Monday, January 27, 2014

Ada susah ada senang jika anak satu sekolah dengan ayahnya

Saya baru je habis mendaftar anak lelaki sulung saya masuk ke Kolej Vokasional Kuala Lipis.Baru dapat tawaran untuk second intake.Walaupun suami mengajar di situ,saya tidak mahu bebankannya dengan kerja sekolah lagi,nak daftar anak lagi.Jadi saya lah yang uruskan pendaftaran anak.

Setiap kali saya pergi mendaftar,membayar yuran,ke kedai koperasi,pasti saya berselisih dengan kawan-kawan suami yang juga tenaga pengajar di situ.Setiap kali itulah mereka bertegur sapa dan bertanya tujuan saya ke situ pagi tu.Sah-sahlah saya daftar anak sekolah situ.



Jadi dikeliling anak saya ialah rakan ayahnya,juga rakan kepada saya.Jadi saya dah pesan kat anak saya janganlah buat perangai,belajarlah betul-betul,jaga air muka ibu dan ayah.Maklumlah dah satu sekolah dengan ayahnya.

Ada baik dan tak baiknya bila anak kita ni berada sama sekolah di tempat ayahnya mengajar.Pasti ada yang serba tak kena.Namun saya dah berpesan kepada tenaga pengajar di situ,saya serahkan anak saya pada mereka,buatlah apa yang patut.Dia juga sama seperti pelajar yang lain,tiada istimewanya.

Yang susah,jangan malas buat kerjalah,nanti mulalah ada yang tak senang hati,yang senangnya,pergi sekolah sekali balik sekali dengan ayahnya.kan

Itulah yang paling saya takuti,tapi saya percaya anak saya pandai menjaga diri.


Semoga dia akan lebih berjaya!

Pesanan:Ada 2 orang tenaga pengajar situ yang hantar anak mereka dengan saya,hehehe...anakku di tanganmu,anakmu di tanganku...adilkan...hehehe..saya harap mereka dapat ajar yang terbaik untuk anak saya.

24 comments:

  1. Tahniah sis..
    Mmgla klu ank2 cikgu ni sllunya jd perhatian kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih chekgu rin..tentu dah jadi perhatian anak saya ni,susah juga kan..

      Delete
  2. Anak dan bapa (cikgu) satu sekolah memang ada baik buruknya. Sebaiknya dielakkan tapi jika ianya terpaksa, kenalah bijak menanganinya.
    Insyaallah...semoga ianya membawa banyak kebaikan dari keburukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang nak dielakkan,tapi dah apply tempat lain tak dapat,ke situ jugalah...hmmm betul tu BM,kena sentiasa bijak dalam menangani sesuatu hal..

      Delete
  3. Situasi yang sama berlaku pada abang akak sebab dia cikgu jugak.. Tapi skang anak2 dia semua dah lepas, ada yang dah kerja, ada yang kat IPTA.. Yang bongsu baru masuk asrama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 4 tahun lagi kak nak boleh lepas dari kolej baba dia tu,panjang masa tu,takpe semoga yang terbaik berlaku di situ...

      Delete
  4. Tahniah..tak tinggal di asrama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih che mid,tak tinggal asramalah kak,pergi balik je dengan baba dia,mudah nak pantau..

      Delete
  5. kolej vokasional tu sekolah ke kolej? part yg best tu kalau semuanya berjalan lancar, nama 2-2 pihak, anak dan ayah akan harum je, tpi kalo ada kesilapan, salah seorang mesti terpalit. semoga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira kolej dah tu Lyd,keluar 4 tahun nanti dengan diploma...tu lah Lyd,semoga dipermudahkan segala urusan,kadang anak kita baik,cikgu cari salah pulak susah jugak...

      Delete
  6. Sebenarnya tenaga pengajar ni professional mereka tahu menilai. Yg tak professional tu tak sampai 1% tapi itulah jadi nila setitik yg rosakkan susu sebelanga..

    Moga anak lebih selesa belajar sebab ayah ada di kolej yg sama.

    ReplyDelete
  7. memang ada baik dan buruknya..tp akka pasti si anak pasti berfikir beratus kali utk membuat perkara yg tak elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,harap2 dia terus menjadi anak yang lebih baik dari sebelum ni,maklumlah dah besar dah tu..

      Delete
  8. my kakak lbh rela hantar anak ke sekolah lain . leceh kalau satu sekolah , katanya ... bimbang citer dlm umah akan tersebar juga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..ada betul juga,harap2 anak saya pandai2 lah bawa diri dan maruah keluarga...dia pun jenis tak suka bercerita sana sini...

      Delete
  9. asal saja kita tahu tempat, tanggungjawab serta tujuan kita, in shaa Allah, Allah bersama kita sentiasa.

    والله اعلم

    ReplyDelete
  10. Rasanya lebih senang 1 tempat kan, sebab mudah nak pantau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah yang saya rasa sekarang ni,apa-apa berlaku babanya ada di sana ...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.