Thursday, March 28, 2013

Bila jari diketuk lesung...Sakitnya!!!!

Sakit!Itulah yang dirasakan....Apatah lagi lesung itu memang dihentak kuat kerana ingin memecahkan air batu beku didalam sebuah bekas.Hanya kerana kepanasan,air sejuk sangat-sangat dialu-alukan ketika ini.Maka tindakan yang mungkin terlalu terburu-buru rupanya membawa padah.

Sakitnya ibu jari diketuk oleh lesung bukanlah dari perbuatan orang lain,tetapi dari perbuatan sendiri.Sakitnya hanya empunya diri sahaja yang merasakan.Ianya memang tak berbekas.Sakit dalaman.

Saya lah tu yang kena.Nak cepat punya pasal,nak ketuk ais beku,terkena ibu jari yang memegang bekas tersebut.Sakitnya makan sehari baru sembuh.Tapi kerana anak-anak,terpaksa juga merasa kesakitan itu sendirian.Mohon kepada Allah agar diredakan kesakitan itu.

Jadi dalam hidup ni kita kena berhati-hati.Kadang-kadang kita kena ingat,kesilapan masa silam seseorang jangan dibuat mainan tayangan wayang sama ada dalam percetakan atau dalam bentuk tayangan.Hari ini aib orang ditayangkan,aib orang yang kita baca...Kalau kena aib dan salah kita didedahkan,menggelupur kita.

Kesilapan masa silam,biarkan ianya berlalu,jadikan sempadan dan teladan untuk masa hadapan.Kita harus berubah menjadi orang yang lebih baik dari semalam kita.Yang pasti kita sudah berubah,kalau pun orang masih ingin berkata-kata tentang kesilapan silam kita,biarkanlah.Kita dah rasa sakitnya,masih boleh bertahan,bertahanlah....Berserahlah kepada Allah.s.wt.

Pesanan:Aduh!memang sakit lah kena ketuk lesung tu...

17 comments:

  1. Aduii..mmg sakit ieda..lain Kali hati2 ye..cuti je lah memasak hr ini ieda., hehe

    ReplyDelete
  2. Aduii..mmg sakit ieda..lain Kali hati2 ye..cuti je lah memasak hr ini ieda., hehe

    ReplyDelete
  3. Auwwwwww...dengan manjanya..memang sakiiiit...kalau sha hari nie suruh cik abg pulak ke dapor...hari nie bleh MC..wakaka..take care ieda.

    ReplyDelete
  4. Salam, pernah rasa terketuk jari ketika memaku, memang sakit, pedih, berdenyut2! Elok di rendam dalam ais supaya kebas, kurang sikit rasa sakit...tapi apapun, sabar jer la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...kalau paku memang sakit lagi rasanya...tak teringat langsung nak rendam ibu jari tu...

      Delete
  5. ada rasa macam terkepit pintu kereta tak? huhu... bukan apa, saya pernah kena, terdiam beberapa minit menahan sakit. nak keluar airmata pun tak boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah...ha'ah..memang terdiam bila terasa sakit..kalau budak2 dah lama meraung kuatkan..

      Delete
  6. adus..bole rasa kesakitan itu psl pernah kene dlu...sabar la...

    ReplyDelete
  7. dah ok ke dear?..memang sakit nila terkena lesung..mama pernah alaminya..betul kita kena berhati2 bila melakukan sesuatu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah mama...tq ye..
      kerja surirumah lah ni...hehehe

      Delete
  8. swakit tu, dan ingatan yang baik utk kita semua juga

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.