Thursday, July 12, 2012

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 1-Pengenalan


Dah lama suami sarankan agar saya catitkan sedikit kenangan sewaktu saya ke Jepun dulu di dalam blog.Saya bukan tak nak share tapi,banyak nama-nama tempat yang saya lupa.Maklumlah dulu ke Jepun blog takde,jangan kata blog diari pun takde.Rasa rugi pula tak dapat catit sebagai diari harian saya.

Tapi bila dia bagi semangat kemudian bila saya lihat orang lain pun ada catitan kenangan di luar negara seperti blogger Asmara ni,juga memberi kata-kata semangat,saya semakin kuat untuk menulis sedikit pengalaman dan kenangan.Jadi mulai hari ini setiap hari ,saya cuba nak catitkan kenangan-kenangan itu beserta gambar.Setakat yang saya ingatlah ye.Tapi janganlah bandingkan dengan orang yang lagi lama dari saya di luar negara.Ianya sekadar perkongsian.

Walaupun perjalanan yang singkat,tapi saya rasa banyak pengalaman yang berjaya saya kutip.Mungkin ianya lebih baik dari mereka yang langsung tidak pernah ke Jepun kan.

Tak sah kan kalau tak bergambar dengan perempuan berkimono

Saya memang rindu sangat kehidupan saya di Jepun dulu,walaupun telah 16 tahun berlalu,setiap kali saya tatap gambar lama,maka kenangan pun turut sama berlegar-legar di fikiran saya.Rindu dengan sensei-sensei (guru-guru)saya,dengan tomodachi(rakan-rakan) dari Malaysia dan dari Jepun,rindu nak naik densha (keretapi/lrt) turun densha,rindu nak jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat(sebab tak berpeluh pun).

Tahun 1996/1997,sewaktu usia baru nak jejak 19/20 tahun saya,sangat muda ketika itu,saya sudah boleh mengembara ke negara orang.Rasa yang sangat gembira ketika itu.

Saya sendiri nak imbas balik kisah ni yang berlaku 16 tahun lepas pun makan masa tau nak ingat.Selepas SPM,saya menerima tawaran belajar di Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam,Selangor,untuk kursus Certificate in Tourism Operation(CTO) sahaja selama setahun.


Setelah tamat dengan jayanya hingga tergolong dalam pelajar 3.5 pointer(wah!riak gitu..he he he),tiba-tiba ada tawaran untuk ke Negara Jepun.Saya ada dua pilihan sama ada meneruskan pelajaran ke peringkat Diploma atau menerima tawaran ke Jepun untuk jangka masa pendek.


Keputusan perlu dilakukan.Bila mengingatkan peluang hanya datang sekali,saya menerima tawaran bekerja sambil belajar di Jepun.Untuk ini,saya perlu juga menghadiri temuduga di Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA),bagi melayakkan saya ke sana,kerana  permintaan melebihi tawaran(agaknyalah kan,siapa tak nak ke Jepun,free lak tu).Saya dan beberapa rakan berjaya dalam temuduga itu.

Nantikan sambungannya....

Pesanan:Nantikan lebih gambar dari cerita he he he...chotto matte kudasai...

10 comments:

  1. Muda lg pi jepun tu, akk dah hujung2 20an masa pergi. Seronok gila....taknak balik, siap plan nk kerja sana. Akk pun takde blog masa tu, gambar berlambak tp malu nak tayang sb tak tutup kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh akak pun pernah ke sana ye...itupun salah satu sebab saya tak share gambar banyak,ramai rakan-rakan sekarang sudah betudung,jadi serba salah,cuma terpaksa blurkan nanti..

      Delete
  2. Bestnya! Tak sabar nak baca sambungannya. Hehe.. Yosh gambarimasu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he...nanti ada nak minta tolong sikit tau!chotto matte ne..

      Delete
  3. seronoknye jadi akak..cita2 saya nak belajar kat oversea hanya angan mat jenin je sebab tak rajin belajar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya jadi pelajar je boleh g luar negara...kalau rajin kerja pun boleh...Insya Allah..

      Delete
  4. Ooo...sbb sambung belajar. Hehehe..Baru nak track balik citer ni dr awal. Byk entry dah tertinggal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he...takpe...boleh belek2 baca bila ada masa terluang...saja je nak blogkan kenangan tu...

      Delete
  5. Brape lama ek akak berada di Jpon?
    1997 ke akak pergi?

    ReplyDelete
  6. maaf ye saya baru terperasan komen ni...
    saya ke Jepun 6 bulan je...6 bulan lagi belajar bahasa Jepun di Malaysia...sekejap je..ha'ah 1996/1997 ada sana dah rasanya..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.