Monday, September 03, 2012

Rondang omak den


Akhirnya dapat juga saya bersama keluarga sempena cuti merdeka ni.Setelah seminggu saya beraya di rumah mertua,balik semula ke Kuala Lipis kemudian cuti pula sempena merdeka,saya mengambil kesempatan bertemu ayah mak dan adik beradik yang lain di Kuala Lumpur.

Kebiasaannya cuti seminggu raya kami bahagi dua beraya di rumah saya (Kuala Lumpur)dan rumah mertua(Kelantan).Tetapi tahun ni terpaksa menukar plan.Oleh kerana giliran saya beraya di rumah mertua di Kelantan,dan kebetulan pula anak saya yang kedua belajar di sana,maka kami berubah rancangan.Jadi tahun ni seminggu kami beraya di Kelantan.

Tak kisahlah tu kan.Tapi apa yang saya nak ceritakan,sempena saya nak balik rumah mak,kebetulan pula mak sudah selesai puasa 6,maka mak buat sedikit jamuan makan-makan.Mak nak raya lah tu kan.Saya belum sempat nak puasa 6,bila lah nak puasa asyik ada open house je.he he he...Jadi menu mak mesti ada rendang ayam.

Memang terbaiklah rendang mak.Saya pun masih belum mewarisi resepi rendang mak yang sedap ni.Lagipun waktu saya sampai rumah mak waktu tu,mak hampir siap memasak rendang ni dengan kakak ipar saya.Cuma yang saya tahu antara teknik memasaknya dia masak santan dahulu.Itulah antara rahsianya mungkin.Kalau biasa saya masak rendang saya campur semua bahan dalam santan.

Terima kasih mak atas rondang omak yang sodap nih!Siap bawa balik Lipis lagi tau!

Pesanan:Nasib kakak ipar ada,boleh tanya nanti kat dia macam mana mak masak.he he he


34 comments:

  1. klu xkeberatan..nti kongsila resepi ye..

    ReplyDelete
  2. apa pon masakan mak tetap sedap kan akak..huhuuuuu

    ReplyDelete
  3. Banyak ke omak ida masak rendang tu? Siap bleh bawak balik lagi. Syok ah..

    Org lama mmg pandai memasak kan? Sgt mengkagumkan.

    ReplyDelete
  4. masakan omak always the best kan

    ReplyDelete
  5. Slm sis.. Lama tak dtg sini..sibuk braya..
    Sedap nampak pic rendang.. T dah pandai masak kongsi la resepi..perlu kita warisi tu...

    ReplyDelete
  6. mmg masakan air tangan mak terbaik kan umi..terliur tgk rendang tuh..

    ReplyDelete
  7. masakan mak memang terbaik.. tapi akakni teringat dengan rendang tok yang arwah opah akak masak memang tak jumpa punya...
    emak akak pun tak boleh tanding .. tapi tuler tak nak belajar lagini... kena belajar yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena amik resepi time mereka ada lagi ni....resepi turun menurun namanya

      Delete
  8. Untung la macam tu.. Boleh beraya sakan kat rumah mak sendiri.. Teringat kat cerita sepupu saya yang datang rumah hari tu.. Dia kata adik perempuan dia 5 tahun tak balik beraya.. Bukannya jauh manapun, dok Penang je sbb suami dia orang sana.. Sampai hati suami adik dia tu buat adik dia macam tu..

    Langsung takde kompromi..

    ReplyDelete
  9. Waktu kat Jepun kalau leh dapat ni mesti best !!!

    ReplyDelete
  10. Salam Aidilfitri.
    Sodapnya rendang...Tambah2 lagi mak yg buat. Sepanjang berada ditempat org/perantauan, masakan mak sentiasa dirindui.

    ReplyDelete
  11. mm..mesti sedap org lama masak..nti da masa share le resepinya kak..
    salam kenal dan follow sini =)

    ReplyDelete
  12. ehem..nampak sedap..ni rendang N9 ek?..letak cili api ke UA?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak cili api mama...dah nogori sembilan kan...he he he

      Delete
  13. masakkan memang the best in the world

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.