Thursday, August 05, 2010

Kenapa zina berleuasa?

Saya masih tak faham apakah tujuan budak-budak remaja sekarang suka meng 'upload' aksi lucah rakan sebaya ke dalam handphone yang saya ingat sangat canggih untuk peringkat umur mereka itu. Kemudian disebarkan dari satu handphone ke satu handphone.

Dapat bayaran lumayan ke? Kalau dapat dosa free tu banyak rasanya. Sepatutnya masa di sekolah dihabiskan dengan belajar. Tetapi apa yang saya dengar dari rakan-rakan saya yang menjadi guru, masa tersebut dihabiskan dengan berkongsi melihat perkara-perkara yang tidak baik untuk keseronokan mereka. Bukan sahaja melihat aksi lucah yang tidak baik,malah sempat juga melakukan adegan yang memalukan itu di sekolah. Disekolah? terkejut? memang betul. Di sekolah kan banyak 'port' yang sunyi.Mungkin mereka dah 'survey' dulu tempat tu. Malah siap pasang 'spy' lagi untuk mengawasi perbuatan mereka. Tanpa segan silu mereka melakukan perbuatan terkutuk itu. Lebih berani lagi,mereka melakukannya di bilik air guru. bilik air guru tau!

Bagaimana mereka boleh terlepas dari pandangan guru-guru mereka,itu saya kurang pasti. Yang pastinya guru-guru pun sibuk dengan kerja mereka masing-masing.

Inilah bahananya melayari internet dengan tujuan yang tidak baik. Selain itu video-video lucah pun mudah sahaja mereka dapat. Tolonglah ibu dan bapa,awasilah tingkah laku anak-anak. Terapkanlah ilmu agama. Agar tidak tersesat lebih jauh. Terlalu sibuk mengejar dunia hingga terlupa bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Pesanan: Saya sentiasa tidak lupa berdoa agar dijauhkan anak-anak dari menjadi mangsa zina.

2 comments:

  1. mmg bdak2 skrg pgai trok2..

    http://prince-aeros.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @Shidi shah...banyak berhibur dari beramal..mungikn ini puncanya...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.