Thursday, July 05, 2012

Rezeki...Alhamdulillah

Ini rezeki juadah lauk,kuih dan cendul.Jiran beri.


Asalnya lauk yang bertanda *** tu je..iaitu lauk udang dan ikan goreng.Kemudian nak dijadikan rezeki bertambah pula karipap,jiran depan rumah beri,lauk dan cendul pula dari jiran bawah rumah.Seronokkan duduk berjiran bertingkat-tingkat ni.Kalau atas bawah kiri kanan beri lauk,masak nasi je lah.he he he

Durian ni baru je dapat semalam.Jiran beri juga.Ala Cikgu Niena beri,kenalkan.he he he Oleh kerana sebiji je kenalah makan berjimat nak beri semua orangr rumah ni rasa.Cantikkan kuningnya.

Close up sikit.Hmm...betapa ianya menggoda saya pagi-pagi lagi,sebab saya simpan di dapur baunya memanggil-manggil.Saya pun apa lagi terus terkam dan makan.

oops...terlebih sudah.Kata nak berjimat makan,nak bagi semua orang rasa.Saya tak sedar rupanya saya dah makan hampir sebelah.Alamak!Takpe ada lagi sebelah.Cukup kot.Sedap dan sedang elok manis hingga tak sedar.lepas satu,satu masuk ke dalam mulut.he he he

Alhamdulillah!!!

Pesanan:Saya hantu durian...jaga-jaga rumah yang ada durian...


18 comments:

  1. kalau saya pun dengan isi yang cantik dan sedap tu mau tak sedar semua masuk dalam mulut..alhamdulillah dapat jiran yang baik hati kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kan...kita kena berbaik2 dengan jirankan..

      Delete
  2. saya pun makan durian malam tadi, tp saya taklah hantu durian sangat, suami bawa balik dari dusun Utem...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanlah sekaranmg ni...nanti kalau dah puasa..time berbuka pun tak lalu makan pula..

      Delete
  3. tulah seronok nya hidup berjiran n dapat pulak jiran yang baik cam ni cuma tang durian tu x berapa nak berkenan sbb x makan ler! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak makan durian..untungnya kalau saya berjiran dengan awak..durian yang tak dimakan boleh beri pada saya kan..he he he

      Delete
  4. saya pulak risau bila dapat jiran yang baik. hehehhe pulakkan.. sebenarnya bila dorang bagi mesti terpikir2 nak di balas apa sebab selalunya dorang hantar sekali ngan bekas.saya ni balik petang masak yg mudah2 je huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada cara untuk beri apa2 kepada jiran..saya letakkan dalam polestrin..jadi dia fahamlah saya tak minta dibalas...

      Delete
  5. munna pun hantu durian.....sekali makan sebiji tak cukup utk munna seorang

    ReplyDelete
  6. kalo macam ni punya jiran hari2 tak perlu masak kan..hehehe..sedapnya durian..tak merasa lagi ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan...nak juga merasa menjadi jiran yana pula he he he

      Delete
  7. alhamdulillah, seronok dapat jiran yang pemurah...
    suka juga durian tapi bukan hantu hik..hik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah hidup berjiran...saling memberi dan menerima...durian ni memang minat sejak kecil lagi...tu yang hantu tu..

      Delete
  8. bestnya dpt jiran baik-baik belaka..jiran sy kat sini semua perangai pelik-pelik..huhu

    ReplyDelete
  9. hamboiiii...nampak sangat2 la sedapnyeeee wah doyan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap doyan ni...tak cukup sebenarnya...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.