Sunday, September 30, 2012

Tabung Haji semakin bagus perkhidmatannya

Perkhidmatan perbankkan Tabung Haji sekarang sudah semakin canggih dan moden.Sesuai dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan semakin berkembang baik sistem IT di negara kita.
Dah lama saya tidak ke tabung haji,kalau ke sana pun nak masukkan duit raya anak setiap tahun.Makanya baru-baru ini,saya ke tabung haji Kuala Lipis,terkejut saya dengan banyak penambahbaikan dilakukan di sana.

Masuk sahaja saya ke dalam bank,satu sistem touch screen disediakan untuk mengambil nombor giliran.Kadang-kadang malu saya,sebab terkial-kial dihadapan mesin tersebut.

Mudah sahaja dengan mengikuti arahan yang disediakan dalam screen tersebut,yang tak celik IT,menjadi semakin pandai.he he he...

Setelah mengambil nombor giliran,sementara menanti nombor dipanggil,ada disediakan pula screen tv yang memaparkan nombor giliran seterusnya.Disamping itu terdapat juga info yang baik untuk dikongsi bersama.Kebetulan sekarang ini musim orang pergi haji,makan maklumat dan info berkenaan haji dikongsi bersama.Kita boleh membacanya sambil menunggu giliran jadi tidaklah kita merasa bosan.

Ok.Bila nombor sudah dipanggil,jangan lupa setelah kita selesai berurusan touch sahaja samaada perkhidmatan yang diberikan memuaskan atau tidak.Mudah sahaja interaksi melalui touch screen,Gunakan jari je.....

Sekarang ni tabung haji boleh di linkkan dengan bank lain seperti Maybank,CIMB.Jadi boleh keluarkan duit melalui mesin ATM bank tersebut.

Amacam?Bestkan.Seperti dalam permainan komputer je kan.Mungkin ramai yang sudah tahu lama dari saya,tapi tak salahkan saya berkongsi.

Pesanan:Maaflah kalau ada yang perasan lama saya tak update blog.Saya dahulukan yang penting.

Saturday, September 15, 2012

Nasi Hujan panas pun sedap jugak!


Dah lama tak makan nasi minyak,bila asyik makan nasi himpit,rendang,satay je raya ni.Kalau kenduri kahwin pun sekarang jarang dah buat nasi hujan panas,kadang-kadang buat nasi putih berlauk kampung je kan.

Bila tak pandai buat,kenalah bertanyakan.Jadi saya tanya kawan cara nak buatnya.Mudah je sebenarnya.Saya pun mulalah godek-godek resepi,sambil menanak nasi di dapur.Kejap-kejap tengok resepi.he he he...lucu betul.Maklumlah pertama kali nak buat.

Akhirnya,siap juga.Wah senang je sebenarnya ye.Lauknya ayam masak merah,dalca sayur dan acar timun.Lengkap dah kan.Hmmm laku juga nasi saya tu.Habis licin juga kami sekeluarga makan.Boleh bagi jiran sebelah rumah bawah rumah.Murah rezeki saya nanti. Amin!

Resepinya:

Beras 3 cawan
Air 4 cawan
Susu cair 1/2 cawan
Rempah 4 sekawan
3 sudu besar Minyak sapi (saya guna marjerin je)
Bawang merah,bawang putih dan halia (tumbuk)
Bawang besar (mayang halus)
Garam dan gula
Pewarna makanan

Nota:doublekan sukatan untuk masak banyak.

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak sapi,tumis bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan.Bawang besar mayang.Kemudian dah naik bau sikit,masukkan susu cair dan air.Garam dan gula.Biar menggelegak,masukkan beras.

Nota: Saya tumis dulu dalam periuk lain,kemudian beras yang dah siap basuh saya masukkan dalam periuk elektrik,selepas bahan tumis tadi menggelegak saya masukkan air tumis tadi terus ke dalam periuk elektrik.Tekan cook.Masak seperti biasa.

Sambil tu harus dikacau sekali sekala,supaya sebati.Setelah tanda keep warm naik,titik sedikit pewarna hijau,merah dan kuning.Kacau sebati.Jangan titik banyak sangat,nanti jadi macam warna merah je macam saya punya tu.Tak cantik.

Lauk tu biasa je lah kan.Semua tahu kan.

Pesanan:Kalau pertama kali masak ni,kadang-kadang menjadi,kadang tidak.Alhamdulillah menjadi juga.



Monday, September 03, 2012

Rondang omak den


Akhirnya dapat juga saya bersama keluarga sempena cuti merdeka ni.Setelah seminggu saya beraya di rumah mertua,balik semula ke Kuala Lipis kemudian cuti pula sempena merdeka,saya mengambil kesempatan bertemu ayah mak dan adik beradik yang lain di Kuala Lumpur.

Kebiasaannya cuti seminggu raya kami bahagi dua beraya di rumah saya (Kuala Lumpur)dan rumah mertua(Kelantan).Tetapi tahun ni terpaksa menukar plan.Oleh kerana giliran saya beraya di rumah mertua di Kelantan,dan kebetulan pula anak saya yang kedua belajar di sana,maka kami berubah rancangan.Jadi tahun ni seminggu kami beraya di Kelantan.

Tak kisahlah tu kan.Tapi apa yang saya nak ceritakan,sempena saya nak balik rumah mak,kebetulan pula mak sudah selesai puasa 6,maka mak buat sedikit jamuan makan-makan.Mak nak raya lah tu kan.Saya belum sempat nak puasa 6,bila lah nak puasa asyik ada open house je.he he he...Jadi menu mak mesti ada rendang ayam.

Memang terbaiklah rendang mak.Saya pun masih belum mewarisi resepi rendang mak yang sedap ni.Lagipun waktu saya sampai rumah mak waktu tu,mak hampir siap memasak rendang ni dengan kakak ipar saya.Cuma yang saya tahu antara teknik memasaknya dia masak santan dahulu.Itulah antara rahsianya mungkin.Kalau biasa saya masak rendang saya campur semua bahan dalam santan.

Terima kasih mak atas rondang omak yang sodap nih!Siap bawa balik Lipis lagi tau!

Pesanan:Nasib kakak ipar ada,boleh tanya nanti kat dia macam mana mak masak.he he he


Saturday, September 01, 2012

Open House Sana Sini

Tak habis lagi beraya?Balik sahaja dari bercuti,ada saja jemputan jamuan hari raya.Makin naiklah berat badan ni.Baru je habis berpuasa sebulan.

Hilang dah niat di hati nak bersederhana dalam bab-bab makan ni,bila pelbagai juadah terhidang di atas meja.Nafsu makan mulai menguasai diri.Memang tak tertahan.Tekak pun dah kering dek kerana minum air batu banyak sangat.Sabarlah wahai perut,sanggup sumbat semuanya.Balik rumah,bilik termenung menjadi rebutan.

Anak-anak pula masih lagi mengumpul duit raya.Sungguh pemurah rakyat Malaysia ni...Yang untung sape? Mereka dan keluarga mereka...

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

TAHNIAH MALAYSIA KERANA SUDAH 55 TAHUN MERDEKA!

Pesanan:Merdekakah kita?Tepuk dada tanya iman....