Saturday, May 17, 2014

Perginya anak yang soleh

Rutin biasa saya setiap pagi membawa anak-anak taska ke taman permainan. Membuat aktiviti rutin seperti senaman ringan.
Tatkala waktu selesainya aktiviti tersebut,saya berjalan pulang ke rumah,di kala itu,saya lihat jiran baik saya dan suami kelihatan tergesa-gesa menaiki kereta. Sempat saya menegur bertanya arah tujuan.

"Eh Kak Tie nak ke mana ni?".tanya saya.
"Along kemalangan di Temerloh".
"Macam mana?Dia takde apa-apa kan?"tanya saya lagi.
Kak Tie hanya menggelengkan kepala dan senyap.Terus menaiki kereta.

Sebaik tiba di rumah,saya lihat jam lebih kurang 8.45 pagi.Perasaan risau menerpa hati saya. Tidak senang duduk saya.
 Saya mencapai handphone dan mulai menghantar mesej kepada suami.Saya beritahu halnya,dan meminta dia telefon semula suami Kak Tie,Cikgu Rozlan bertanya khabar.
Suami saya dan suami Kak Tie satu tempat kerja. Ironinya saya menghantar mesej sahaja sebab dia sedang jaga budak periksa.

Tak lama kemudian,saya mendapat panggilan dari suami mengatakan anak Kak Tie yang kemalangan tu,meninggal dunia. Terkejut saya.Yang lebih sedih Kak Tie dan suami masih dalam perjalanan ke Temerloh dari Benta, masih tidak tahu yang anaknya sudah tiada. Keluarga di Temerloh merahsiakan hal ini.



Terus bercucuran air mata ini.Mengalir tidak henti.Saya cuba buat panggilan kat Kak Tie,tapi tidak berjaya.

Saya dah resah gelisah di rumah. Sedihnya saya seperti anak saya yang terlibat.Inilah dikatakan naluri ibu.Lagipun saya juga mengenali arwah.
Memang tidak disangka,arwah yang saya kenali sangat berbudi bahasa dengan orang tua,sangat pendiam,sangat berlemah lembut,anak yang soleh...akhirnya pergi jua.

Dia dikatakan baru keluar dari rumah untuk ke tempat praktikal. Dengan menaiki motosikal,sampai di jambatan Temerloh,cuba mengelak sesuatu di hadapan,dia dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta.
Sudah sampai ajalnya.Tanggal 14 Mei 2014 bersamaan 14 Rejab 1435...Berakhirlah kehidupannya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya selama 22 tahun.

SALAM TAKZIAH.AL FATIHAH....

1 comment:

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.