Monday, May 13, 2013

Ikan Cencaru Kukus Bersambal Belacan

Sempena hari Ibu,apakata kita cuba resepi ini.Sedap dimakan dengan nasi panas.Jika satu lauk ni sahaja sudah cukup tanpa perlu lauk lain.Mudah memasak dan sedap pula tu.

Ikan Cencaru Kukus Bersambal Belacan:

Bahan-bahannya:
Bawang merah,bawang putih,cili api,cili merah.Saya main agak-agak je bahan-bahannya.Sebab resepi asal guna timbangan gram.Sesudu makan sambal belacan dan sesudu makan  sos tauchu.


Dalam resepi blender semua kecuali sos tauchu.Tapi saya blender semua dan tumis.Tumis hingga masak,tambah sedikit air kacau hingga pekat.Tambah garam.Kalau resepi asal tumis bahan hingga naik bau,kemudian baru tambah tauchu dan air.



Ikan cencaru yang sudah dibelah dua dikukus dahulu.Dalam resepi asal guna ikan siakap.Kemudian letak atas pinggan.Kemudian letak atasnya sambal yang sudah di tumis tadi.

Peringatan:Jika sambal belacan sedia ada itu sudah pedas,kurangkan penggunaan cili api sewaktu blender.

Siap!Makan bersama nasi panas,jika ada ulaman lagi sedap.

Sumber:Majalah Rasa Sep 2004.

Pesanan: Bila cari barang lain,terjumpa barang lain,itu yang jumpa buku resepi lama ni,sedap pula nampak,jadi cuba buat lah pulak.

10 comments:

  1. Betullah makan macam ini kalau ada ulam lagilah terangkat. Nampak sedapnya... teringin juga kakak nak buat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak...saya takde ulam je,kalau tak menambah2 nasi

      Delete
  2. lama tak sumbat ikan cencaru ni...
    nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan cencaru sumbat lain...nanti saya cuba buat..ni tak sumbat,hanya tabur atas ikan je sambalnya..memang sedap..

      Delete
  3. tak penah lg mkn ikan cencaru kukus mcm ni.selalu sumbat je.best gak nk cuba nnt.

    ReplyDelete
  4. Rin klu ikan cencaru suka sumbat blkg tu..tp tgok sis buat ni blhla cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka cencaru sumbat cikgu Rin...saja nak ubah selera..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.