Monday, March 11, 2013

Perang Bendera...sudah sampai masanya...

Sekarang ni sedang rancak parti-parti berkenaan memasang bendera parti masing-masing.Ini tandanya masa untuk Pilihanraya Umum Malaysia ke 13(PRU13)sudah hampir.Hanya bulatkan nekad dan teguhkan pendirian untuk mengundi mereka yang benar-benar layak.Ingat!Undi anda rahsia.



Setiap kali lalu di kawasan yang penuh dengan bendera,semangat mengundi pun membara.Maklumlah ini bukan kali pertama saya mengundi.Rasanya dah 3 kali saya pergi membuang undi.Saya mendaftar sebagai pengundi sebaik sahaja umur saya cukup 21 tahun.


Kali ni saya rasa dapat merasakan kemeriahannya.Terbayang-bayang lagi sewaktu saya mengundi pertama kali,seronok sangat.Rasa dah dewasa sangat waktu tu.Sewaktu nama disebut kuat,kemudian diberikan kertas untuk mengundi,saya rasa hebat sangat waktu tu.


Saya pernah merasakan saat-saat saya di rayu undi.Saya hanya tersenyum sahaja.Pergi parti X macam-macam mereka beri,pergi ke parti Y diberikan juga layanan yang baik.Kalau waktu panas,jangan bimbang,tiba-tiba je nanti ada yang memayungi anda dengan payung.Tapi payung yang berlabel parti X atau Parti Y lah.Meriah sangat di tempat saya mengundi tu.Tidak pernah ada kekecohan.

Yang menariknya tentang waktu mengundi ni,saya dan suami berlainan tempat mengundi.Jadi saya ke tempat dia mengundi dulu,kemudian dia pula hantar saya ke tempat mengundi saya.Tapi sepanjang banyak kali saya mengundi,suami tidak pernah mengarahkan saya mengundi Parti X atau Parti Y.Dia sendiri tak tahu siapa yang saya undi.Kan undi adalah rahsia....hehehehe

Pesanan:Selamat mengundi kepada yang baru pertama kali mengundi.hak mengundi adalah hak anda.

28 comments:

  1. Kakak pun mengundi tempat yg beza dgn abang. Tak apa janji mohon moga kakak dapat peluang lagi utk mengundi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita harapkan semoga semuanya berjalan lancar ye kak..

      Delete
  2. saya juga tak sabar nak mendaftar.. sebaik umur 21 terus mendaftar.. memang sangat suka mengundi.. dulu mengundi di kampung lebih meriah dan best tak sama mengundi di sini....

    ReplyDelete
  3. Meriah la jalan raya dengan 'perang bendera' :)

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak mengundi untuk kali ke 2...
    kawasan rumah perang bendera belum lagi...
    tak sabar nak tengoknya....
    nasib baik sama tempat undi dgn hubby.....

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah mengundi lagi kak. Teringin sangat, tapi bila fikir sesak sgt org kat tempat mengundi tu, rasa tak sanggup nak hadap. lagipun tempat mengundi saya kat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak bolehlah macam tu Lyd...rugi satu undi ni kalau awak tak mengundi...balik kg nanti...

      Delete
  6. sana sini penuh bendera sekarang ya, anak-anak pun sibuk duk tegur bendera tepi jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tahu anak saya yang ambil gambar ni...seronok diorang tengok bendera sana sini

      Delete
  7. nak dekat sgt dah PRU tu !

    ReplyDelete
  8. mmg da rasai suasana mengundi ni kat mane2 kan..

    ReplyDelete
  9. kali ni kali kedua saya buang undi kakak,saya ditugaskan untuk membawa/mengambil pengudi pergi ke pusat mengundi kikiki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...ye ke...nanti tolong bawa akak g pusat mengundi boleh?nak naik kete merz...k.....

      Delete
  10. kat temerloh ni pun dah penuh bendera sepanjang jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiri kanan jalan bendera kan...belum lagi kat rumah-rumah pulak..

      Delete
  11. saya bertanyakan satu pakcik kat area saya mengajar ni (kampung)..banyaknya kaler X di kg dia terpacak sana-sini, terpegun dengan jawapannya.."Biar banyak bendera X di jalan, di kampung pakcik. Tapi undi tetap Y", haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah ...semoga pakcik tu pilih yang terbaik...hehehe

      Delete
  12. kat kelantan ni lg la kak. kemain byk nya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..nanti balik sana akak nak amik gambar lagi...hehehe

      Delete
  13. assalamualaikum ... bila berdebat ... undi tu rahsia ... hahahaa

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.