Friday, August 30, 2013

Kenangan sambutan Merdeka tahun 1992

Zaman saya dahulu sewaktu di sekolah menengah,sekolah kami pernah terpilih sebagai antara pelajar-pelajar yang akan membentuk logo sempena Hari Merdeka tahun 1992.

Tahun 1992 tu,cikgu jasmani akan pilih pelajar dari tingkatan 4,kerana waktu tu kami tidak ada peperiksaan besar Tahun 'honeymoon' kan..Jadi tak mengganggulah.Jadi saya dan rakan-rakan antara yang terpilih.

Kami akan menjalani latihan tak kira masa,biasanya waktu persekolahan dan selepas persekolahan.Waktu hari persekolahan yang paling kami suka sekali,ye lah tak payah belajar,buat latihan sampai waktu nak balik.hehehehe


Tengah hari terik pun kami tak kisah.Yang penting baju,topi,seluar tracksuit semua diberi percuma.Makanan pun percuma.heheheBukan satu sekolah je,sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur terpilih.Yang saya ingat Sekolah Menengah Cochrane.Sebab sekolah tu lah yang dekat dengan sekolah kami.


Yang ini persembahan sebelah malam.Saya rasa persembahan saya sebelah malam.Entahlah tak ingatlah.Dah lama sangat.Ada ke persembahan sebelah malam?Kalau ikut saya post dalam FB,kawan-kawan kata memang kita kumpulan pertama buat malam..Tapi memang seronok,dapat berjumpa kawan-kawan baru.Sekolah saya berpakaian warna putih.Ada lah tu saya dalam tu,tak ingat sebelah mana.


 Yang ini kami sedang membentuk Logo Merdeka tahun 1992, Wawasan Asas kemajuan.Sama tak seperti logo di bawah ni.Saya sama ada di tengah-tengah logo,atau ada kat tepi-tepi padang tu.hehehe


Itulah kenangan zaman persekolahan saya.Saya turut menyumbang untuk meraikan kemerdekaan pada tahun tersebut.Kalau tiada kami,tak terbentuklah logo tersebut.Betul tak?hehehe

Tahun 2013 ni pula logonya:


Selamat menyambut Merdeka!

Pesanan:Macam-macam logo dibentuk timbul.




13 comments:

  1. Kalau disuruh mencipta loga, kakcik memang bukan orang yang layak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak reti kak chik,tapi seronok membentuk logo menggunakan orang...

      Delete
  2. Dulu setiap kali hari merdeka, kita bersemangat je nak tgk tv sebab nak tgk siaran langsung perbarisan dan formasi2 membentuk logo tu. Skrg ada ke budak2 yang masih kisah nak tgk siaran langsung hari merdeka? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama dah LYd,rasanya anak-anak tak nak dah tengok perbarisan kat Tv maupun kat padang...baik diorang tengok cite Korea ke,main game kat HP ke atau main internet...tapi saya bawa yang kecil tengok perbarisan,mereka yang seronoknya..

      Delete
  3. wahh, seronoknyaa pengalaman macam ni. sy pon pernah join sambutan ke-50 merdeka. sambutan besar2an masa tu..seronok sangat! :D

    sy datang jenguk blog ni..hehe

    ReplyDelete
  4. ada gak kenangan untuk diingatkan.. best memang kenanganler kan...

    ReplyDelete
  5. teringin nak bawa anak-anak ke dataran merdeka...sambut merdeka...belum bersempatan lagi

    kejap dah 56 tahun kita merdeka...

    ReplyDelete
  6. masa dok kg , klu sambut merdeka mesti nak tgk kat tv . nampak meriah dan best gitu . sekarang , bila dah kat sini , cuma nak tgk bunga api jer sbb x suka bersesak kat tgh panas ...

    ReplyDelete
  7. Dulu memang teruja dgn sambutan kemerdekaan, malah amat berbangga bila terlibat sama. Kini usia dan masa telah merubah segalanya...tengok kat tv ajelah. Hanya semangat tinggal..

    ReplyDelete
  8. Rasanya akak tak pernah terlibat dalam raptai hari merdeka ni.. Tak ingat dah.. Sekali je pernah tengok live.. Selebihnya tengok kat tv je..

    Moga Malaysia terus aman sejahtera.. Amin..

    ReplyDelete
  9. saya pernah sekali terlibat...tahun 2007 wakil kontinjen luar negeri...

    ReplyDelete
  10. Wahhh bersemangat ye akak dulu :D

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.