Thursday, January 09, 2014

Kacang buncis bersambal telur


Saya pernah makan kacang buncis sebegini di Genting Highlands satu masa dulu.Ceritanya,saya dan adik bawa keluarga termasuk mak dan ayah,jalan-jalan ke Genting Highlands.Kalau bukan kerana dapat redeem bilik percuma jangan harap kami nak bermalam di situ.

Oleh kerana terlalu banyak restoran makanan segera,tentulah tidak sesuai dengan tekak orang tua saya.Maka berjalanlah saya dari satu gerai ke satu gerai.Akhirnya jumpa juga gerai menjual nasi berlauk.Oleh kerana saya dah tahu harganya pasti mahal,kami sepakat mengambil lauk sayur kacang buncis ni.Ambil pun tak banyak,sekadar cukup untuk makan dengan nasi.Waktu bayar,mak ooiii mahal juga harganya.Saya tak ingat,tapi memang mahal.

Kami berdua habiskan hingga licin sebab harganya mahalkan.hahaha...

Jadi saya suka tengok apa bahan-bahan yang diletakkan,jadi dengan harapan saya akan mencubanya suatu hari nanti.Agak lama juga saya hampir 3 tahun,baru semalam saya baru cuba masakkannya.

Bahan-bahan:
Kacang buncis
Bawang merah dan bawang putih
Cili kering blender
Udang kecil
Telur sebiji

Cara-cara memasaknya:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk
2.Masukkan cili kering dan masak
3.Masukkan udang kecil
4.Masukkan kacang buncis
5.Masukkan garam dan perasa aji
6.Bancuhkan telur dan masukkan ke dalam sayuran tu,kacau.

Dah siap.tak tahulah betul ke tidak resepi ni,saya main reka sendiri je ni.Kalau ada apa-apa yang kurang mohon kawan-kawan tolong tambahkan.

Makan dengan nasi tanpa lauk lain.Itu pun dah cukup lengkap.

Pesanan:Selamat makan..

16 comments:

  1. sedap tu..selera mkn dgn nasi pns2...nak try la nanti..kalu guna kcang panjang pun blh kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap fieda,kacang panjang pun boleh,tapi kacang buncis kan sedap lagi..

      Delete
  2. Sedapnya .... Mmg selalu klu kacang buncit atau panjang munna masak mcm ni... Anak2 pun suka

    ReplyDelete
  3. Kira boleh la tu ummiarissa. Asalkan sedap dimakan, tak kisah la resepinya cukup ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah,kadang2 orang banyak komen.eh salah resepi ni cik kak,resepi dia sekian..sekian...sekian...macam2 orang ni..

      Delete
  4. Sedap ajer...:) sekarang ni kena biasakan tekak byk makan sayur... Ikan, ayam dan daging mahal gile...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu BM....nak makan sedap2 kena kreatiflah...

      Delete
  5. saya dah biasakan diri makan satu lauk jer utk satu masa . jadi dpt rasa nikmat lauk tu . memasak ni kreativiti . apa pun bhn kita masukkan , yg ptg kadar perasa tu ok . byk mkn telur bila ikan mahal ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..telur pun mahal juga kadang-kadang...harga sentiasa berubah2...satu sarang gred B ada letak RM9.50.RM10.50 dan RM11.

      Delete
  6. Salam kenal & ziarah...walaupon simple tp sayur klu dimasak camni mmg sedap!


    p/s:Tawaran harga promosi 3saiz pemanggang ajaib kat blog akak.Jemput singgah ya...

    ReplyDelete
  7. As-salam ummiarissa..

    tengok gambar pun dah telan liur.. lauk tu memang antara lauk kegemaran akak.. sedap dan mudah untuk menyediakan.. itu yg paling penting tu.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...sedap kan,belum rasa lagi ni...tapi memang mudah dibuat dan sedap,lagi2 ada telur...

      Delete
  8. Betul tu.. Benda mahal kena habiskan.. Tak perlu nak kena ada banyak lauk jika tak mampu nak habiskan..

    Dah lama tak makan kacang buncis ni.. Akak lebih suka kacang panjang yang jenis kurus tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada isi ke yang kurus2 tu kak?hehehe...saya suka yang gemuk2...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.