Monday, April 08, 2013

Tabiat menghisap jari

Anak saya sewaktu kecil ada 2 orang yang suka menghisap ibu jari.Anak yang kedua suka sangat hisap ibu jari.Anak saya yang ketiga suka juga hisap jari dan gontel2 jari ke dalam pusat.

Itu semua mereka lakukan dalam usia 4 bulan sehingga  usia 5 dan 6 tahun dan ketika hendak tidur.Pernah saya menegur anak saya yang baru berjinak-jinak hendak berpuasa,dia boleh hisap jari,terus saya marahkan.

Tapi perkara itu tidak berlanjutan lama,akhirnya mereka berhenti dengan sendirinya.Mungkin ketika itu mereka dah merasa malu bila berjumpa kawan-kawan sekolah.

Ini baby saya jaga,dia pun hisap jari juga..


Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu.Kelakuannya itu adalah normal.

Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun.

 Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.

 Kajian mendapati antara 85 dan 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini. Jadi, tiada apa yang perlu anda khuatirkan bukan?

Sumber: RITA RAHAYU OMAR (Kaunselor laktasi- rita@momlittleones.com)

Pesanan:Mujur 2 orang tu je...yang lain takde pulak yang hisap jari...

32 comments:

  1. cheqna isap jari ke tak erk masa kecik2 dulu
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. bila cakap pasal tabiat ni... teringat kat anak buah moon... sebelum tido... beliau nak meraba2 tangan mama dia dulu.... muahaha

    ReplyDelete
  3. Tak tahu la pulak masa kecil dulu isap jari ke idak... Tapi anak buah saya ada yg suka isap bucu bantal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tak geli ke,biasa orang gentel je bucu bantal tu...hehehe

      Delete
  4. err...sy dulu kecik2 pun hisap jari gak...tp bila dah blaja puasa umur 5 thn..terus benti hisap jari :p

    ReplyDelete
  5. Tapi kalau perasan budak yg suka hisap jari biasa tak mudah menangis. Mudah dijaga dan mudah tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak,budak 2 orang tu mudah je dia tidur waktu kecil2 dulu..

      Delete
  6. hehehe KA setuju gn Kakzakie..

    ReplyDelete
  7. cukup takut kalau anak-anak hisap jari dulu..
    takut tak bole stop...
    sedapnya dia dapat hisap jari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...mujur mereka berhenti sendiri...risau juga..

      Delete
  8. Anak akak yg sulung dulu baik sgt masa baby sbb dia hisap jari, tp bila dia dh sgk besar, jarinya jd berbonjol, dan giginya jd agak jongang, susah hati jg kami, jenuh jg lah nk berenti kan dia dr tabiat hisap jari nya tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak ida yang no 2 tu je ,leper sikit ibu jari dia..tapi dah besar ni nampak ok je lah pulak...

      Delete
  9. anak sy dua2 jenis x hisap jari...tp ade yg susah berenti kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang susah nak berhenti...saya teringat kawan lama,rasanya dia masih hisap ibu jari walaupun ketika itu sudah bersekolah menengah...

      Delete
  10. ingatkan semua budak2 akan hisap jari. ada jugak yg tak hisap yea..hehe

    * tak ada pengalaman lagi.so tak tahu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal tu,ada yang hisap jari ada yang tidak..

      Delete
  11. Khalish tak isap jari masa kecik dulu

    ReplyDelete
  12. tu la.. sofea dulu ada pernah musim hisap jari sekejap. nasib bila dah besar dah hilang tabiat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila besar dia leka dengan banyak perkara...mungkin langsung berhenti hisap jari kan Mia...

      Delete
  13. saya punya masalah plak suka isap jari kaki teman sebilik sewaktu study dulu kak.apakah punca masalah dan cara mengatasinya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh berat masalah ni...kena mandi bunga 44 malam ni...waa...teruklah zal...isap jari kaki kawan...uwekkkk!!

      Delete
  14. anak2 akak tak isap jari masa kecik2 dulu....

    ReplyDelete
  15. yang ptg ia tidak memudaratkan kesihatan anak-anak terutamanya gusi n gigi. Tapi dlm sesetengah kes, terdapat juga yg berkekalan dgn tabiat ini dlm jangka masa yg lama. Dulu, member satu kelas dgn saya, walau dah berumur 14 tahun tapi masih kekal dgn tabiat menghisap jari n mengigit kuku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah ye nak ubah tabiat sebegini...rosaklah gigi dan kuku nanti..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.