Thursday, March 21, 2013

Nampak ramai tapi sikit je!

Kalau orang tanya,"berapa orang anak?" saya jawab,"6 orang". Ramainya.....itulah antara kata-kata dari orang luar kalau saya beritahu anak 6 orang.Sikit lagi tu saya rasa,ramai lagi yang ramai anak di luar sana.Tapi rata-rata saya lihat anak-anak kawan tak ramai,setakat 4 orang yang paling ramai.


Ramai nampaknya kalau ketika mereka kecil.Memang nampak sorang situ,sorang sana,sebab lahir rapat-rapat.Tapi tu waktu kecil.Tapi bila dah besar,tak nampak mana ramainya anak tu.Kalau sorang kat bilik,sorang kat dapur,2-3 orang main luar,macam tak ramai kan.

Saya ada 6 orang anak.(Itu terkini ye tahun 2013).Kalau ada rezeki lagi,Amin kan je..
Semua bersekolah kecuali yang bongsu.Maknanya 5 orang bersekolah.Daripada 5 orang tu,3 orang tinggal di asrama,Seorang di Kota Bharu,Kelantan dan 2 orang di Kuala Lipis,Pahang.Daripada 5 bersekolah tu,2 sekolah menengah selebihnya sekolah rendah.


Tinggallah 3 beradik perempuan.2 orang bersekolah seorang tinggal bermanja dengan saya dirumah.Kalau semua bersekolah,tinggal saya berdua je dengan si bongsu,sunyi tau.Sebab tu saya jadi pengasuh.Ada lah rakan untuk bermain dengan anak saya.hehehe..

Jadi mana ramainya?Cuti sekolahlah baru dapat berkumpul sekali.Sekali sekala kami pergi bercuti.Banyak kerja berat ringan bila sama-sama membantu.Untung tak ramai anak?

Pesanan:Kena standby beli lauk banyak kalau semua dah balik,biasa masak sikit bila tak ramai.

38 comments:

  1. Memang seronok kalau anak ramai terutama bila semuanya berkumpul. Bertuah Ummi...Merekalah nanti menjadi penyambung amal di alam barzakh nanti.

    p/s: Dah 8thn masih belum ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok ..macam2 ragam setiap anak...saya selalu berdoa agar anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah...Amin!

      p/s:saya harap anda tidak cepat putus asa...ada hikmah disebalik kejadian..

      Delete
  2. yang sedihnya bila anak ramai ni bila keluar makan dengan rakan tau famili...pernah dengar orang cakap...anak dia yang makan banyak dialah bayar lebih...sangat kecil

    yang gembiranya bila anak2 dah besar2 memang tak terasa kita punyai anak ramai...macam saya 5 orang...tahun depan semua dah sekolah
    satu lagi kerja kita jadi ringan dengan bantuan dari mereka......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm saya pun pernah rasa begitu,sebab itu kadang2 jarang saya bawa semua anak2 ke satu2 majlis..tapi yang peliknya...anak2 waktu kecil disisih,bila dah besar semua sibuk nak pinjam sebab suruh bantu buat sesuatu...

      Delete
  3. seronok sebab dah besar2 , umi suri rumah ke ? siap ada anak asuhan lg tu .. memang penyabar ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah,saya surirumah..seronokkan bila semua dah besar..tiba-tiba rindu kat baby.heheheh

      Delete
  4. Nak tambah lg bg jd 4 belum ada rezeki :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ... anak akak saya ada 5 org . bila berkumpul tgk tv , tak ramai pun ... berbanding ngan saya 9 beradik ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam....sikit je kan...bukan ramai pun kan...

      Delete
  6. saya 3 org jer..boleh tahan ye 6 org..nanti dh besar2 sng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang proses membesar...senang dah sikit sekarang ni

      Delete
  7. kalau 6 memang orang kata ramai sebab adik beradik saya 5jer... tp betoi dah beso2ni memang rasa tak ramai//
    balik dari asrama nanti meriahler rumahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni semua dah ada dirumah...situasi sekarang 2 orang tidur,1 orang di luar bermain,2 orang sedang tonton TV,1 orang dalam bilik...hehehehe

      Delete
  8. dulu saya dan suami bercita-cita nak 10 anak tapi Allah beri 2 saja. syukurlah dari takde langsung. ada hikmahnya jugakan.
    bonda saya ada 11 anak. saya ke2. dulu, waktu sekolah saya malu bagitau saya ada 9 adik, orang mesti gelak@geleng kepala. sekarang..saya bangga beritahu saya ada 9 adik dan 7 ipar sebab orang akan kata.."bestnya keluarga ramai"..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada juga anak penyambung zuriat....seronokkan keluarga ramai...

      Delete
  9. Untungnya anak ramai...murah rezeki tu

    ReplyDelete
  10. Suka bila ramai adik beradik.saya pun cuma 6 beradik and betul kata umi,x ramai sbnrnya 6 org ni kan?harap2 saya pun berpeluang ramai anak mcm umi..salam perkenalan umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronokbila semua dapat berkumpul bersama kan...harap2 dapatlahye ramai anak

      Delete
  11. sy kan, mmg nak anak ramai kalau boleh minimum 4.. bkn pe, saya pikir.. bila saya dah tua nanti n bila ank2 semua dah besar2 nanti.. sekarang mmg nampak susah.. tapi sennagnya bila kita dah tua..

    ReplyDelete
  12. kecil2 ramai..bila dah besar semakin ramai tinggalkan rumah utk mencari ilmu..hu2x..

    ReplyDelete
  13. saya pon nak anak ramai kalau ada rezeki kakak :) tapi kesian jugak ngan isteri.kena fikirkan untuk dia jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala zal...ramaikanlah anak...rezeki anak sentiasa ada,jangan bimbang.Kalau kesian kat isteri,bantulah sama jaga anak.Ringanlah sikit kerja isteri...

      Delete
  14. assalamualaikum ida...kalau mama x kisah...tapi kalau ramai mmg riuh ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mama..
      memang riuh anak ramai ni...dah besar lain lak cara riuhnya..

      Delete
  15. munna pun teringin nak anak ramai.... tapi rezeki baru dua je....... dlm perancangan menambah lagi ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih muda,masih boleh ditambah...Insya Allah rezeki Allah yang beri...

      Delete
  16. teringin juga anak ramai.... hihi... tengok org anak ramai meriah je....jelosss

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
    Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

    ReplyDelete
  18. Ekin pun seronok untuk punyai anak ramai,..Paling yang diidamkan sekarang ni 8 orang paling ramai,.Kalau ada rezeki,,Inshaallah,,lebih dari 8 orang..Setakat ni dah nak masuk 5 orang,.Lagi sorang akan dilahirkan tahun depan 2015,.inshaallah..


    Jemput ke blog ekinazhari BlogSpot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.