Tuesday, February 19, 2013

Pensil Khat

Dulu sekolah rendah ada tak korang belajar tulisan jawi.Mestilah ada kan..

Tapi masa tu tulis tulisan jawi pakai pensil biasa je,takde lah pulak cikgu suruh beli macam-macam.Tapi sekarang ni,anak saya kata ustaz dia suruh beli pensil khat.Biasanya saya dengar pen khat.Jadi sebab pertama kali nak beli saya tak tahu.Mujur suami bertanya penjual di pasaraya tu.Ada lah stok,itupun tinggal satu je kata penjual tu.

Begini rupanya pensil khat tu.Harganya pun tak lah mahal.RM2.50 sahaja.Tapi kat plastik tu tulis pensil jawi.Betul dah tu kata anak saya.Kawan-kawannya semua dah ada.


Sebab tak pernah tengok,saya buka plastik tu saya belek-belek pensil tu.Oh.muncung dia leper lah.Mudah lah nak tulis tulisan khat kan.


Ubat pensil dia pun leper jugak,tak seperti ubat pensil picit-picit yang dulu saya pakai zaman sekolah dulu.


Teruja sangat nak tengok isi dalam,marah lak anak saya sebab saya buka dah plastik dia...hahaha nasiblah..
Bukan nak pakai pun plastik tu,nak pakai pensil dia je kan.

Pesanan:Lama dah tak guna pensil picit-picit tu,tapi saya nak guna untuk apa ye?

9 comments:

  1. saya panggil pensil tekan - tekan...
    sekarang kat opis guna tau...

    pensil khat tak pernah tengok pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah ada yang panggil pensil tekan-tekan...ada guna juga ye kat opis..

      Delete
  2. sy dulu pensil khat asah sendiri. kalau nak pekat beli pensil 2B kuning hitam tu. asah tepi kiri kanan. pastu potong senget 25darjah. malam2 sebelum pegi sek agama siap2 asah 2 batang. tu pun x cukup sbb bila menulis khat ni nak kena hati2 spya mata dia x patah.

    dulu.. jawi subjek lain. khat subjek lain. maybe skrg dah digabungkan..

    apa pun.. nak asah pensil khat mmg kena ada skill.. skrg senang. beli ja ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah seronok dengar cerita ni kak..apa2 pun zaman dah berubah...kelas agama pagi petang...anak-anak malam dah keletihan..

      Delete
  3. Masa sekolah dulu ada belajar lukisan yang guna pensil khat ni tapi rasanya tak sama dgn jenis dalam gambar ni..

    Dulu tu guna dakwat cair.. Jenis main celup2kan mata pensil tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru tahu ni lukisan kena guna pensil khat,maklumlah saya tak pernah amik lukisan periksa dulu...

      Delete
  4. pensil tekan2 tu selalu guna kat sekolah..pensil khat mesti tulisan makin cantik..tulisan jawi kan..:-)

    ReplyDelete
  5. Saya ad tp slalu meragam
    Sy lbh suke gune pensel kayu untk menulis khat

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.