Sunday, June 17, 2012

Jom follow sini juga ye...

Sticky Post..Post terbaru scroll ke bawah

Baru-baru ni saya baru je melancarkan sebuah perniagaan berasaskan penginapan.Jadi setelah menanti dari tahun lepas (2011) dan kerap berulang-alik dari Kuala Lipis ke Kelantan untuk menyiapkan projek besar ini.Akhirnya siap juga projek saya ini.

Saya namakan perniagaan saya ini sebagai D'Family Homestay bersempena nama kami berdua.Nama ni pun muncul secara spontan.Rupanya bukan mudah untuk menyiapkan sebuah rumah yang serba baru dan lengkap semua,terlalu banyak pahit getir kami lalui untuk menyudahkan rumah ini.Duit keluar pun mengalir seperti air terjun...laju je...

Untuk pengetahuan umum,rumah ini asalnya rumah kedai,maka kami ubahsuaikan menjadi sebuah penginapan.Walaupun begitu,kami masih belum dapat atau belum bersedia untuk membuang pintu besi di hadapan rumah tersebut atas beberapa alasan antaranya keselamatan.

Lihat sahaja di luarnya memang tidak ramai menyangka bahawa di dalamnya adalah sebuah penginapan yang besar dan selesa.Masih ramai lagi penduduk sekitar bertanya-tanya sesama sendiri,apakah bakal perniagaan yang akan dibuka oleh pemiliknya.Ini saya ketahui dari anak saya yang suatu pagi membeli kuih di pasar hadapan rumah ini.Begitu sekali ingin mereka ketahui.

Ini adalah perniagaan yang paling mencabar setakat ini.Walaupun baru beroperasi,kami amat berdebar melihat perkembangan kemajuan yang bakal di capai homestay ini.Sudah ada tetamu yang mulai menginap di homestay kami ini dan kami berharap akan lebih ramai lagi yang berminat untuk menginap di sini jika datang ke Kelantan.

Saya juga pernah membuat entry pengenalan berkenaan homestay ini sebagai langkah permulaan promosi di sini .Selepas ini pasti saya sedikit sibuk untuk menguruskan homestay ini dan tak lupa juga tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.

Doakan saya berjaya!Boleh lawat ye blog saya ni D'Family Homestay



Pesanan:Follower D'Family pasti akan mendapat diskaun jika menginap di sini.


26 comments:

  1. semoga perniagaan akak berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin!!!Bila nak datang sini?Calling2 lah ye..

      Delete
  2. owh akak buat homestay yer....
    semoga perniagaan akak akan berjaya

    salam perkenalan dr wani follower ke 357 :)

    ReplyDelete
  3. kencang molek biz k.ida..hee ada orang sewa dah eyh?bagusla tu..semoga terus maju jaya k.ida..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki dari Allah...mana stickernya??

      Delete
  4. Oo..yg homestay cantik tu awk punya ye? Patut le kata ada urusan perniagaan kat Kelate. Harap2 berjaya ye. Cantik homestay tu serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ahlah...terima kasih atas sokongan awak tu...mudah2an berjaya...

      Delete
  5. semoga perniagaan success ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..kalau rasa nak datang jangan lupa call ye..

      Delete
  6. sy rs mcm unik pulak bila rumah ada dlm rumah kedai... :-)

    mmg ada ciri2 keelamatan :-)

    semoga bisnes akak maju..

    ReplyDelete
  7. assalam UA..tahniah dah ada homestay sendiri..kalau mama kesana..mama cari UA ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..mama...bolehlah mama contact saya ye kalau ke sana..

      Delete
  8. InsyaAllah kak, mudah-mudahan berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah...mestilah kena tempuh bermacam dugaan dan cabaran kan kalu nak berjaya...kesenangan tidak datang sekelip mata tanpa usaha...Amin..semoga suksess...

      Delete
  9. Insya Allah....rezeki tue ada di mana2...cuma usaha dan Ikhtoar dengan kuat...

    ReplyDelete
  10. cantik ida.. kak liza suka. kalau ida setuju, kak liza cadangkan ida guna font verdana atau yg mcm blog yg ini utk blog homestay tu supaya mudah customer nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Kak atas cadangan tu...saya pun tak berapa pandai nak buat...nanti saya cuba...

      Delete
  11. Ni yg bz ulang alik ye? Mudah2an maju hendaknya, insyaallah. Kalau nk booking akk tweet je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kak Zana...tu yang kejap2 balik sana..apa2 pun semoga maju seperti yang akak doakan ye..Amin!bila2 je akak nk g akak call je..

      Delete
  12. Wahh... Ini sudah bagus.. Moga makin maju dalam bisnes..

    Ada berapa pintu homestay ni..? Dan macam mana pulak dengan harga dia..? Ada package tertentu tak..?

    Kat mana homestay ni..? Kelantan kan luas.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik azz ni...dah buh link kat D'Family tu...cuba Cik azz klik...semuanya ada di situuuu...kalau berminat jangan lupa calling2 ek...Tq

      http://dfamilyhomestay.blogspot.com/

      Delete
  13. Tahniah ida dan moga success..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.