Monday, September 30, 2013

Program Gerak Tari 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Daerah Lipis 2013

Anak saya yang berada di prasekolah,bawa balik surat kebenaran,sama ada saya membenarkan dia turut serta dalam program ini.Lalu saya kata'pergi jelah'.Tapi anak saya pula tak mahu.Tak tahulah boleh ke kalau dia tidak turut serta.

Program ni khabarnya bertujuan mencipta rekod penyertaan gerak tari paling ramai murid prasekolah di dalam Malaysian Guiness Books of Records.Kalau kat Daerah Lipis ni sekolah yang terpilih dijadikan lokasi utama ialah Sekolah Kebangsaan Penjom.Jadi semua sekolah akan berkumpul di sana.Program tersebut bermula tepat jam 8.15 pagi dan akan disertai oleh 47 buah prasekolah KPM di daerah Lipis.

Macam-macam program dah sekarang ni Malaysia buat untuk dimasukkan dalam Malaysian Guiness Book of Records.Kalau dapat cipta record,masuklah gambar anak-anak kita dalam buku tu.Itupun kalau ada kan.

Program ini dikatakan akan dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 1 Oktober 2013.Jadi kita lihatlah nanti sama ada dapat mencipta record atau tidak.Ada juga sebilangan ibubapa khabarnya tidak membenarkan anak mereka turut serta.Pasti ada sebab-sebab tersendiri.

Bagi saya kalau beramai-ramai dan diiringi oleh guru sekolah mereka,tak mengapa.Kerana saya lebih mementingkan keselamatan anak daripada nak mencipta record tu.Jadi kita tunggu dan lihat je lah.

Pesanan:Saya lebih suka kalau program itu senamrobik dari program gerak tari.

8 comments:

  1. rasanya masuk tv ni sbb event yg besar ...

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak. Ummi arissa encourage la anak supaya dia minat. Nanti jadi kenangan utk dia.

    ReplyDelete
  3. Matlamatnya utk mencipta rekod...selain dari itu? Kadang2 rekod yg di cipta pun spt sesuatu yg tidak perlu dan tidak membanggakan pun...hanya sia2. Pandangan sayalah...baiklah peruntukan itu disalurkan kpd sesuatu yg lebih berfaedah demi peningkatan pembelajaran atau kepada anak2 fakir/yatim atau buat majlis ilmu dan sbgainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Malaysia buat masa ini pada pandangan kita,bercita-cita tinggi menyamai negara-negara maju...

      Delete
  4. Budak2 suka aje kalau masuk benda macam gini... Tapi kalau kena kat mak akak, jangan harap la dia nak bagi masuk program joget2 ni.. Kalau masuk sukan takpe, dia lagi galakkan.. Mungkin sbb tu akak lebih kepada sukan masa sekolah dulu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa prasekolah je saya benarkan,supaya dia dapat merasai suasana tersebut,lepas ni tak de lah...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.