Thursday, March 25, 2010

Berat badan turun dengan mudah?

Selepas melahirkan anak,seringkali berat badan menjadi masalah. Masalah yang sama berlaku pada saya. Saya seringkali sukar untuk mengekalkan berat badan setelah melahirkan anak. Apatah lagi ini anak saya yang ke enam.

Kebiasaannya, berat badan saya dalam lingkungan 57-60kg. Banyak yang 60kg. Tetapi pada kelahiran kali ini, saya amat terkejut dengan penurunan berat badan saya yang terlalu mendadak. Sewaktu mengandung berat saya yang terakhir adalah 65kg. Maka setelah saya berpantang hampir 20 hari, saya ke klinik menimbang berat anak saya.

Apa lagi saya mengambil kesempatan untuk menimbang berat badan saya. Saya cuba amati beberapa kali ke arah penimbang tersebut.
Benar! Alat penunjuk menunjukkan angka 55. Maka benarlah berat badan saya sudah menurun. 10 kg! Terkejut saya. Tak pernah berlaku dalam hidup saya.

Saya cuba amati apa yang telah saya lakukan. Rupanya kesibukan melayan anak2, menyebabkan saya seringkali 'terlajak' waktu makan saya. Lebih-lebih lagi saya berpantang sendirian di rumah. Tiada siapa yang menyediakan makanan untuk saya. Saya perlu mengambil sendiri. Tidak seperti berpantang di rumah mak. Mak sediakan segalanya. Kalau saya makan ada yang tolong tengokkan anak saya yang kecil itu.

Jadi kalau sendirian,selagi si kecil tak tidur lagi,susahlah saya nak makan. Saya perlu mandikan dia seawal pagi, kemudian saya perlu uruskan diri saya juga. Saya perlu berbengkung, pakai
pilis dan macam-macam yang perlu dipakai sewaktu berpantang. Semua tu memakan masa yang lama. Biasanya saya selesaikan semuanya seawal jam 9 pagi. Itu belum lagi selesaikan anak saya yang berumur 3 tahun tu. Jika dia bangun awal, dia pun perlu diselesaikan. Tapi kebiasaannya dalam waktu saya tengah berpantang, dia bangun lewat sikit.Dalam pukul 10pagi.

Kadang-kadang saya lewat makan pagi,tapi saya teruskan menjadikannya makan tengah hari saya. Jadi saya kenyang untuk makan petang pula. Paling habis pun saya makan jika saya lapar, saya makan biskut dan cicah dengan air horlicks. Jadi saya tidak makan nasi pada waktu malam.

Ini bermakna saya makan nasi sekali sehari. Itupun sepinggan je. Tak penuh tau. Lauk pun asyik-asyik ikan bakar,ayam goreng dan sayur sawi rebus. Mungkin kat situ selera makan pun dah mati.

Itu jelah saya nak kongsi bersama. Semoga 'maintain' lah berat badan ni. He he he.... Mungkin orang lain ,lain pula caranya. Saya tak jamin jika anda mencubanya. Tapi tak salah kan jika mencuba?

4 comments:

  1. itu je tips nye?? makan nasi sekali sehari??

    Qila sebelah rumah tu kan tak makan nasi berbulan2 weyh...baru dpt badan slim..hikhik

    ReplyDelete
  2. Tengoklah pulak berapa kg berat badan dia.Memang patutlah dia tak makan nasi berbulan-bulan.Takkanlah badan cam Malek noor nak kurus makan nasi sepinggan penuh sekali sehari...tak patut kan..

    ReplyDelete
  3. Betul ke ko yg taip ni Kak Ida??
    Ke ko suruh Norpa dgn Shila yg buat??

    ReplyDelete
  4. ish ko ni Ayu... kak Ida dulu bahasa Melayu A+++++...bab-bab mengarang ni serah jer padaku

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.