Tuesday, August 03, 2010

Kenapa rezeki sentiasa ada?

Pagi tadi saya buka tv ada rancangan anjakan paradigma yang di hoskan oleh Dr Fadzilah Kamsah(ulangan rasanya). Kebetulan aje saya buka tv tu. Saya sakit perut pagi ni, jadi saya 'off' buat kek. Saya bukalah tv. Biasanya tv tengok saya,sebab saya sibuk buat kek.

Tetamu undangannya hari tu Abby abadi. Dr kata antara sepuluh perkara jika kita sering memberi maaf pada orang lain adalah, hati kita dibersihkan, muka kita berseri-seri, doa dimakbulkan, segala yang kita buat menjadi,rezeki kita bertambah-tambah dan ada lagi...saya ni pelupa tak ingat. tapi bab rezeki bertambah-tambah tu lah yang saya nak 'higlight' kan.

Saya sebenarnya walaupun duduk buat kerja kat rumah pun,masih ada juga jiran tetangga yang tak senang dengan saya. Saya pun tak pastilah apa yang jiran tu tak puas hati. Tapi yang pasti satu perkara yang saya lakukan adalah memaafkan semua orang dan berdoa pada Allah agar memberi petunjuk dan hidayah pada mereka-mereka yang ada 'hal' dengan saya. Jadi saya buat seperti biasa, melenting tidak, membalas apatah lagi.Tak semua jiran yang teruk macam tu. sorang dua je, tapi apa nak kisahkan.Bermasam muka tanpa sebab munasabah. Kalau dia berada di pihak yang benar berdepan ajelah kan.

Jadi dengan kemaafan yang saya berikan, rezeki saya tak putus-putus. Ada aje tempahan kek, tat keju.Cuma saya tidak cukup kakitangan nak buat. Itu aje. Selebihnya saya buat yang termampu sahaja. Jadi saya percaya dengan memberi kemaafan kepada orang akan membuat orang lain juga terbuka hati memaafkan kita pula. Dan rezeki pun bertambah-tambah. Sebab ikhlas memaafkan orang adalah yang terbaik bagi diri kita yang kerdil di sisi Allah.

Pesanan: Mudah-mudahan orang lain pun berfikiran seperti ini, iaitu sering memberi maaf dan menerima maaf.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.