Wednesday, March 13, 2013

Ibu-ibu yang sudah ada tanda melahirkan...jangan abai solat...

Ada seorang pembaca majalah Anis bertanyakan soalan sebegini:

Soalan:

Saya telah dimasukkan ke hospital kerana tanda awal bersalin,air ketuban pecah diikuti darah selepas sehari.Tiga hari di wad sebelum induce,saya solat seperti biasa.Tetapi di sana,saya mendapati majoriti ibu mengandung yang sihat (belum sakit hendak bersalin) tidak mengerjakan solat.Apakah hukumnya ustazah?Saya keliru.Ada yang mengatakan apabila keluar darah tanda bersalin sudah tidak boleh solat,benarkah?

Jawapan:

Nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.Darah yang keluar sebelum melahirkan anak satu,dua atau tiga hari sebelumnya merupakan tanda-tanda hampir melahirkan anak.Darah tersebut bukan darah nifas.Jadi apa yang puan lakukan itu adalah betul.

Ingat tu,kadang-kadang ramai yang keliru, mengatakan bila dah keluar tanda untuk melahirkan,semua dah mula tak solat.Sedangkan dia masih belum bersalin,duduk dalam wad biasa, boleh berjalan seperti biasa.kerana masih belum dimasukkan ke 'labour room'.

Jadi terpulang kepada kita untuk menyesuaikan keadaan jika masih boleh bersolat seperti biasa.Islam itu mudah,buatlah ikut kemampuan.

Pernah terjadi kepada saya,oleh kerana saya perlu dipantau dekat dengan jururawat sewaktu saya mengandung,tak boleh berjauhan dari jururawat,tak boleh tinggalkan katil,nak ke tandas perlu pembantu,saya pernah solat di atas katil wad (solat duduk) dengan menarik langsir untuk menutup sekeliling saya.Apa pun saya tetap solat.Walaupun jururawat kata saya tak boleh basahkan tampalan untuk cucukan di tangan saya.Sebenarnya tampalan baru boleh dibuat jika jururawat peka keadaan ini.

Bertanyakanlah mereka yang arif tentang hal solat ni jika masih ragu-ragu lagi.Terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung dan sudah dimasukkan ke dalam wad menunggu untuk bersalin.

Pesanan:Selagi mampu solat,solatlah...Ingatan untuk saya juga.

29 comments:

  1. ouh...thanks utk n3 bermakna ini =)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ye..lupa nak highlightkan...suami yang perlu ingatkan isteri dalam hal ni...

      Delete
  3. Bagus Ida ketengahkan isu ini, ramai jg yg confius psl bab ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida juga tergolong dalam golongan orang yang konfius ni,mujur dah tahu..

      Delete
  4. jap..jap..
    ada kaitan ke dgn blog ni
    http://mycuteshoppe.blogspot.com

    hehe konfius..konfius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..saya lak konpius ni..saya ke blog tersebut tapi susah nak cari apa yang ada kaitan tu...baru pertama kali ke blog situ..ada apa ye kaitannya?

      Delete
  5. Thanks for the info... Memang lazim keadaan camni di wad bersalin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya share sebab pengalaman bersalin banyak kali...begitulahkan...sehingga satu ketika jururawat pulak yang menegur suruh solat..

      Delete
  6. ketuban saya belum pernah pecah lagi kak so saya masih belum mengalami masalah seperti ini kuikuikui

    yeah islam itu mudah, islam itu indah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh mujur belum pecah lagi kan,kalau tak sejarah tercipta...hehehe..

      betul tu Islam itu mudah dan indah..

      Delete
  7. gd sharing ni tq yer !

    ReplyDelete
  8. nice sharing sis..bekalan utk masa depan nnt :)

    ReplyDelete
  9. sayang... dah jawap komen anak form 3 tu.. he..he.. apa pun kita buat ada panduannya dlm Islamkan. bak kata sorang ustaz.. ramai antara kita ni bukan tak beriman tapi cuma lemah iman. kita tahu solat wajib... tapi ramai yg tinggalkan dgn pelbagai alasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Liza...anak lelaki saya seorang tu jelah...harapkan babanya lah teranagkan hal2 lelaki ni...hehehe...ye lah kita ni masih belum kuat imannya...

      Delete
  10. info yg sgt bagus.
    btol.islam mmg mudah. byk cara kita boleh solat kan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.