Tuesday, July 17, 2012

Bawa Handphone,I Pad ke Sekolah...Okey ke?

Tahun 2013,makin larislah kedai yang menjual handphone,sebab ramailah anak-anak diminta belikan handphone untuk di bawa ke sekolah.Begitu juga I Pad.

Hmmm...dulu-dulu tak de Handphone dan Ipad boleh je hidup,boleh je belajar pandai,boleh je ke luar negara.Selamat je pergi balik sekolah,ada yang jalan kaki,ada yang naik bas.Wah..suka sangatlah anak-anak ni ye...

Tepuk dada tanya seleralah ye ibubapa sekalian...saya sangat tak setuju sebenarnya.Lagipun anak saya ramai,banyak kos nak keluar untuk beli handphoe sorang satu..he he he..Banyak kes baru akan timbul pula di sekolah akibat dengan kebenaran menggunakan handphone di sekolah lepas ni.

Kasihan kepada ibubapa yang tak mampu mengadakan handphone untuk anak-anak mereka.Bagi yang mampu takpelah.Handphone pulak macam-macam jenis sekarang ni...ada yang murah,mahal dan canggih gitu..jadi barang untuk menunjuk-nunjuk pulaklah.

Ini pun paling murah harga RM 80.00...korang mampu???he he he

sedikit petikan:

Semalam, Kementerian Pelajaran dilaporkan dalam usaha merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.



Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

Demi untuk keselamatan-itu je alasannya...Dah tak selamat berada di sekolah tanpa handphone di tangan...renung-renungkanlah..kebaikan dan keburukannya...

Pesanan:Tersenyum je anak-anak mendengarnya....ibubapa sibuk mencari duit...anak-anak sibuk menghabiskan topup kredit.....


6 comments:

  1. bebudak dapat pemadam satu pun ralit buat main..hilang fokus pada cikgu...hehe..ni budak SK..

    Kalau SM pandai kot guna utk kebaikan...setiap perkara ada pro dan konrta... kena kaji betui2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemadam pun dah melekakan budak apatah lagi handphone kan...he he he

      Delete
  2. salam..singgah & follow sini..
    sy pun turut x stuju dgn bawa hphone@ipad kskolah.. kebaikannya ada ..tp banyak jg buruknya..kt sbgai ibu bapa...fikir2kan apa yg tbaik buat si ank..

    ReplyDelete
  3. ntah ar, ader susah, xade pon susah... ahak... susah... susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas nawaitu.....ada takpe takde pun takpe...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.