Sunday, June 02, 2013

Cuti Sekolah Sudah Bermula......Jom Bercuti!

 STICKY POST!ROLL ke bawah untuk entry terbaru!!!

IKLAN

Sudah tentu kalau kita nak kemana-mana ,tempat yang paling kita cari ialah tempat tinggal yang sesuai dengan keperluan keluarga dan juga budget keluarga.

Apakata jika anda merancang bercuti ke Kelantan,jom singgah bermalam di D'Family Homestay,pemilik Melayu beragama Islam dan menyediakan kelengkapan rumah seperti berada di rumah sendiri.


Dengan menyediakan ruang tamu yang besar,anda tidak perlu bersesak-sesak berada di ruang tamu untuk berehat sambil menonton televisyen dengan langganan Astro Basic pasti tidak mengecewakan anda.Anda juga boleh menonton Astro langganan anda sendiri dengan membawa bersama dekoder anda.Hanya tukarkan dekoder yang sedia ada,anda seperti berada di rumah sendiri.Menarikkan!


Bilik utama yang luas dilengkapi aircond,disediakan juga bilik air didalam dan ruang tingkap untuk lebih keselesaan.Almari untuk menyimpan dan menggantung pakaian turut disediakan.


Ruang dapur yang luas juga memudahkan kerja-kerja memasak anda sekeluarga.Dengan ruang meja makan dan kerusi 8 biji pasti anda sekeluarga dapat menikmati hidangan dengan selesa.Peti sejuk,alatan memasak dan mesin basuh juga turut disediakan untuk penginapan yang lama.

Apa yang penting D'Family Homestay juga turut menawarkan penginapan untuk kumpulan-kumpulan kecil seramai 15-20 orang dengan menyediakan bantal dan toto tambahan untuk keselesaan tetamu yang menginap.

Lokasinya yang strategik hanya 10 minit ke Kota Bharu.mampu memuaskan hati tetamu kerana persekitarannya yang dekat dengan pasar basah,kedai runcit,stesyen minyak,masjid dan mesin ATM Maybank pasti menyenangkan tetamu berurusan.

Dengan harga RM250 semalam termasuk cuti sekolah dan cuti umum pasti berbaloi untuk anda,lebih-lebih lagi jika menginap dengan keluarga yang besar atau dengan kumpulan-kumpulan kecil.

Apa pun tujuan penginapan anda atau  destinasi anda,,jangan lupa untuk mencuba menginap di D'Family Homestay,Pengkalan Chepa,Kelantan.

Untuk keterangan lanjut dan lebih gambar lawati :D'Family Homestay

Pesanan:Harga boleh dirunding bergantung pada budget masing-masing,jangan risau pemiliknya peramah orangnya.

21 comments:

  1. besarnya dapur...mmg selesa ni bercuti dgn family yg ramai..

    ReplyDelete
  2. mmg selesa....
    skrg ni homestay dah byk, senang sikit....

    ReplyDelete
  3. Macam kakak nak terbang sekarang ke sana. Takut banjir aje akhir tahun ni macam last year kakak ke T'ganu.

    ReplyDelete
  4. ok kan pergi ramai2..time2 cuti sekolah ni kn byk nuri kawin ;d

    ReplyDelete
  5. cantik n lengkap kmudahan die,,harge pon berpatutan,,kalau jln2 sane bleh nginap sini =)

    ReplyDelete
  6. kalau mama kesana blh menginap disini..tahniah dah ada homestay sendiri.. ;)

    ReplyDelete
  7. Besar jugak rumah ni..
    InsyaAllah hujung bulan ni akan ke Kelate, tapi part penginapan family di sana dah uruskan..

    In case ada apa2 boleh roger akak ye :D

    ReplyDelete
  8. Kalau untuk Mak Dara boleh dpt diskaun tak ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk Mak Dara boleh je...jangan risaulah....saya kan peminat Mak Dara..he he he

      Delete
  9. luasnyer rumah..kalau g ramai2 best nih....

    ReplyDelete
  10. akak, adik saya bakal bernikah kat rumah perempuan tahun depan kat kelantan, boleh la sewa sini ramai2 kan kak...

    nampak selesa sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..silakan..confirmkan tarikh dulu nanti buat booking ye...

      Delete
  11. Memang puas hati rumah homestay macam nih... Agak2 peti ais tu penuh dgn makanan tak? hehe...
    Cuti sekolah xboleh jalan2...sesak, tunggu hari biasa lah...mesti lebih diskaun kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. peti ais tu kalau penuh isinya kena kira harga lain pulak...hehehe...jemputlah datang menginap...BM pasti dapat harga yang berpatutan...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.