Sunday, November 25, 2012

Ajar anak buka kunci pintu kereta dari dalam....

Dalam kita sibuk dengar anak-anak kecil terperangkap atau terkunci dalam kereta.Apakah tindakan kita?Janganlah kita dengar je cara penyelesaiannya tapi buat tak hirau bagaimana nak ajar anak-anak kita.

Saya masih ingat lagi sewaktu anak sulung saya berusia 2 tahun terperangkap dalam kereta yang berkunci.Dan dia pula tidak pandai menarik penyelak kunci(apa ye sebutan betulnya?) di pintu kereta.

Saya sudah panik ketika itu,mujur ayah saya ada.Dialah menerangkan kepada anak saya cara-cara untuk menarik penyelak pintu kereta itu.Anak saya pula asyik menangis je dalam kereta tu.

Perkara tidak berlanjutan lama,lagi pula kereta tidak hidup,kalaulah keadaan berlanjutan lama,tak tahu apa yang jadi kepada anak saya.

Bila saya ingatkan kembali,saya cuba pula kepada anak bongsu saya yang kini sudah berusia 2 tahun setengah.Tetapi saya berada di dalam merakam tindak tanduknya.


Alhamdulillah,mujur dia pandai membuka penyelak pintu kereta tersebut.Mungkin dia sudah biasa melihat kami dan adik beradiknya yang lain memperlakukan perkara yang sama.Lagipun anak-anak sekarang anak-anak IT...ilmu melebihi kebiasaan...he he he

Beringat sebelum terkena.Dan bestnya baba memberi simbol ibu jari ke atas tanda bagus!!!

Pesanan:Pengalaman mengajar erti kedewasaan.

12 comments:

  1. seseorang ibu mmg cepat panik kan..

    ReplyDelete
  2. betul tu..sebab tu kita kena bertenang seketika

    ReplyDelete
  3. Teringat kisah anak buah yang pandai setat keta padahal umur dia masa tu baru nak masuk 5 tahun..!

    Mula2 ingatkan abah akak yang setat keta tu, pastu tengok abah elok je ada kat lua.. Pastu masing2 tanya siapa yang setat keta? Alih2 nampak budak tu tengah dok pegang stereng.. Masa tu keta dalam garaj, pintu keta lak terkunci.. Puas dok pujuk dia suruh bukak pintu tu... huhuhu...

    ReplyDelete
  4. kena ajar jugak kat anak. Jangan buka kunci pintu tu kalau tak kenal orang. hanya ibu bapa dan adik beradik sahaja.

    kalau tak ajar mcm tu, nanti tah sape2 suruh buka pintu tu, dia men buka je...abis kena bawa lari plak. huhuhu

    ReplyDelete
  5. betul jugakkan..kena ajar la dri awal ek..tq for reminding us..:-)

    ReplyDelete
  6. Mmg betul tu Ida..akak pun buat perkara yg sama masa ank2 kecik2 dulu..pesanan yg bagus buat ibu2 muda diluar sana.

    ReplyDelete
  7. Betul tu kak, beringat sebelum terkena, sebab kita tak tau apa akan terjadi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berhati-hatikan...ajar je bukan susah pun kan

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.