Monday, September 16, 2013

Cara menangani kutu di kepala anak

 Sikat kutu

Ubat kutu jenama Delice @ syampu kutu

Info tentang kutu:

Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.
Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja. Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.

Inilah yang terjadi kepada anak-anak perempuan saya yang dijangkiti kutu dari orang lain kepada orang lain pula.Bertahun kutu ni macam on dan off di atas kepala mereka.Bila dah hampir hapus kutu dan telur kutu ni,anak balik asrama pula berjangkit dari kawan-kawan seasrama.Berjangkit balik.Susah betul nak hilangkan.Rambut masing-masing tebal dan panjang.Fuh..sedap betul kutu tu beranak-pinak atas kepala diorang.

Dah bermacam-macam jenis sikat kutu digunakan dari jenis kayu,plastik sampai ke besi,apalagi ubat kutu yang berbotol-botol beli di farmasi dan ambil di klinik kesihatan.Hampir putus asa jadinya.Bila kita ingat dah tinggal hampas je,rupanya masih ada lagi saki baki yang hidup.Hari-hari mencari telur yang tersembunyi.

Yang bestnya kalau ada tin,ha..letupkan je atas tin tu,berdetup-detup bunyinya.Kadang ralit juga mencari kutu dan telurnya ni.Kadang-kadang sampai tertidur anak saya.

Kini saya cuba cari lagi ubat yang tak pernah guna lagi yang disertakan dengan sikat kutu besi.Rapat sangat,jadi potensi luruh dan melekat tu besarlah sikit.Guna ubat dia dalam keadaan rambut basah,macam syampu.Biarkan 10 minit baru bilas.Ni jenama Delice,harga RM15 kakak ipar tolong belikan di KL.

Nampak macam berkesan sikit.Tapi kena teruskan menyisir rambut guna sikit kutu ni.Kalau anda ada petua lain silalah kongsikan.

Pesanan:Biasanya bau ubat kutu ni busuk kan,tapi syampu kutu delice ni wangi.

9 comments:

  1. Kalau google...mesti jumpa pelbagai petua. Maaf lah, saya xde petua. Rimas kan kalau kepala ada kutu, gatal tu yg xtahan. Malu pun ada juga.
    Tapi kakak saya kata...guna minyak tanah berkesan.
    Jgn cuba ya, belum ada kesahihannya...

    ReplyDelete
  2. memang ada macam-macam petua,tu semua dah cuba buat kebanyakannya..petua guna minyak tanah pun dah buat,2-3 hari juga nak hilangkan bau kat rambut tu.pakai syampu banyak-banayk hahahaha

    ReplyDelete
  3. hari tu anak munna pun berjangkit dgn kawan taska dia... tapi ada jiran sebelah yg dari indonesia bagi kapur ajaib sapu kat rambut anak... mmg hilang lepas tu... cuba utk halau semut pakai kapur tu pun mujarab.... bila buat garisan kapur je pada simen ... semut tak nak lalu kat situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapur ajaib?wah nama pun dah hebat ye munna.menjadi ye munna...mana nak cari,takpelah cuba mana yang ada ni dulu

      Delete
    2. kapur semut, ade jual dekat pasar malam, kotak warna kuning

      Delete
  4. boleh sy bertanya dekat mane sy boleh dptkan sikat kutu besi tu eik...dh merata sy mencari tapi x jumpe....sy pun dh naik fedup dgn masalah kutu di kepala ank2 perempuan sy...dh macm2 petua di google sy ikut tapi masih ade lagi....ubat toksah ckp laa berbtol2 pun ttp sama juge.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dekat farmasi..tapi kakak saya tolong belikan di Kuala Lumpur

      Delete
  5. As salaam.. mn nakndpt ni sis

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.