Sunday, April 11, 2010

Sauna Oh Sauna!

Pada 7 April yang lalu, saya telah mencuba bersauna di rumah Cikgu Niena iaitu adik saya yang berlainan ibu dan bapa. Saya dah anggap Cikgu Niena sebagai adik saya kerana saya juga menjaga anak-anaknya tatkala dia bekerja. Dialah jiran terbaik saya setakat ni. Dia juga sebahagian dari keluarga kami.

Saya mencuba sauna yang baru dibelinya. Saya juga orang pertama yang diberi penghormatan merasmikan penggunaannya (bangganya). Selama hampir 15 minit saya boleh bertahan berada di dalamnya. Bahang kepanasannya atau wapnya telah menyebabkan peluh saya menitis tanpa berhenti. Sebelum saya mandi sauna,saya telah menyapu seluruh tubuh saya dengan minyak pelangsingan (slimming oil).

Kesan yang saya dapati setelah penggunaannya adalah, setelah saya mandi, badan saya merasa segar. Saya merasa sungguh puas hati. Akhirnya kami membuat keputusan untuk meletakkannya di rumah saya dan membuat perniagaan mandi sauna. Saya dan Cikgu Niena mulalah membuat risalah untuk diedarkan kepada rakan-rakan dan jiran-jiran. Kami menetapkan harga yang murah dan berpatutan.

Seminggu kemudian pelanggan sudah mula datang untuk mencuba mandi sauna. Kami berpuas hati dengan feedback dari pelanggan-pelanggan kami. Dan kami berharap akan rami lagi pelanggan di sekitar tempat tinggal kami mencubanya.

Pesanan : Sauna mampu memberikan kesihatan yang baik untuk tubuh badan yang sihat.

3 comments:

  1. abis kalau orang duk KL ni nak dtg, takde diskaun ker..huhuhu

    ReplyDelete
  2. datanglah dulu baru leh bagi diskaun...ha apa lagi drivelah..

    ReplyDelete
  3. x nak diskaun la......FREE mau la......muahahaha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.