Monday, May 14, 2012

Anak Saya Kena Buli

Biasalah kalau duduk asrama mesti macam-macam hal yang anak saya laporkan.Setiap kali pergi jumpa dia sebelah petang hantar barang atau makanan,mesti ada je cerita kurang enak yang disampaikan.

Anak saya baru berusia 11 tahun,sepatutnya dari tahun lepas dia dah duduk asrama,tapi asyik menangis je,tak jadi duduk asrama tahun lepas.Maklumlah anak perempuan.Tahun ni wajib.

Sekolah dia ni sekolah khas tajaan kerajaan negeri,jadi budak-budak dipilih dari seluruh sekolah rendah kat daerah sini,kemudian diadakan ujian pemilihan.Kalau dapat,bolehlah duduk asrama dari darjah 4 hingga darjah 6,dan segala kemudahan,perbelanjaan ditanggung.Tapi yuran sekolah kena bayarlah.Begitulah lebih kurang.

Apa yang saya nak sebut di sini,walaupun dikalangan budak sekolah rendah,buli membuli ni tetap ada.Cuma tak serius sangatlah.Buli yang anak saya kena ni seperti,sabun mandian di pakai orang lah,sabun basuh baju habislah(padahal tak pernah basuh baju pun kat asrama).

Terbaru ada rakannya ambil katilnya apabila ada suatu hari tu anak saya tak hadir ke sekolah selama 3 hari akibat demam.Balik je asrama dah ada orang 'cilok' katil dia.Saya pun apa lagi terus 'report' kat warden asrama,barulah dia pindah semula ke katilnya.

Kemudian ada satu lagi ni,budak mintak duit RM1 kat anak saya,anak saya yang lemah lagi tak berdaya ni pun bagi je lah kat budak tu.Lagi saya angin.Saya pun pergi bersemuka dengan budak tu.Malas nak bagitau warden dulu.


"Awak ada minta duit dengan dia?" tanya  saya."Takde lah mak cik,saya pinjam je",jawab budak tu tanpa rasa takut pun.Saya tanya anak saya ada ke dia kata nak pinjam,geleng kepala anak saya.
"Ha,dia kata takde pun awak kata nak pinjam".balas saya lagi.


"Bila awak nak ganti?", tanya saya lagi.
"Nanti esok,ayah saya datang,saya pulangkanlah balik".jawab dia lagi.
"Bukan makcik tak kasi duit Rm1 tu kalau betul awak nak pinjam,tapi bila awak main mintak-mintak je,mana-mana ibubapa pun marah kalau kena kat anak diorang",ceramah saya lagi.
"Awak orang susah ke?"tanya saya.Budak tu geleng kepala.(Ye lah anak cikgu-anak saya yang cakap).
"Saya minta maaf makcik" jawab budak tu lagi.Terus berlalu pergi.

Saya bukan lapar sangat dengan duit RM1 tu,tapi sekadar nak beri peringatan kat budak tu,lain kali tak boleh lah buat macam ni lagi.Kalau kena dengan budak lemah macam anak saya tu,memang masaklah kena bagi je bila dia minta duit.

Anak saya tu pun satu,lemah sangat,tak nak melawan.Lagi satu berat mulut sangat nak bagitau warden dia.Nak saya juga turun padang selesaikan masalah dia tu.

Dengar cerita anak saya,lepas saya tegur budak tu,rupanya dia balik asrama menangis.Bila kawannya tanya,dia kata "salah aku juga".Maknanya dia menyesal.Duit tu pun dia dah bayar balik kat anak saya.Hmm..sedih pula saya dengar,tapi terpaksa juga saya ambil tindakan sendiri.Saya tak lapor hal ni baik ke warden atau ibubapanya,taknak dia merasa malu.

Anak...anak...

Pesanan:Ingatan buat ibubapa termasuk saya,didiklah anak-anak dengan baik,ajaran agama Islam dah cukup baik jika benar-benar diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak kecil.

12 comments:

  1. Dia tak sengaja kot. Sian plak nangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah..saya pun bukan sengaja nak marah dia...lagipun mungkin ini pengajaran terbaik untuknya,mungkin tidak pernah ada yang tegur..

      Delete
  2. susah kan nak membesarkan anak2,... kekadang terfikir macam mana mak dulu membesarkan akak dan adik2...

    akak br anak kecik2 ni pun kekadang terduduk x reti nak fikirkan cara terbaik, anak depan kita lain, belakang kita lain pulak caranya,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...kecik2 dulu saya anak yang baik he he he...takut dengan mak...sebab garang sikit..anak2 tak tunjuk sangat perangai buruk depan kita,itu yang risau tu kan..

      Delete
  3. apapun..budak2 camtu mmg patut ditegur
    takut nanti berterusan perangai mcm tu,samada sengaja atau tak sengaja perbuatan minta duit org itu adalah salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm betullah juga tindakan saya kan..entahlah,saya pun takut anak2 jadi lebih teruk kalau tak ditegur perbuatan salah dia tu..mak ayah dia tak tahu tu..

      Delete
  4. mcm2 budak2 skrg ni.. adik sy dulu pun kne buli gak.. org duk pau dia je... last2 dia tukar sek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai nak kena tukar sekolah?hmmm..yang itu lah nak dielakkan tu,jadi susahlah makbapak orang lain dek kerana perbuatan anak orang lain...nilai murni dari rumah lagi kena ajar..

      Delete
  5. Memang nilai rm1 tu tak besar mana, tpi yang lebih besar adalah nilai kesedaran ttg hak. Hak orang adalah hak orang dan tak boleh sesekali dijadikan hak kita-->ini yg perlu mak ayah terapkan dlm pemikiran anak2..

    Sesuatu itu mungkin nampak kecil tapi kesannya di kemudian hari akan jdi besar kalau kita tak bertindak...mcm2 kisah anak2 zaman ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul juga...semua nilai2 tak elok bermula dari kecil macam ni lah.Bila dah jadi tabiat,susah nak tukar,kemungkinan besar menjadi lebih tak baik memang besar peratusnya.

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.