Tuesday, August 27, 2013

Taska Di Rumah-Dah daftar belum?

Sekarang ni ada pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),memantau juga orang-orang perseorangan yang menjaga kanak-kanak di rumah sendiri.

Kita perlu maklum bahawa Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori Taska:

1)Taska Di Rumah
Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak untuk dijaga dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah Seksyen 7.

2)Taska Di Institusi
Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.

Yang lain-lain boleh baca kat laman web JKM.

Saya dalam kategori Taska Di Rumah.Okay ceritanya begini.Dah hampir 10 tahun saya jaga budak.Semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah.Ye lah mula-mula saya hanya menjaga anak dari seorang je majikan.Anak-anak mereka pun dah besar,ada yang saya tak jaga lagi.

Selepas itu datanglah seorang lagi cikgu minta tolong saya jagakan anak kerana pengasuh lama baru mengandung anak sulung.Okaylah saya terima.Tak lama lepas tu datanglah lagi seorang cikgu minta tolong saya jagakan anaknya kerana pengasuhnya nak berniaga.Okay saya terima.Setakat tulah dulu.Saya jaga penuh kasih sayang,jaga sebaik mungkin.

Atas niat suka menolong,saya di uji lagi untuk menerima lagi seorang anak cikgu atas alasan peribadi,namun saya melihat kemampuan diri,saya masih boleh uruskan kesemua anak jagaan saya.Saya terima.Jagalah saya anak-anak ini dengan baik dan tanpa menyusahkan sesiapa pun.Lagipun sekarang pun semua dah berjalan.Kalau yang ahli baru tu dari adik beradik yang sama.

Akhirnya setelah bertahun-tahun saya menjaga anak-anak ini,tiba-tiba saya di uji dengan kehadiran pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat yang hadir di depan pintu saya meminta izin untuk masuk ke rumah memeriksa anak jagaan saya.

Saya terpana seketika,saya cuba bertanya bagaimana mereka tahu saya menjaga anak-anak cikgu di sini.Kata mereka tu akak tak perlu tahu,kami datang untuk memantau siapa-siapa yang jaga budak,tanya-tanyakan orang-orang di sini.

Saya pasti ada aduan telah dibuat.Jika tidak masakan pegawai tersebut terus mengetuk rumah saya dan minta izin masuk ke rumah tanpa bertanya terlebih dahulu sama ada saya ada jaga budak atau tidak.

Saya tak kisah,tapi kasihan majikan-majikan saya jika saya tidak dibenarkan menjaga budak lagi.Sangkaan saya meleset,mereka masih belum mahu mendenda saya,sekadar ingin memberi penerangan tentang penjagaan kanak-kanak di rumah ni.Saya hanya perlu mendaftar kerana menjaga lebih dari 4 orang kanak-kanak (tidak termasuk anak sendiri)bagi mengelakkan dari di denda RM2000(lain kali jika diorang datang lagilah).Dan saya juga ditawarkan jika berkelayakan untuk menerimaa geran Taska bernilai Rm3000 (Insentif Taska).

Saya pun ikutlah arahan seperti yang telah diberitahu.Jadi sekarang saya tidak risau lagi.Syarat untuk jagaan kanak-kanak di rumah tidak sama seperti Taska Institusi.Itu yang penting.

Rupanya saya perlu berterima kasih kepada pengadu yang buat aduan tu lah.Kalau tak saya tak tahu ada kategori Taska Di Rumah.

Jadi kepada pengasuh di rumah di luar sana,eloklah mendaftar,tak susah pun.Tak banyak pun RM60 je.Nanti kalau dah didenda itu yang susah.

Pesanan: Kita kena rajin bertanya jika tidak tahu...

33 comments:

  1. mmg ikut prosedur mereka kena dtg tgok dan bg penerangan dulu.. yelah sebelum2 ni mana ada kena daftar2 ni kan. elokla cas nya pun tak mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu,saya pun baru tahu ni...elok juga ada kebaikan juga..

      Delete
    2. Sis .. nak buat kat mana ya ??

      Delete
  2. sebab banyak kes bayi meninggal...
    itu yang ketat sikit...
    taska anak dah daftar...tup,tup buai kena buang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah,yang menjaga pun sebab pernah jaga anak sendiri,itu je kelebihannya..

      Delete
  3. beberapa org kawan saya akan benti keja dan masing2 nak buka taska.mereka pun dah siap daftar.thanks share info taska di rumah.baru la skrg tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah,ramai nak buka taka ni...ramai nak berhenti kerja?okay jugak tu..

      Delete
  4. Mungkin tiada yang mengadu, JKM ni memang membuat risikan dengan bertanya orang ramai. Baguslah juga jika mereka menjalankan tugas. Ini mungkin kesan dari kes dera dan kematian kanak2 di dalam jagaan pengasuh yg semakin meningkat.
    Suka cara Ummi mengambilnya secara positif...sekarang Ummi akan rasa lebih selamat dan terjamin, kini minda semakin terbuka utk menjadikan ia sebagai kerjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah,saya patutnya bersyukur bila kejadian ni berlaku,Allah nak tolong saya rupanya...

      Delete
    2. Kursus permata skang dah 900rm tpi boleh bayar ansur depent pada agensi. Tuk daftar jkm rm50 jek...ssm pun x byk..lupa lak bape..

      Delete
  5. Ada untungnya pengadu tersebut, mungkin pengadu tu ada niat baik kan kak..
    Mujurlah tak kena denda atau apa..

    Tp ramai jugak akak mengasuh ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalnya 3 orang je (adik beradik),bila 2 orang akan dah tak jaga sebab sekolah pagi petang,ada yang minta tolong,akak tolonglah...tu yang jadi ramai tu...

      Delete
  6. Akak dok rmh teres atau flat..sy dok flat..ramai gak makcik2 sini jaga anak org..taktau la blh dpt lesen ke tak utk rmh flat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuarters guru 4 tkt..akk tingkat 2....boleh je dapat lesen..

      Delete
  7. salam puan,saya puan nor berminat utk buka taska seleps berhenti kerja lps raya nanti.sy nak buat di rumah sendiri untuk permulaan dan jaga 2-3 baby (anak kawan)...so sy nak tanya selain berdaftar dengan JKM bg kategori taska di rumah apalagi yang perlu saya lakukan ye? dan perlukah saya mengambil kursus asuhan PERMATA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taska di rumah tak cerewet mana...berdaftar dengan JKM apabila jaga lebih dari 4 orang anak...jika kurang tak perlu daftar.Alat mainan dan alat2 pembelajaran sesuai dengan umur kanak-kanak pastikan selamat digunakan.Tentang kursus tu dalam tempoh 3 thn (kalau tak silap) selepas dapat lesen kena g kursus.Apa2 pun nanti JKM akan beritahu lebih lanjut sewaktu memohon lesen nanti.Selamat berjaya!

      Delete
    2. As salam Ummiarissa.. Akak nak tanya kalau taska di rumah kena daftar di mana.. apakah langkah2 yang perlu di ambil..
      sbb akak dah g JKM tanya dia suruh masuk kursus dahulu. Ummiarissa kena g kursus juga ke.. atau borang apa yg kena ambil di JKM utk taska di rumah.. Harap Ummiarissa dapat membantu akak. Terima Kasih

      Delete
    3. Walaikumsalam...memang saya g kursus sebulan.Kemudian ke JKM ambil borang dan bayar rm60.Kalau di JKM Lipis ni mudah je.Dia akan terangkan step seterusnya.Hinggalah lesen saya dikeluarkan oleh JKM Kuantan.Orang berkenaan di JKM yang banyak membantu.Dulu masa saya,dia minta senarai nama budak yg dijaga beserta mykid mereka.Kalau waktu berkursus pun mereka akan terangkan step by step nk memohon lesen.Elok ke kursus dulu.Boleh check di websit JKM tempat kursus yang diiktiraf JKM.

      Delete
  8. sy suhaila.. property agent stiawangsa.. boleh contact sy 0194440152 utk mencari taska 2 tingkat end lot yg hendak dijual.. kwsan yg sngat terbaik dan strategik..

    ReplyDelete
  9. sy suhaila.. property agent stiawangsa.. boleh contact sy 0194440152 utk mencari taska 2 tingkat end lot yg hendak dijual.. kwsan yg sngat terbaik dan strategik..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum,
    Saya Saadah. Anak 3. Bekerja sepenuh masa. sektor swasta. Saya memang teringin nak berhenti kerja. Rasa di hati anak-anak sudah lama terbengkalai, nasib maid ada. Dapat juga uruskan mereka. Bila balik kerja saya dapat main dengan anak sekejap. Kemudian letih dan esok pagi pula kena bekerja. Suami pula asik bertanyakan bila saya mahu berhenti kerja? Setelah 12 tahun dalam industri sama. Saya nak tanya puan mengenai berapakah pula kos pergi kursus? Kalau lesen anggaran bawah RM100, bagaimana dengan kos kursus? Terima kasih

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak..saya furqan dr seremban negeri sembilan..berminat utk mngetahui lebih lanjut mngenai lesen perniagaan ni..harap akak sudi berkongsi pengalaman..tq..

    ReplyDelete
  12. salam sy nk tanya skrg saya ad mslh kewangan...so sy tertungak dlm 3bln...and then...mse nk ambk ank2 sy...saya ad sign satu borang mennyata kan saya diberi tempoh 2 mingu..jika lebih dari itu...diorg akan buat repot polis...dan pergi ke makhmah ambil borang..and the org JKM akan ambik anak saya...betol ke..cm tu

    ReplyDelete
  13. So maksudnyee..sblom dftr mst kne g khusus dl..N xg khusus xleh dftr..ke still leh dftr untuk asuh drumah laupon xd,sijil kap

    ReplyDelete
  14. So maksudnyee..sblom dftr mst kne g khusus dl..N xg khusus xleh dftr..ke still leh dftr untuk asuh drumah laupon xd,sijil kap

    ReplyDelete
  15. Klu umah diperumahan tp di bahagian tgh boleh x dibuat taska

    ReplyDelete
  16. kuaters kerajaan boleh ke dibuat tempat asuhan

    ReplyDelete
  17. preview facebook
    gw generatin sdn.bhd

    tambah pendapatan walaupun duduk rumah
    duit masuk

    ReplyDelete
  18. Salam akak..nak tnya..sya ada niat nak buat taska dkt ruma..tpi x tau nak mula mcm mna..bole akak ajar step by step x..

    ReplyDelete
  19. kt mana nk buat aduaan pasal jiran mgasuh anak orgsehingga mganggu kawasan parking rumah saya...mjga lebih dr 8 org utk baby dan transit 5 org....dah mcm taska sebelah saya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.