Thursday, April 25, 2013

Ibu dan ayah adalah kekuatan untuk anak-anak

Bila anak-anak menghadapi masalah,orang pertama yang dia akan jumpa dan luahkan adalah ibunya.Betapa kuatnya kasih sayang ibu terhadap anak-anak sehinggakan apa sahaja yang ingin diluahkan,pasti ibu juga yang dicari.

Seseorang anak bergantung sepenuhnya kepada ihsan dan kasih sayang kedua ibubapanya.Kemudian apabila ia dewasa dan berumahtangga, ia akan mula memikul tanggungjawab mengikut lunas Islam.

Jadi tanggungjawab anak kepada ibubapanya jangan diabaikan.Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim:

"Seseorang anak tidak mampu untuk membalas jasa kedua orang tuanya kecuali apabila dia mendapati mereka itu menjadi hamba sahaya,maka dia membeli mereka dan membebaskan mereka."

Sekadar gambar hiasan:Pasti Shilla juga meluahkan segala masalahnya kepada ibu tercinta.

Jadi sangat wajar anak-anak menjaga hati dan perasaan ibubapanya.Ada apa masalah sekalipun,rujuklah dulu kepada ibubapa sebelum mengadu kepada rakan-rakan yang kita tidak pasti boleh menyelesaikan masalah atau menambah lagi masalah kita.

Anak-anak zaman sekarang terlalu mudah terpengaruh dengan gejala sosial jika kita sebagai ibubapa tidak memainkan peranan sebenar sebagai ibubapa yang sayangkan anak-anak.

Sebagai ibubapa,jika kita ada masalah pun,jangan teralu menunjuk kepada anak-anak,serlahkan kekuatan semangat untuk memberi semangat terhadap anak-anak untuk berjaya dalam hidup.

Sekadar gambar hiasan:Kuat semangat ibunya,kuat juga semangat anak-anak.

Wajib kepada seorang anak berdoa dan berakhlak dengan kedua-dua ibu bapa sebagai membalas jasa dan pengorbanan mereka.Tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasa nya kepada kita selain ibubapa.

Sebab itu agak ganjil rasanya jika seseorang mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain seperti kawan-kawan di pejabat,disekolah dan sebagainya,akan tetapi hubungan dengan ibu bapa sendiri diabaikan,apatah lagi jika diderhakai.

Jadi anak-anak sayangilah ibubapa kita.Ibubapa juga janganlah abaikan anak-anak.Didiklah seiring dengan kehendak agama kita Islam.

Sumber:Hasil pembacaan buku 'Akhlak Pelajar Cemerlang' nukilan Hasnan Kasan

Pesanan: Terhasilnya entry ini hasil dari kekecewaan melihat sikap dan akhlak anak-anak muda di luar sana yang tidak mengutamakan agama dan ibubapa.

32 comments:

  1. masa saya remaja, saya sgt nakal ! dan kalau boleh saya tak suka nak duduk rumah, tapi bila sy dah kawin jrg jumpa keluarga sy rasa rindu sgt.. sy mcm hilang separuh nyawa. bila dpt balik rumah, sy rasa seronok ! mmg ibu bapa & keluarga tiada ganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiwa remaja kita dulu,memang nak kan kebebasan...sama dengan saya,setiap kali jumpa mak ayah,pasti bercerita panjang...masa ni lah nak selalu dengan mak ayah padahal dah kahwin

      Delete
  2. saya kalau jumpa mak mesti selalu senyum dan peluk dia dengan penuh kasih sayang. itujer cara mudah untuk saya gembirakan hati dia ....

    ReplyDelete
  3. yup setuju sngat tu !

    ReplyDelete
  4. tak kira anak laki tau pompuan...ada masalah citer kat kita...memang pendengar dan pemberi nasihat yang setia...

    ReplyDelete
  5. Kakak mengharap ramailah mereka yg bergelar anak membaca N3 ini. Betapa ibu-bapa terlalu besar pengorbanan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga anak-anak sedar betapa perlunya ibubapa...betul tak kak..

      Delete
  6. saya setuju kak,...bagi kita ibu bapa adalah segalanya kan..

    ReplyDelete
  7. betul tu....masa akan cepat berlalu...

    ReplyDelete
  8. setuju.. anak2 & bonda adalah sumber kekuatan saya. Berbaktilah pada ibu ayah selagi mereka bernyawa..

    ReplyDelete
  9. Masa ada seringkali di lupakan... Bila dah tiada barulah teringat. Tiada permintaan besar dari ibu bapa... Mengharap anaknya menjadi insan beriman dan beramal soleh. Hargailah dan sayangilah mereka selagi hayat masih ada...berdoalah, kerana hanya kita sahaja penyambung amal buat mereka.

    ReplyDelete
  10. ASSALAMUALAIKUM ... hanya satu perkara jer kita kena ingat , " tanpa mereka , kita tak akan berada di tempat sekarang ! "

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...

      betul tu,walaupun anak yatim sekalipun,doa untuk mak ayah yang sudah tiada jangan dilupakan...

      Delete
  11. Dulu2 masa bujang rasa nak berjauhan dengan keluarga, tapi bila dah dewasa nak selalu disamping mereka.
    suplemen bekalan untuk mengerjakan haji

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayu pula teringat zaman mak ayah besarkan saya dulu..dah kawin ni memang nak juga kat mak terutama sewaktu saya bersalin dulu-dulu

      Delete
  12. setuju,..mak bapalah tempat merujuk...mg anak2 kita nnt pun begitu,..jom kita bg contoh terbaik buat mereka

    ReplyDelete
  13. sayangilah ibubapa, doakan mereka dan doa mereka untuk kita sangat mustajab kan, insha Allah

    ReplyDelete
  14. btol la. kalau ada masalah jea cari mak. ada berita gembira jea mak yg dulu nik nak bgtau. sampai skrang masih jugak mcm tu.

    best cakap ngan ma.sebab dia tak pernah judge kita.selalu pesan yg baik2 jea.lagi2 bila kita ada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak je yang faham perasaan kita kan...saya pun suka berbual dengan mak,kalau balik sekali sekala berjumpa 2-3 pagi tak tidur lagi asyik berbual....

      Delete
  15. assalamualaikum ida...setuju sangat...:)

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah kak, akan menjadi anak yang terbaik buat Mak dan Abah Myra :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.