Monday, May 20, 2013

Derhaka kepada Ibubapa akan disegerakan pembalasannya di dunia lagi.

Sebagai seorang anak,taat dan berbuat baik kepada ibubapa merupakan satu tanggungjawab.Berbuat baik kepada ibubapa beerti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa berusaha menggembirakan kedua ibubapa dengan memelihara hubungan yang baik melalui pemberian kasih sayang,pemberian kerjasama dan bantuan hal-hal yang munasabah dan berpatutan.

Dengan perkataan lain,adalah menjadi suatu kesalahan atau dosa jika seorang anak derhaka terhadap ibubapanya.Derhaka kepada ibubapa juga beerti derhaka kepada Allah kerana perintah berbuat baik kepada ibubapa beriringan dengan perintah supaya beribadat kepada Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua,dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.

(Surah an-Nisa' Ayat 36)

Janganlah sebab kita sudah berjaya,memegang jawatan penting,sudah hidup senang kita lupa terus jasa ibubapa kita.Walau buruk mana pun ibubapa kita,sampai kita mati pun mereka tetap ibubapa kita.Ingatlah anak-anak,menangis je ibubapa kita kerana perbuatan kita kepadanya beerti kita telah membuat dosa besar dan menderhaka kepada mereka.

Kita selalu berharap nanti anak-anak kita akan berbuat baik kepada kita,namun jika baik layanan kita kepada ibubapa kita baiklah bakal kita perolehi,namun begitu sebaliknya yang bakal kita terima jika sebaliknya berlaku.

Akibat Derhaka terhadap ibubapa

Derhaka kepada ibubapa termasuk di antara sebesar-besar dosa besar yang dapat mengakibatkan seksaan neraka.Rasulullah  s.a.w. bersabda:

Sebesar-besar dosa itu isalah menyekutukan Allah,membunuh orang,derhaka kepada ibubapa,dan berkata dusta (menjadi saksi palsu).

Derhaka kepada ibubapa menyebabkan semua amal menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat.Apabila seseorang anak menderhaka terhadap kedua orang ibubapanya,maka semua amalan yang dilakukan adalah sia-sia.Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Tiga perkara yang menyebabkan amal tidak bermanfaat ialah menyekutukan Allah,derhaka kepada kedua ibubapa dan lari dari medan peperangan.

(Riwayat at-Tabrani)

Betapa pun kita bersusah payah berbakti kepada keduanya,namun jika dibandingkan dengan jasa mereka terhadap anak-anak adalah tidak seberapa dan tidak dapat dihitung.

Derhaka kepada ibubapa akan disegerakan pembalasannya oleh Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.Perbuatan derhaka terhadap ibubapa akan dibalas segera oleh Allah s.w.t. di dunia ini.Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiap-tiap dosa itu ditangguhkan pembalasannya oleh Allah sesuai dengan kehendak-Nya,sampai hari kiamat,kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua ibubapa.Sesungguhnya derhaka kepada kedua-dua ibubapa disegerakan oleh Allah s.w.t.Pembalasannya kepada yang punya dosa diwaktu dia masih hidup di dunia sebelum mati.

(Riwayat at-Tabrani)

Sebagai ibubapa pula kita hendaklah selalu mendoakan kebaikan kepada anak-anak kita,janganlah sesekali mendoakan perkara yang tidak baik kerana doa ibu sangat makbul.

Renung-renungkanlah kehidupan kita sekarang ini.Tanyalah kepada diri sendiri,bagaimanakah kita melayan kedua ibubapa kita.

Pesanan:Ingatan untuk diri sendiri juga agar jangan lalai dengan tanggungjawab anak terhadap ibubapa.

10 comments:

  1. Bersama kita ingat-mengingatkan. Kita pun dah jadi ibu-bapa dapat bayangkan apa rasa kalau anak kita buat tak baik pada kita. Mohon dijauhkan..

    ReplyDelete
  2. bila ayat mak yang mengandungkan kamu...itu cukup menyentuh hati...

    ReplyDelete
  3. Sentiasa ingat Mak walopun jauh di mata.
    sentiasa hadiahkan Al Fatihah buat Ayah.
    doa mereka yang tidak pernah berhenti selagi nafas di kandung badan. semoga kite di jauhkan dr sikap2 derhaka kepada mereka.

    terima kasih kerana mengingatkan :)

    ReplyDelete
  4. Doa ibu tiada hijab. Percayalah, kita takkan menang jika bersengketa dengan ibu bapa walaupun dipihak yang benar. Elok kata baik2 atau lembut atau diam sahaja.

    Jika tidak, memang balasan sampai didunia lagi

    ReplyDelete
  5. sebab tu ramai ibu bapa sanggup diperlakukan apa saja oleh anaknya hanya kerana kasih dan susahnya dia mengandung , melahirkan dan membesarkan . dia takkan sanggup berkata sesuatu yang buruk sbb dia tahu percakapannya akan menjadi doa kepada anaknya ... sgb anak , ingatlah ... apa yg kita lakukan pd ibu bapa kita , itulah yg akan anak kita lakukan pada kita kelak ...

    ReplyDelete
  6. jgnlah sampai derkhaka.. apa yg kt buat itu ... tkt² anak² buat kat kt blk

    ReplyDelete
  7. saya harap pandangan anda dapat dibaca oleh anak-anak di luar sana dan sebagai panduan hidup ibubapa di luar sana juga...

    ReplyDelete
  8. moga2 kita tak tergolong dalam golongan anak2 derhaka yer begitu juga dgn anak2

    ReplyDelete
  9. saling mengingati kan..ibu bapa adalah segalanya..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.