Monday, March 04, 2013

Uniknya Pokok Betik Ini!

Saya nak kongsikan hasil tangan jiran saya yang suka sangat berkebun.Saya pula dah lama tak menjenguk kebunnya.Rupanya dah macam-macam lagi tambahan pokok yang telah ditanam oleh jiran saya.

Antaranya pokok betik ini.Terkejut saya bila melihat buahnya yang lebat dan bentuk buahnya lebih panjang dan besar dari betik yang biasa.

Lihat lebatnya buah yang ada di pokok betik inikan?Menurut jiran saya buah yang banyak dan lebat ni hasil dia membajanya sentiasa.Ianya mengambil masa setahun untuk pokok ini besar dan menghasilkan buah seperti ini.

Pokok buah ini sangat rendah,tidak tinggi seperti pokok yang lain.Menurutnya lagi,antara semua buah ni hanya 1-2 biji sahaja yang mepunyai biji buah didalam.Sedangkan yang lain tidak mempunyai biji.Kalaupun ada biji pun sekadar 5-6 biji sahaja.

Akibat buahnya yang lebat dan besar,pokok ni terpaksa disandarkan dengan sebatang kayu besar,agar pokok ni tidak tumbang.


Agak unik lagi lihat warna ungu yang berada di setiap batang-batangnya.Buah yangkecil di atas itu sepatutnya dikerat sewaktu ianya kecil agar tidak memudaratkan buah-buah yang dibawahnya yang sedang membesar.

Seperti biasa buah ni akan bertukar kuning jika ia sudah masak.Rasa buahnya pun seperti rasa seperti buah betik yang lain,cuma manisnya banyak terdapat di bahagian atas buah sebaliknya di bawahnya.


Saya masih belum berpeluang untuk merasa hasil buah yang sudah masak ni.Mungkin ada rezeki saya dapatlah saya merasa.Jiran saya ni lah yang selalu memberi jiran-jiran hasil tanamanya seperti sayur,cili api dan ubi.Semua tu saya dah dapat.Beruntungkan dapat jiran yang rajin menanam seperti beliau.

Pesanan: Menurut katanya sudah ramai yang meminta benih buah ni,namun sukar juga untuk mendapatkannya.

17 comments:

  1. Salam,
    Menjadi sungguh buah betik tu...Itulah hasilnya bila rajin dan berbudi dgn tanah. Hasilnya pula di kongsi bersama2 jiran...bertambah pula amal jariah.
    Contoh terbaik buat kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walkmsalm...
      betul2 menjadi semua jenis tanamannya...dia memang suka berkongsi hasil tanamannya kepada jiran-jiran..beruntungkan..

      Delete
  2. memang lain dari lain..lebat dan panjang2. biji pun kurang..
    spesis apa agaknya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nama spesiesnya saya tak tanya pula...tapi benihnya diambil di satu tempat...

      Delete
    2. kalau kt tmpat saya betik ni dipanggil betik sawa

      Delete
  3. berbudi pada tanah.. hasilnya juga menjadi

    ReplyDelete
  4. memang lebat buahnya...
    tak sabar nak tunggu ia masak he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...makan sebiji tu pun dah kenyang sangat2...

      Delete
  5. memang unik..buahnya besar dan panjang plak tu..nie semua kuasa allah..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok buah lebat dan besar tu kan..

      Delete
  6. Lebatnya berbuah...

    Subur pokoknya :D

    ReplyDelete
  7. Mak punya betik pun bentuk mcm ni mcm ni dan lebat..

    ReplyDelete
  8. Betik yang berbatang ungu ni, berkhasiat untuk penyakit vertigo

    ReplyDelete
  9. Betik yang berbatang ungu ni, berkhasiat untuk penyakit vertigo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tau nama spesis betik nie...sebab mmg sukar nk dpt benihnya

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.