Wednesday, March 06, 2013

Ada juga orang malas macam ni ye...

Orang malas ni macam-macam tabiat dia.Sikap dari perbuatannya membuat kan orang yang melihat membuat satu kesimpulan dia memang pemalas.

Saya pernah lihat ada seorang gadis,selepas mandi dia tidak sikat rambutnya.Dahlah rambutnya panjang,terus dia ikat ala kadar dan memakai anak tudung seterusnya tudung.Korang biasa tak buat macam ni?Mungkin nak cepat kot.....

Saya pernah lihat anak teruna yang selepas mandi dia tidak lapkan kering badannya dengan tuala,sebaliknya dia terus memakai baju dan seluar.Korang pernah tengok tak macam ni?Mungkin nak cepat jugak kot....

Saya pernah melihat seseorang bangun dari tidur terus mengadap makanan.Jangan kata nak gosok gigi,basuh muka pun malas.Kalau orang ni makan bersama semeja dengan korang,korang suka tak?Mungkin nak cepat kot?...

Semua yang saya lihat ni sewaktu saya kebetulan ke rumah mereka...

Apa kesimpulan korang?Pemalas ke orang macam ni?

Pesanan;Lama-lama jadi tabiat....buangkan tabiat tak elok ni...nanti orang kata kita pemalas...

14 comments:

  1. err..pemalas dan tak senonoh.
    kalau ada sebab yg patut dan cuma sesekali takpelah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang geramnya takde pulak orang tegur..

      Delete
  2. susah sangat ke....
    kalau dari kecil dah berbuat demikian susahlah...
    malas rasanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tabiat dari kecilah tu kot..terbawa-bawa bila besar..

      Delete
  3. hehe...yg malas tu kene buangkan nanti jadi amalan harian...

    ReplyDelete
  4. pemalas dan tak nak rajinkan diri... gelaran pemalas ok lagi takut orang panggil pengotor lak nanti..

    ReplyDelete
  5. Kalo lepas mandi tak sikat rambut tu saya selalu jugak. Tapi itu memang petua untuk sihatkan rambut supaya rambut tak putus atau gugur. Dan memang akan keringkan rambut tu tanpa sikat. Kalau tak sikat terus pakai tudung, tu namanya habat. Yang bangun tido terus makan tu saya selalu gak buat. Hahahaha. Tapi yg itu kalau dah solat subuh pastu tido balik beberapa minit. Then, bangun makan. Boleh tahan la pemalas gak saya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kalau duk umah takpe kot...ni dia nak kuar dah tu...
      wah lyd saya tak biasa lah bangun terus makan,selera kuranglah kalau tak basuh muka atau gosok gigi..hehehe
      saya biasa tidur dalam kul 10pagi...nak rehat jugak..adoi tak leh nak komen lagi ni..hehehe

      Delete
  6. kalau dah biasa.. nanti susah nak tinggalkan tabiat tu..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kalau lepas bangun tidur, jangan gosok gigi..Minum segelas air masak. Nak makan dulu pun lagi bagus. Lepas tu baru gosok gigi. Memang macam pemalas dan pengotor tapi sebenarnya ianya untuk kesihatan. Apabila baru bgun tidur, mulut kita mengeluarkan cairan pencuci untuk mulut dan perut. Ia juga memberi perangsang untuk aktiviti perut dan pengaliran darah. Ini saya dpt dari seorang doktor.
    Tak memaksa, cuma share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..ye...saya pernah dengar...tapi yang saya maksudkan ni..bangun tengah hari matahari meninggi...petua tu elok waktu subuh pagi tu kan...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.