Tuesday, July 10, 2012

Pelik tak nama kampung anda?

Inilah kampung mak saya dan di sinilah saya dilahirkan.Walaupun saya dilahirkan di sini,saya dibesarkan dan bersekolah di Kuala Lumpur.Ini macam mak balik kampunglah sebab nak lahirkan saya,kemudian berpantang di sana.Habis pantang pulang semulalah ke rumah sendiri di Kuala Lumpurkan.

Inilah nama kampung saya,Kg Jalan Enam Kaki,Beranang,Selangor.Sebab itu kalau game bola Selangor main pun saya sokong,Kuala Lumpur main pun saya sokong.Sekarang bila dah berkahwin dengan orang Kelantan,sokong jugalah negeri Kelantan.



Seminggu yang lepas saya ke sana lagi kerana meraikan perkahwinan sepupu saya.Anak kepada kakak mak saya.Sepupu saya tu dah jadi anak yatim piatu.Hanya tinggal keluarganyalah yang menginap di sana(mereka buat rumah di situ)selain pakcik (adik mak) yang tinggal di rumah arwah nenek dan arwah atuk saya.

Sekarang saya jarang pulang ke sini,selepas atuk dan nenek tiada.Kalau pulang pun hanya sekadar menziarahi keluarga yang masih tinggal di sana,itupun jika ada majlis tertentu atau hari raya.

Pelik tak nama kampung saya tu.Saya pun tak pernah bertanya kenapa nama kampung tu diberi sebegitu rupa.Mungkin kalau tanya orang-orang tua yang dah lama tinggal di situ mereka tahu,tapi rasanya ramai yang sudah tiada.

Banyak lagi nama tempat-tempat di Malaysia ini yang pelik-pelikkan?Tentu ada sejarah disebalik nama tersebut.Apa nama kampung korang pulak?

Tambahan:Nama kampung suami di Kelantan pulak Kedai Lalat...kata suami dulu kat situ kalau ada pasar ramai yang hurung kat situ macam lalat,lepas tu balik...sekarang dah tukar nama...Kota Jembal pula..
(baru teringat nak tambah he he he)


Pesanan:Terbayang zaman kecil,cuti sekolah je mak hantar balik kampung.sekarang cuti sekolah saya pula hantar anak kat mak tapi bukan kampung,bandarlah...he he he

37 comments:

  1. syg kan, tengok lalang tinggi camtu. klu fikirkan masa kecik2 mmg moment2 dia indah je. aisehh ridnunya kat arwah tok ngan cher, arwah wan ngan arwah atuk jugak. alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah orang kampung...apsal tak bersihkan ye...al-fatihah juga untuk yang sudah tiada..

      Delete
  2. nama kampung dni kampung beris. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung beris besar ke beris kecik..beris apa ye maknanya?..

      Delete
  3. Kg Jln Enam Kaki?

    Mengingatkan kepada sedalam mana tanah kubur agaknya, bagi yang mahu mengingatlah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah namanya kakcik..

      semoga kita sentiasa beringat.....

      Delete
  4. kampung sy changkat tualang..:)

    unik nama tu ..sy pun x pernah dengar lagi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. changkat tualang pun pelik juga...kalau suruh mat saleh sebut belit juga lidah mereka..

      Delete
  5. Enam Kaki? tertanya2 mana dtg nama tu..

    kg saya..KG. RIMBA TERJUN. saya suka nama tu..ala2 ada air terjun, sbnrnya takde tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebut ke kg Rimba Terjun...mesti orang sangka tempat air terjun kan...rupanya hanya pada nama sahaja...

      Delete
  6. kakak kalau balik Beranang singgahla umah saya Kajang :)

    biar nama kg pelik jangan org2 kampung pon bantai pelik kak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah afzal kat kajang?...ala dekat dengan rumah adik akak di Bangi..bolehlah singgah...bak sini alamat...

      ha betul...jangan orang kampung pelik2 sudah...ha ha ha

      Delete
  7. kg sy xpelik rasanya.. kg chemor n kuala ibai.. tp xtau la plak kot org dgr pelik.. hihii

    ReplyDelete
  8. hehehe..kg jalan enam kaki..?sedikit pelik tp name yg unik ape/..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah,waktu nak isi borang yang perlukan nama tempat bersalin..kena tulislah nama kg tu...mesti ada yang tanya lepas tu..

      Delete
  9. a'ah..memang unik nama kampung akak tu.kalau terengganu belah kuala berang...ada juga yang pelik-pelik..ada nama kampung iman lapar..bila ke depan siki kg nasi ..... dah lupa nama nasi apa...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha..macam2 nama kan...orang dulu-dulu ler ni..biasa diorang bagi nama kg berdasarkan sesuatu peristiwa...

      Delete
  10. kat area Temerloh ni banyak nama kampung yg pelik2 macam buntut pulau, busut jin.... kampung munna nama padang lalang...sebab banyak lalang kot dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih...nama kena sebut slow2 ni..dengar kat anak dia ingat kita cakap apa pulak...he he he...

      Delete
  11. kalo kat terengganu ni byk gakla nama pelik². kat besut aje ade kg lampu, kampung pek.. huhuh, mcm2 lg la..
    ada yg kelako pun ade.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan...kalau salah sebut lain lak maksudnya...kena sebut betul2 ..

      Delete
  12. Hihihi nama kampung saya bukit mendi, mmg kawan2 suke gelakkan, biaq pilah kat depa, unik kan hihi, salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dah tu kena gelak...nak buat camne kan..dah namanya..unik ..betul tu..

      salam kenal juga..

      Delete
  13. Tempat ayah saya dilahirkan adalah di Kandang, Melaka. So kalau orang tanya lahir kat mana, jawapannya adalah kandang..Kalau budak2 tak faham confirm diaorang gelakkan, tapi memang betul nama tpt tu kandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...mesti sedih kan bila orang gelakkan kita,padahal memang nama tempat tu kan...

      Delete
  14. ehem peliknya nama kg2 tu..kg mama biasa je namanya..he2x..

    ReplyDelete
  15. kampung mia kat batu pahat... pekan parit raja. rumah nenek sebelah mak kat kampung parit lapis semarang....

    p/s: banyak nama parit kat kawasan kampung mia ni...hehehe

    ReplyDelete
  16. kat kelantan

    kg pauh 9
    kg beruk
    kg wakaf aik
    kg pengkalan petah

    banyak lgi yg unik.....

    ReplyDelete
  17. kat kelantan

    kg pauh 9
    kg beruk
    kg wakaf aik
    kg pengkalan petah

    banyak lgi yg unik.....

    ReplyDelete
  18. sy pun lahir di kg jln enam kaki beranang selangor :) kg emak jgk :D tinggal pun kat KL...kita serupa...hahaha...pernah sabit padi x? :D mak kata dlu jln msk kg cuma enam kaki jer...ada jgk kesah ngatakan enam sahabat pembuka kg ni...wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke?...anak sapa lah ni ye....kot2 kenal...

      Delete
  19. Klu di sabah lg byk nama tpt pelik2..sy dibesarkan di pempat pelik namanya.menggatal sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm...dah nama tempat tu camtu...kena terima jugalah ye...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.