Monday, April 22, 2013

Kambing bakar yang sedap....

Hari sabtu lepas,saya sekeluarga mendapat jemputan ke satu majlis.Majlis ni merangkumi 3 hal.Majlis tahlil,majlis menyambut menantu dan majlis cukur jambul.

 Sesampai je ke rumah sahabat saya ni,saya terlihat di luar rumah tergantung daging kambing.Wow!Teruja sangat saya.Dah lama saya tak merasa daging kambing.

Inilah dia kambing bakar tu....



Dihiris nipis.Kemudian letak dalam pinggan tuangkan pula kuah lada hitam yang sangat sedap.



Sebagai tambahan,sayur-sayuran segar seperti lada benggala,nanas,dibakar.



Beratur masing-masing nak kan daging kambing lazat ni.


Alhamdulillah.Rezeki kami sekeluarga.Siap bungkus lauk lagi,tuan rumah beri.Jadi balik masak nasi je.Jimat perbelanjaan untuk sehari...hehehee...

Pesanan: Orang kata,makan banyak daging kambing pening kepala mungkin ciri-ciri ada darah tinggi,betul ke?Sebab saya pening juga kepala,tapi tak lah teruk.

9 comments:

  1. Saya tak gemar kambing...Tapi kita sering dimomokkan tentang daging kambing, tapi ketahuilah ianya makanan kesukaan Rasulullah dan byk khasiatnya. Namun dlm makan kenalah juga ikut sunah nabi, berpada2lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala makan daging kambing,makan sampai tak ingat...hehehe

      Delete
  2. alahai bestnyer makan kambing bakar.. suka... suka.. memang jatuh hatilah ngan kambing bakar...

    ReplyDelete
  3. nampak sedap, tapi KA x makan dging kambing ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap KA...rugilah tak makan...hehehe

      Delete
  4. semalam baru makan daging kambing.mmg sedap. hidangan ni la paling popular kalau pi mkn mana2 pun kan.hehe
    nik setakat ni ok lagi. tak ada pening2 bila makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala je saya dapat makan daging kambing ni...hehehe

      Delete
  5. Assalamu'alaikum. Salam perkenalan kak. Saya pernah bela kambing dulu. Dari gembala kepada doktor haiwan. Semua saya buat sendiri. Kambing2 dah macam tuan,

    Saat dapat sembelih dan makan daging kambing panggang. Berbaloi segala penat lelah. Hehe.

    Daging kambing memang yang terbaik kak. Paling rendah kolesterol.

    Silap orang kita masak dengan santan je. Itu yang pening kepala naik darah tinggi

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.