Sunday, March 16, 2014

Topi kertas



Sebelum ni saya bercerita tentang kapal terbang kertas,kini kami disuruh buat topi kertas pula.Amboi,semua ingat lagi buat topi dari kertas.Macam-macam fesyen pula.

Kursus Anak Permata memang banyak menumpukan kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Sebagai kanak-kanak pasti mereka suka mereka cipta,lebih-lebih lagi dari bahan yang mudah didapati.

Tanpa segan silu kami memakai di atas kepala masing-masing.Semua tertawa sendiri.Sangat seronok melakukan aktiviti sebegini.

Rilex dan hilang rasa stress seketika.Berdamping dengan kanak-kanak memang mengasyikkan.

Pesanan: Masih ada 2 minggu lagi untuk saya menghabiskan kursus ini.Semoga segala ilmu yang saya dapat ni dapat saya praktikkan di taska saya.Rindunya nak jumpa anak-anak taska saya.


9 comments:

  1. saya sdg membayangkan camna nak buat topi . rasanya dah lupa kot ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba amik kertas...lipat2... Mesti jadi punya...hehehe

      Delete
  2. lamanya kursus ni. Jadi, anak2 taska siapa yg jaga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta tolong sedara mara diorg tolong jagakan..

      Delete
  3. Ada taksa rupanya..
    Tahniah ya..

    *Akak ingat lagi nak buat topi tu.. Lepas ni buat la kapal laut kertas pulak.. Buat bola ke.. Suka jugak buat origami ni..

    ReplyDelete
  4. *Taska..

    Sory, baru perasan typo tu.. adehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...biasalah tu kak...saya pun selalu macam tu...saya ada taska di rumah je...

      Delete
  5. smga lepas ni akak boleh buka taska sendiri pulak.aamiin.

    ReplyDelete
  6. Salam,bagaimana nak masuk kursus ni...anak acik minat sangat ngan kursua yg kena mengena dekat kanak2...msg akak di rosnikkm@yahoo.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.