanglah pergerakan saya sikit,suruh dia bawa ke mana sahaja saya nak pergi...hehehe

Sunday, December 16, 2012

Sayangnya Siti dengan suaminya

Bila je mendengar suaminya mendapat kemalangan di New Zealand,terus penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza dan kakak iparnya Datin Zaiton berangkat ke New Zealand dari KLIA.Lagi best Siti terpaksa membatalkan konsertnya yang sedang berlansung di Jakarta.

Betul dah tindakan Siti tu.Tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.Saat ni lah nak uji kasih sayang suami isteri.Adakah ikhlas atau berpura-pura.Mujur dalam kemalangan tersebut Datuk K masih terselamat.Masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian dari Allah ini dan sama-sama bermuhasabah diri.



Difahamkan Datuk Khalid menunggang motorsikal berkuasa tinggi untuk bersiar-siar sewaktu kemalangan terjadi.Ini menyebabkan beliau patah bahu,tangan dan kaki.

Untuk berita lanjut baca di SINI

Kalau nak jadi apa-apa...mana-mana pun boleh terjadi....INSAF....

Pesanan:Bila dengar musibah sana-sini...saya insaf seketika dan berusaha memperbaiki diri dengn lebih baik.

Saturday, December 15, 2012

Jom Memasak-Ikan Keli Berlada


Mula-mula kena lah tangkap ikan keli hidup-hidup.Ha mana nak tangkap cari sendirilah ye.hehehe...Kemudian siap suruh siang ikan tu,katakan pisau kat rumah tak tajam.(sebenar saya tak pandai siang ikan keli).Bawa balik rumah cuci bersih,kalau saya mak ajar cuci dengan sedikit asam jawa.Selesai bersih ikan garam kunyitkan ikan tu dan goreng garing.


Dah goreng garing ikan keli tu,ketepikan.Sediakan bahan-bahan nak diblender.Cili merah,bawang putih,halia dan serai.Blender semuanya.Bawang merah memang tidak diperlukan dalam resepi ini.Harap maklum.Setelah siap diblender,panaskan kuali yang diletakkan minyak untuk menumis.Tumis sekejap,kemudian masukkan air asam jawa,garam gula dan perasa.Bila dah keluar minyak sikit,dah masak lah tu.Masukkan ikan keli goreng tadi,gaul sebati.Tutup api...kang hangus lak.

Dah selesai.Okay apalagi jomlah makan.oooppsss.....nanti dulu,takkan makan satu lauk je jom gandingkan lauk ini dengan sayur kobis masak lemak,sambal sardin ,tekak orang Selangor iaitu tekak saya,sambal tempoyak dan tak ketinggalan tekak orang Kelantan tekak suami saya...budu weh!!!Apalagi jemput makan!


Kenapa perlu ada sambal sardin?Sebab ikan keli suami tak makan,jadi sambal sardin penggantinya.Makanan tengah hari kami ni tau.Bertambah-tambah nasi nampaknya masing-masing.Berselera sungguh ni.

Pesanan:Makan dengan nasi panas,berasap-asap lagi dengan sambal tempoyak...memang terangkat!!!

Friday, December 14, 2012

Perkongsian Bersama:Rebutlah Solat Saf Hadapan

Ramai yang berebut-rebut mengejar pangkat,kedudukan.Ramai yang sanggup bertelagah demi mencapai sebuah impian.Ramai juga yang sanggup menonjolkan diri demi mengejar kemegahan dan nama baik.

Tapi berapa ramai yang ingin mengejar kelebihan yang Allah janjikan pada umatNya dalam mendirikan solat.Berapa ramai pula yang sanggup berebut untuk duduk di saf yang hadapan?Berapa ramai yang berlumba-lumba untuk berada di saf hadapan?

Ramai tak kalangan kita yang suka duduk di saf belakang dengan harapan mudah untuk keluar saf dengan cepat apabila selesai solat.Sedangkan mereka tak tahu kelebihan berada di saf hadapan.Lumrah manusia.

Nu'man bin Basyir RA berkata,aku mendengar Rasulullah saw bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk orang-orang di saf pertama." (HR Ahmad.Dihasankan oleh Albani dalam Shahih at-Tarhiib)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk orang-orang di saf pertama." (HR an-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Berdasarkan dua buah hadis yang dinyatakan di atas,Rasulullah saw menjelaskan bahawa Allah SWT dan para malaikat mengucapkan selawat kepada orang-orang yang berada dalam saf hadapan ketika menunaikan solat berjemaah.

Tetapi berbeza pula bagi jemaah wanita.Ini dinyatakan oleh Nabi saw melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA,sabdanya:

Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan,dan yang terburuk ialah yang paling belakang,dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir,dan yang paling terburuk ialah yang paling depan.(HR Muslim)

Sumber:Buku 11 golongan yang didoakan malaikat-Walid Faruqi

Pesanan:Harap bertanya yang lebih arif untuk lebih lanjut berkenaan solat saf di hadapan.

Thursday, December 13, 2012

Tips Berjimat:Satu Kuah Dua Lauk

Inilah tips mudah bagi yang ingin berjimat atau malas dah nak masak lain.

Lauk ini adalah baki lauk tengah hari semalam saya sekeluarga.Bila dah masuk untuk makan malam,nak masak lain malas dah,jadi elok je ada baki kuah kari tengah hari tu,apakata kita tambah je lauk dalam kuah tu.

Lauk kari ayam yang dah berbaki seketul je...

Lauk yang nak ditambahpun bukan susah pun.Kalau kebetulan baru balik kenduri kahwin semalam ke,ada bawa balik telur rebus orang kahwin lagi mudah.Kupas dan tambah.Tapi kalau takde tu,rebuslah kejap telur.Bukannya lama pun nak masak.

Tu dia...seketul ayam diapit oleh 4 biji telur ayam.Anak beranak diorang jugakkan.

Tadaaaa.....lauk saya dah siap,dah siap panaskan lagi.Tak perlu berpeluh-peluh lagi nak menumis bagai.Nak makan pun tak payah tunggu lama.Jemputlah makan ye....

Pesanan:Waktu nak panaskan tu slowkanlah api,kang kering lak kuah dia.....

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday #17-SOT (Semua Orang Tahu)

Ini buah manggis!SOT!!!!!SEMUA ORANG TAHU!!


 Ambil sebiji,lihat bilangan dibawah buah tersebut untuk mengetahui bilangan isi di dalamnya.


Tadaaa....pilihan anda menguntungkan anda.

Pesanan:Rasa nak untung pilih-pilih lah.....


Tuesday, December 11, 2012

Lengang je klinik cuti sekolah ni


Nak kan perkhidmatan terbaik.Pergilah ke klinik-klinik kerajaan berdekatan anda.Tapi pergi waktu cuti sekolahlah.Waktu ni nak tengok orang sakit boleh dikira dengan jari.

Kenapa ye?Cuti sekolah sakit pun cuti juga ye.Begitulah yang terjadi di klinik berdekatan rumah saya.Kalau hari bukan cuti sekolah datang jam 4.30 petang,hmmm lama lah nak boleh dirawat.Ramai sebelah petang.

Bila cuti sekolah ni,kalau nak datang 5 minit sebelum klinik tutup,tetap dilayan.Kelasss ko jah!

Agaknya ramai yang ke klinik kerajaan pelajar-pelajar sekolah dan kakitangan sekolah kot...ye lah free percuma tak kena bayar.Saya sendiri bukan tak biasa pergi time bukan cuti sekolah,biasanya orang tak ramai pun perkhidmatannya lambat juga.Ntah apa yang syok dibualkan oleh pekerja di kaunter pun saya tak tahu.Kalau orang ramai lagilah lambat.

Ni pemandangan biasa cuti sekolah,saya tengok sampaikan MA pulak keluar bilik cari pesakit.Sebab bila panggil nombor tak masuk-masuk lagi.Perkhidmatan terbaik tu kan.

Sebab tu saya tengok ramai lebih rela ke klinik berbayar demi tidak mahu menunggu lama.

Pesanan:Saya tak tuju kepada semua klinik kerajaan tau,hanya sebahagian je perkhidmatannya teruk.

Monday, December 10, 2012

Pengat Durian....lagi-lagi durian



Nak habiskan durian.....sebab habis satu rumah berbau durian....Caranya buatlah pengat durian.

Sarapan pagi ni tau!Cicah dengan roti....fuhhh!!!terangkatlah!

Mudah je resepi saya:

Santan dari sebiji kelapa
Gula kabung 1
Gula biasa 1 1/2 (guna senduk nasi) atau ikut rasa manis
garam secubit
Durian ada lah dalam 11 ulas
Caranya pun mudah:

1.Santan,gula dan gula kabung masuk dalam periuk.
2.Hancurkan dulu gula tersebut.
3.Masukkan secubit garam.
4.Dah tu masukkan durian.
5.Masaklah hingga santan mendidih dan dah rasa masak.
6.Rasa dah okay,bolehlah tutup api

Dah boleh makan.Makan begitu sahaja pun sodap!!!

Ada juga yang makan dengan pulut.Ikut rasa andalah.

Pesanan:Masih lagi bersisa,bolehlah makan petang karang pulak.

Rezeki Cuti Sekolah di Musim Buah-buahan-Durian

Rezeki cuti sekolah...

Hari sabtu saya menghadiri kenduri kahwin anak murid suami saya di Temerloh.Sepanjang perjalanan ke sana kiri kanan menjual buah-buahan seperti rambutan,duku,manggis dan durian.Antara buah-buahan semua tu,durian lah paling banyak dijual.

Memang dah rezeki tidak ke mana.Kebetulan saya mempunyai kawan yang tinggal di Temerloh.Hajatnya untuk singgah di rumahnya untuk tumpang solat selepas jamuan makan di kenduri kahwin tersebut..Namun demikian,dia memberitahu pulang ke kampung ibu mertuanya.Dia menjemput saya ke kampung mertuanya untuk menikmati buah-buahan.Jarak ke kampung dari rumahnya di Temerloh sekadar 15 minit sahaja.Buah-buahan punya pasal,saya sanggup!



Pucuk dicita ulam mendatang,umpama orang mengantuk disorongkan bantal.Demikianlah yang berlaku pada saya dan keluarga.Setibanya kami di sana,dihidangkan dengan pemandangan buah-buahan di rumahnya,lebih-lebih lagi buah durian yang ada baru saja luruh.



Gembira bukan kepalang saya dan lebih-lebih lagi anak ke 5 saya yang hantu durian dengan saya.Apalagi kami dijamu makan durian.Makan sekenyang-kenyangnya.Dahlah makan durian,disuruh pulak kopek lagi durian untuk dibuat tempoyak.Saya pun dengan sedaya upaya memenuhkan bekas yang memang kebetulan ada dalam kereta saya.(macam tahu aje kan).


Inilah hasilnya.Ini gambar tak penuh bekas lagi ni.Ada lah dalam 4-5 biji saya kopek dan ambil isinya.Bolehlah dibawa pulang.Macam-macam dah masakan nak dimasak dengan durian ni.Pagi ni saja saya dah ambil sedikit untuk dibuat cekodok durian.

Kami balik pun dibekalkan dalam 6-7 biji durian dan sedikit buah rambutan buat bekalan makan dirumah.Anak-anak dah order suruh masak pengat durian.Insya Allah,ada bahan-bahan dirumah bolehlah buat.Memang rezekilah.Alhamdulillah,syukur pada Allah.

Pesanan:Durian banyak ni,kalau buat durian crepe pun sodap ni kan....nanti nak salin resepi dulu...

Saturday, December 08, 2012

Baru boleh merasa hasil....

2 tahun....lama tu...bukan sekejap...penantian itu memang menyiksakan... Apa yang 2 tahun...saya dah berblog hampir 2 tahun...namun demikian sekarang baru berpeluang untuk menikmati cheque dari Nuffnang.Pertama kali ni tau.Memang lah tak banyak,tapi dah rezeki banyak ni,terima je lah.Bersyukurlah.



Hari ni  pulak tu baru dapat,disebabkan tak pandai macam mana nak cashkan cheque ni,terpaksa juga tanya suami.Jadi esok lusa bolehlah pergi bank uruskan hal ni.Maklumlah pernah pegang cheque pun 20 tahun yang lepas rasanya.Hmmm....nak belajar ilmu baru lagilah ni.

Pesanan:Kalau tak cuba tak tahukan....Terima kasih korang yang rajin datang blog saya.

Thursday, December 06, 2012

Telur asin masak bersama nasi

Ni saya belajar dari mak.Memang kalau nak mudah masak telur asin masukkan aje telur tu bersama nasi yang kita nak masak.

 Bersihkan betul-betul telur asin tu,masukkan kedalam periuk berisi beras yang dah dibasuh bersih dan dah disukat airnya.Mudah je.Tak payah nak pantau-pantau telur tu.Dah masak nasi maknanya dah masaklah telur asin tu.



Beginilah rupanya telur asin yang dimasakkan sekali dengan nasi.Nasi dah masak boleh dah angkat keluar telur asin tu.


Bila dah belah dua,cantik dan masak je telur asin tu.Tak perlu bersusah payah rebus dalam periuk asing.Jimat masa.

Pesanan:Inilah hebatnya orang  dulu-dulu,macam-macam petua dan tips berguna boleh pakai sampai sekarang.

Wednesday, December 05, 2012

Kerana seekor tebuan

Hanya kerana seekor tebuan boleh mengundang maut.Itulah yang apa yang dicakapkan oleh MA(Medical Assistant) di sebuah klinik kerajaan.Namun demikian ianya berkaitan dengan alahan si mangsa dan tanda-tanda yang kelihatan sebaik disengat tebuan.

Antaran tanda-tanda kurang baik sebaik disengat tebuan ialah susah nak bernafas,muntah-muntah dan pening kepala.Jika ini terjadi kepada anda segeralah ke klinik berdekatan.

Pagi semalam jam 9 pagi sewaktu saya mengutip kain baju kotor anak-anak dalam bilik air,saya tersaut sekali dengan seekor tebuan yang sesat masuk ke dalam rumah.Akibatnya saya disengat tebuaan tersebut.Patutlah saya rasa sakit seolah-olah dicucuk jarum yang tajam.Rupanya dia meninggalkan sengatnya.Terus saya cabut dan buang.


 Inilah bahan buktinya

Pada mulanya memang sakit,kemudian selepas disapu miyak gamat reda sikit sakitnya.Menjelang petang dalam pukul 3.30 petang saya lihat ianya semakin membengkak.Berat rasa tangan sebelah kanan ni.Saya mengambil keputusan ke klinik.Terkejut MA bila saya beritahu saya disengat pagi tadi.Katanya saya perlu disuntik.

2 suntikan melalui saluran urat dan 1 suntikan dibahu.Wah kecut perut saya bila diberitahu sedemikian.Namun saya berserah diri demi kesihatan saya.


Sebelum disuntik
Bengkak sedikit kawasan bawah ibu jari saya yang kena sengat tu,ini baru seekor dah rasa bisanya.Kalau banyak ekor...tak tahulah.Ini pun saya tak boleh bemgkokkan ibu jari.

Selepas diberitahu ubat suntikan ini boleh menyebabkan mengantuk,sebaik tiba dirumah saya terus tidur.Apabila sedar dari tidur,saya dapati bengkak mulai surut,bisa sakit berkurangan dan tangan rasa ringan sedikit.


Bengkak yang sudah surut

Alhamdulillah,saya segar semula.Bersama bekalan ubat yang dibekalkan,saya ikut arahan cara pemakanannya,Insya Allah  tangan saya boleh bergerak seperti biasa.

Jadi bila sudah kena sengatan walaupun seekor,pergilah dapatkan rawatan sebelum terlambat.Bila bisa sudah menjalar ke jantung,tak tahu apa akan jadi.

Pesanan:Pertama kali saya disengat tebuan,maklumlah rumah dekat dengan kawasan hutan.

Tuesday, December 04, 2012

Jumpa Blogger lagi-MJ in the house!!!

Bila saya dengar je kata ada  blogger ni nak datang Kelantan,terus saya berangan-angan nak jumpa.Kebetulan pula saya masih berada di Kelantan.

Mereka ialah Dkna dan MJ.Ada lagi seorang yang saya nak jumpa juga iaitu Noraim.Namun demikian bukan senang nak berjumpa,kerana masing-masing ada komitmen dan urusan masing-masing.

Saya bercadang nak jumpa semunya serentak dalam satu masa.Pagi yang hening saya pun menghantar mesej ke semua mereka untuk mengajak mereka bersarapan,

Dkna tak dapat join,nak bawa mak checkup di HUSM,manakala Noraim yang memang tinggal di Kelantan ada di Kajang,mungkin baru habis konvo.MJ?hmmmm....MJ tiada jawapan lagi.Saya cuba call,tidak dijawab.Saya pun hantar mesej sebab rasanya mungkin dia sibuk dengan keluarganya.Mj ke Kelantan kerana kenduri kahwin adik iparnya.Berserah atas rezeki.

Saya pun ke Pasir Mas untuk mengambil ubat suami.Akhirnya mesej saya dijawab oleh MJ.Katanya nak balik Penang dah,tapi nak singgah ke Rantau Panjang.Bila mendengar je begitu,saya pun kata kita jumpa sana jelah.Dari Pasir Mas ke Rantau Panjang dah dekat pun.

Akhirnya kami pun bertemu di suasana hujan-hujan yang menitik.Saya pun sempat berbual sekejap je.Kami bergambar bersama.Lalu kami berpisah mengikut haluan masing-masing.Memang best!Cuma hasrat nak belanja sarapan tak tertunai.Mungkin lain kali ye.Terima kasih ye MJ.Sudi juga nak jumpa saya.


 Dan di bawah ni jurukamera kami...hehehe..anak sulung saya dan adik MJ


Saya berharap dapat berjumpa blogger lain pula selepas ini.

Pesanan:Sampai lewat malam tadi di Lipis.Keletihan menaiki kereta hampir 6 jam membuatkan saya rasa tak naik naik kereta.

Monday, December 03, 2012

Masjid Beijing di Malaysia

Semalam hari minggu,kebetulan masih di Kelantan saya berjalan-jalan ke Rantau Panjang,Kelantan.Lama juga tidak ke sana.Ye ada 2 sebab je kalau tak ke sana,tak de duit ada masa atau takde masa tapi ada duit...hehehehe

Sewaktu dah hampir sampai ke sana,suami beritahu ada Masjid Beijing.Saya pun baru tahu,itu tandanya dah lama tak kesana.Saya singgah sewaktu nak balik.


 Saya bergambar di hadapan Masjid Beijing

 Inilah pemandangan dari luar Masjid Beijing.Sekali pandang seperti berada di Negara China.Tapi hakikatnya Masjid ini terletak di Rantau Panjang,Kelantan,Malaysia.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing kerana lebih mirip seperti Masjid di China.

Sedikit info tentang Masjid Beijing ini:


  • Dirasmikan pada Ogos 2009
  • Bercirikan seni bina China dan Islam
  • Menyerupai Masjid Niujie yang berusia 1000 tahun di Beijing China
  • Kos selenggaraan RM8.8 juta
  • Boleh menampung 1000 jemaah pada satu-satu masa


Pemandangan pintu gerbang Masjid Beijing.




Jadi jika anda bercadang untuk shopping di Rantau Panjang,singgahlah ke Masjid Beijing ni,tapi bukan sekadar nak bergambar,tunaikan lah solat ye....

Dan semalam juga saya jumpa blogger di Rantau Panjang.....siapa kah dia?Esoklah saya cerita ye...

Pesanan:Tengah bulan ni ada cadangan bawa semua family dan adik beradik ke Kelantan,Masjid ni jadi tempat wajib untuk pergi.