Friday, February 01, 2013

Jangan kedekut doakan kebaikan orang lain


Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Ianya umpama anggota dalam satu badan.Perumpamaan Melayu menyebut 'cubit peha kanan,peha kiri terasa jua'.Kesatuan umat Islam akan kukuh dan mantap selagi konsep persaudaraan dijaga dengan baik menurut lunas-lunas syariat.Ia juga bagaikan bangunan yang berdiri teguh,batu-bata binaannya saling mengukuhkan antara satu sama lain.Prinsip persaudaraan dalam Islam menitik beratkan konsep berkasih sayang serta saling mengambil berat sesama umat Islam.

Sedutan dari:Buku 11 golongan yang didoakan malaikat-Walid Faruqi

Saya pasti setiap dari kita mesti ada yang cuba bermusuh.Mungkin ada yang tidak puas hati dengan kita.Tapi perlukah kita membalas setiap tindakan buruk orang lain terhadap kita?Jangan biarkan diri kita dikuasai syaitan.Mereka nak kita berada bersama golongan mereka.Lagi ramai lagi bagus.Sebab itu bila kita marah cara terbaik adalah mengambil wudhu'.Api lawannya air.

Kita tidak perlu membalas segala perbuatan mereka.Kita kena ingat Allah sentiasa berada bersama kita selagi kita masih ingat kepadaNya.Sekiranya perkara tersebut berlaku kepada kita,eloklah kita mengadu kepada Allah.

Semua pernah melalui situasi ini.Dipulaukan rakan-rakan,difitnah,dan sebagainya.Pada awalnya syaitan sentiasa menghasut agar kita membalas segala apa yang telah mereka lakukan kepada kita.Namun demikian ianya tidak menyelesaikan masalah,malah hati menjadi tidak tenteram.

Akhirnya,apabila kita berada dalam keadaan terkawal,Allah jualah tempat mengadu.Kemudian dekat diri dengan Allah,berzikir dan banyak membaca Al-Quran.Hati menjadi tenang,segala tindak tanduk menjadi perlahan.Maka satu senjata yang pasti mujarab adalah berdoa agar musuh kita itu mendapat petunjuk dan hidayah Allah.Semoga dengan cara itu kita tahu kita telah berjaya mengawal keadaan amarah kita.

Tak salah mendoakan kebaikan kepada mereka.Semoga kita juga mendapat kebaikan dengan doa tersebut.Amin!!!!

Pesanan:Betul kan manusia cepat lupa Allah bila senang,cepat pula ingat Allah tika susah.

5 comments:

  1. InsyaAllah...sama2 beringat kan...

    ReplyDelete
  2. org yg mendoakan kebaikan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu maka dia adalah di dalam golongan yg didoakan oleh para malaikat...subhanallah

    p/s : nice entri kak :)

    ReplyDelete
  3. Tapi itu perkara yang susah untuk dilakukan. Nak berbaik sangka terhadap org yang buat jahat kat kita tu mmg perlukan sifat pemaaf yang tinggi.

    ReplyDelete
  4. in shaa ALLAH
    terima kasih akak :D


    saya tahu pucuk manis pon sbb kat kg mk ada tanam sikit.. ;)
    kalau pergi pasar saya nk carik nya mesti tgk ada bunga merah..itu lah pucuk manis.kecik je bunga tu.comei..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.