Thursday, March 25, 2010

Salam perkenalan....

Kita mulakan dengan Keluarga saya. Anak-anak saya seramai 6 orang telah menggembirakan hati kami sebagai umi dan baba. Saya yang digelar isteri seawal umur 20 tahun telah melayari alam rumahtangga selama hampir 14 tahun (2010).Berbagai suka dan duka telah saya dan suami tempuhi.Dan bumi mana tidak ditimpa hujan,lautan mana yang tidak bergelora.Begitu jugalah rumahtangga kami.

Tetapi hasil kesabaran dan tawakal kami kepada Yang Esa,semuanya berjaya kami tempuhi.Sebelum senang,kami susah dahulu.Setelah senang kami kenang yang lalu. Dengan itu saya dan suami sentiasa bersyukur dengan apa yang kami ada.Hidup saya sekeluarga sederhana sahaja. Tetapi saya tetap gembira dengan keadaan sekarang.

Anak-anak adalah penyeri yang amat berharga dalam hidup kami.Tanpa mereka mungkin suasana tidak semeriah sekarang. Biasalah karenah anak-anak tak dapat disangkal lagi.6 orang anak maka 6 ragamnya.Yang sulung lelaki bakal menghadapi peperiksaan besar UPSR tahun ni. Yang kedua 11 tahun. Yang ketiga 9 tahun.Yang keempat chengeng sikit berumur 8 tahun. Yang bongsu tak jadi sebab ada adik lagi baru nak masuk 3 tahun.Dan yang baru je lahir pada 5/3/2010 belum tahu lagi macam mana pe'el nya.Itulah dia seorang lelaki 5 orang perempuan. Nak tambah lagi?...oh mungkin cukup dah.

Saya sederhana orangnya.Tidak bekerja.Suami pula seorang guru,'low profile'sikit orangnya (iye ke).Tapi saya sayang suami saya."sape tak sayang laki ooii".Itulah serba sedikit tentang saya. Wah mesra sikit kot bahasa diri "aku". Takpe mana2 pun boleh.

2 comments:

  1. "saya" ada adik bongsu yang masih belum berkahwin......

    terima kasih...

    ReplyDelete
  2. saya pula kakak yang sentiasa menjadi kejelesan kakak dan adik saya...hahahahaha....

    mari..mari..jenguk sumijelly.com pula...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.