Monday, February 18, 2013

Buku ini bakal menjadi barang turun temurun keluarga

Saya terima buku ini pada tahun 1990 sewaktu berada di tingkatan 2.Saya bersama ayah ke pejabat Utusan sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai penerima buku ini dan gambar saya tersiar di dalam akhbar tersebut.

 Gambar saya menerima hadiah ini diselitkan juga di akhbar Utusan Malaysia.Dan mungkin ramai yang tidak tahu,ada sebaris ayat yang memberitahu "saya akan menggunakan kamus ini untuk pelajaran saya".Sedangkan saya tidak ditanya dan tidak menjawab sebegitu.Itulah rahsia wartawan.



Sebaik mendapat buku kamus ini,saya terus tulis  nama saya di dalam buku tersebut.


Walaupun sudah hampir berusia 23 tahun di dalam simpanan saya,baru saya teringat untuk mengeluarkan buku ini dalam simpanan timbunan buku-buku lama di dalam almari saya.


Inilah bukunya.Memang saya gunakan untuk pelajaran saya.Dan tergerak hati nak keluarkan buku ni,bila anak-anak perlukan kamus di sekolah.Tapi masih juga terpaksa membeli yang lain kerana buku kamus dwibahasa saya ini hanya menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia sahaja.

Apa barang lama anda yang anak-anak boleh gunakan di sekolah sekarang?Ada tak?Kongsilah.

Pesanan:Dapat yang baru,barang lama dibuang jangan.

8 comments:

  1. 1990? lamanya! tahun tu sy xwujud pn lg. huhu.

    #nanti akak mai kelantan akak roger2 la sy :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. lamanya 2... time 2 sy baru 2 tahun lebih... xtaw pape... sweet memory 2... ^-^

    ReplyDelete
  3. Erm.. apa ye barang lama yang anak saya boleh guna? Mungkin sama la kot. Kamus fajar. Tapi kamus pun dah out-dated. Banyak perkataan baru yang takde dlm kamus lama.

    *Ida, tulisan tu memang femes dulu. Hurup 'd' tu ditulis macam ada tajam2 skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kamus sekarang makin canggih...sekarangkan ada kamus eletronik...

      sentuh pasal tulisan tu...kira macam style tu zaman saya tu...kira femes jugalah..hehehe

      Delete
  4. lama tu..mmg berharga buku tu..erm..saya x ingat ape la brg lama yg berharga utk anak saya guna..hehehhe..byk brg2 sume kt kpg..sume dok dlm stor..jd x tau ade lg ke x brg nyer...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.